
Pada tahun lalu iaitu bulan September 2011 Maybank telah pun menukar nama Akaun pelaburan emas nya dari Nama Maybank Gold Savings Passbook Account ke Maybank Gold Investment Account. Oh ye.. kenapa Maybank tukar nama akaun tu?
Sebenarnya ada satu sebab yang paling ketara, Dalam Akaun Maybank Gold Savings Passbook Account, pelanggan dibenarkan mengeluarkan emas dalam bentuk emas tulen (emas fizikal) selain dari menukarkannya dengan tunai RM. Tetapi dalam penjenaamaan baru ini akaun baru ini iaitu Maybank Gold Investment Account, pelanggan tidak akan boleh mengeluarkan emas terbabit dalam bentuk emas fizikal. Pelanggan hanya boleh mengeluarkannya dengan mengkreditan dalam akaun maybank saving akaun atau pun cash RM.
Selain dari itu syarat dan requirement Maybank Gold Investment Account adalah hampir sama sahaja dengan Maybank Gold Savings Passbook Account. Jadi mari kita lihat butiran mengenai Maybank Gold Investment Account dan Maybank Gold Savings Passbook Account.:
Maybank Gold Savings Passbook Account
-Pembelian awal – minimum 5 gram
-baki yang mesti tinggal- minimum 1 gram
-pelangan boleh meminta untuk mengeluarkan emas dalam bentuk emas fizikal
Maybank Gold Investment Account
-Pembelian awal – minimum 1 gram
-baki yang mesti tinggal- minimum 1 gram
-pelangan tidak boleh meminta untuk mengeluarkan emas dalam bentuk emas fizikal. Segala urusan pengeluaran atau penjualan emas melalui cek, kredit dalam akaun simpanan atau pun tunai dalam RM
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.



















Be The First To Comment