Mungkin belum terlambat jika saya ingin mengucapkan tahun baru kepada anda. Apakah azam baru anda? Azam tahun baru saya ialah adalah untuk memperbaiki kualiti masa dan corak kehidupan saya. Tahun lepas saya banyak membazirkan masa dengan kurangnya perancangan yang kurang berkesan. Saya rasa macam tak cukup masa .. walau pun tuhan telah memberikan saya 24 jam sehari.
Tahukan anda tahun lepas berapakah kerja yang saya buat? Saya menjadi guru sekolah pada waktu siang.. waktu malam mengajar tuisyen. dan tengah malam pulak menjadi Internet Marketeer. Walaupun hasilnya berbaloi tapi Memang letih. Badan pun menjadi kurang mantap.. makan malam pun lewat kerana biasanya saya akan makan malam selepas balik dari mengajar tuisyen. mungkin Sebab itu kesihatan saya kurang baik
pada tahun terbabit.
Jadi pada tahun ini saya telah memulakan perancangan baru
1. membeli diary planner @ Organizer tahun 2009.
Ini penting supaya saya dapat rancangan kerja saya untuk keseluruhan tahun. Saya tak mahu lagi kerja-kerja saya tak teratur lagi. Sebenarnya dahulu semasa menjadi seorang engineer saya memang menggunakan diary planner.. tapi dah berhenti semenjak menjadi guru. Malas!
2. Berhenti mengajar tuisyen
Saya rase letih dan bosan.. kalau dah pagi mengajar…petang buat kelas tambahan dan lepas tu malam mengajar lagi. Takut sampai satu masa nanti saya naik bosan dan berhenti dari perkhidmatan awam. Di samping itu juga mengajar tuisyen malam ini menyebabkan saya tak bercampur gaul dengan orang kampung. Saya tak dapat pergi kenduri kendara dan surau untuk solat berjamaah magrib dan isyak. Pada hal
waktu itu sahaja masa untuk bersosial dengan penduduk setempat.
Oleh itu saya rasa tahun ni saya nak off dari mengajar tuisyen. Kerjaya saya tahun ini hanya tumpukan pada
kerjaya hakiki saya iaitu mengajar di sekolah dan menjadi Internet Marketeer sahaja.
3. Update website.
Untuk beberapa bulan awal tahun ini saya akan mengupdate beberapa website atau pun blog yang kurang
menghasilkan pendapatan. Buat design baru.. buat kerja seo.. dapatkan customer baru. Apabila semua dah
berjalan dengan baik barulah saya akan memulakan projek baru.Bagi saya ini penting kerana projek baru yang belum tentu menghasilkan pendapatan yang bagus.
4. Kurangkan membuang masa di Forum
BerForum memang bagus. Tapi kadang-kadang saya banyak menghabiskan membaca dan membalas post di forum. Terlalu banyak mendapatkan info .. atau membaca post yg menarik boleh menyebabkan kerja yang sepatutnya di buat akan tertangguh. Saya hanya akan berforum dengan lebih bijak tahun ini. Tahukan anda macam mana nak mengelakkan membuang masa di forum?
Gunakan fungsi search pada forum untuk mencari topik yang anda kehendaki. Jadi anda tidak akan membuang masa.
Ini adalah sebahagian dari azam saya tahun ini. Semoga agar apa yang saya rancangkan tahun ini akan
berjalan seperti yang sepatutnya. Saya juga berharap agar anda akan dapat mencapai target anda pada tahun ini. Apa yang penting adalah.. rancang.. dan usaha… tawakal. Insyaalah usaha ini akan membuahkan hasil.
Related posts:
- Tahun Baru 2010 & 1431 Hijrah Tahun baru sudah pun bermula. Tak kira tahun baru bagi...
- Ramadhan tahun 1430 hijrah menjelma lagi Marhaban Ramadhan.. Selamat datang bulan ramadhan yang mulia penuh barokah....
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.





















salam,
siang keje tetap, malam buat duit memang berbaloi tapi kesihatan perlu dijaga. sampai waktu tido perlu ditinggalkan semua hal2 dunia. saya jumpa teknik baru marketing. tahun baru adalah masa paling baik untuk mencuba sesuatu yang baru bagi saya.