Hari ini merupakan hari sabtu cuti pertengahan sekolah. Seperti kebiasaan setiap hari Sabtu saya akan membuat kelas tambahan untuk pelajar-pelajar kesayangan saya yang akan mengambil peperiksaan SPM tahun ini. Seperti yang dijangkakan ketika waktu cuti ini peratusan kedatangan pelajar akan berkurangan. Tapi kali ini adalah begitu teruk sekali .. hanya seorang sahaja drp 30 orang pelajar yang datang.
Kalau ikutkan hati memanglah rasa nak marah.. tetapi fenomena itu adalah satu kebiasaan bagi seorang guru. Guru memang sentiasa menantikan pelajar.. walau pun tak dibayar satu sen pun.. masih setia .. tapi pelajar belum tentu lagi… masih muda.. belum matang.. sering melakukan kesilapan. Jadi perasaan marah itu jadi reda kerana guru sentiasa faham kerana peristiwa tersebut bukanlah kali pertama berlaku.. ianya memang akan berlaku setiap tahun sekiranya kita mengajar pelajar di kelas pertengahan atau pun kelas hujung.
Sabar dan Ikhlas terhadap pelajar adalah satu kemestian jika bahagia & tidak sakit jiwa sekiranya anda ingin menjadi seorang guru. Walaupun kadang-kala tidak dihargai oleh pihak sekolah.. kerana tidak pandai mengipas atau pun tidak menunjukkan kehebatan di hadapan pentadbir sekolah.. tidak mendapat APC (anugerah pekerja cemerlang) walau pun telah lama berkhidmat di Sekolah yang sama namun bagi seorang guru itu bukanlah penting sangat.. yang penting adalah hubungan dengan pelajar.. dan sumbangan yang boleh diberikan kepada pelajar.
Semoga keikhlasan ini akan berterusan demi anak bangsa yang tercinta
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.




















Be The First To Comment