Recent twitter entries...

  •  

Korban Gempa Bumi Padang Indonesia

Posted by admin | Posted in Personal | Posted on 01-10-2009

0

Pada 30 September petang kira-kira jam 6.15 petang waktu Malaysia, Satu gegaran dapat dirasakan di Malaysia dan Indonesia. Malah dirumah saya sendiri pun terasa kegoyangan. Pada mulanya saya rasakan yang saya ni kurang sihat kerana melihat keadaan sekitar bergoyang. Rupa-rupanya tidak.. saya tidak ada masalah kesihatan tapi berlaku gempa bumi adalah perkara yang berlaku sebenarnya.

Menurut berita yang disiarkan di Tv bahawa berlaku gempa bumi di bahagian Padang, Sumatera, Indonesia. Sehingga hari ini 200 orang telah menjadi korban. Dijangkakan angka korban ini akan meningkat selepas berlakunya gegaran kedua pada 10ctober iaitu sehari selepas gempa bumi yang pertama.

Oleh kerana keadaan di bahagian Padang, sumatera kurang selamat, Kerajaan Malaysia akan membawa pulang semua warga Malaysia khususnya pelajar melalui helicopter Tentera Udara Malaysia. Semoga tiada rakyat Malaysia yang ditimpa musibah kerana gempa bumi ini.

Related posts:

  1. PBNU & MUI mengharamkan infotainment. Adakah Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia haramkan Melodi Majlis Ulamak Indonesia (MUI) telah pun sepakat dengan PBNU untuk...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Write a comment

Anti-Spam Protection by WP-SpamFree