Hari ini merupakan hari ke 4 persekolahan selepas cuti raya Aidilfitri. Baru hari inilah saya lihat mood pelajar dan guru-guru kembali seperti hari biasa. Kalau tak semuanya masih berada di mood Raya. Student tak berapa mengambil perhatian dalam kelas walau pun peperiksaan PMR atau pun SPM sudah semakin Hampir. Guru-guru pulak sibuk dengan open house dan marhaban lagi heh.
Hari ini juga saya berjumpa dengan seorang pelajar yang telah meninggal zaman persekolahan (berhenti tahun lepas semasa awal tingkatan 4) tiba-tiba datang sekolah jumpa pengetua nak masuk sekolah ni semula untuk ambil spm tahun ini juga. Pening!! Boleh ker buat macam tu? Suka-suka nak ponteng.. nak berhenti sekolah tiba-tiba selepas setahun lebih nak masuk kembali. Haha. Entah pengetua terima atau pun tidak.
Harap-harap permintaan pelajar tu tak dikabulkan. Kalau tak kesian la cikgu-cikgu yang terpaksa mengajar pelajar terbabit. For sure memang sangat membebankan. Semoga tahun ini peratusan pencapaian pelajar di sekolah saya untuk PMR dan SPM meningkat berbanding tahun lepas di bawah pengusuhan pengetua yang baru lagi prihatin
Related posts:
- Hari Sabtu Minggu Cuti pertengahan penggal Sekolah Hari ini merupakan hari sabtu cuti pertengahan sekolah. Seperti kebiasaan...
- Tahun Baru 2010 & 1431 Hijrah Tahun baru sudah pun bermula. Tak kira tahun baru bagi...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.




















budak-budak. bukan dia fikir sangat pasal cikgu-cikgu nih..