Tahukan anda apakah bezanya url blog atau website anda contohnya http://www.carikerja.com.my dengan http://carikerja.com.my?
Kalau anda lihat kedua-duanya menuju pada website yang sama,tetapi apakah perbezaannya? Apa kaitan dengan SEO? Apa kaitannya dengan SERP? Apa kaitannya dengan backlink?
Sebenarnya kedua-dua url tersebut adalah sama yang membezakannya ialah backlink bagi kedua-duanya. Kalau anda lihat backlink bagi kedua-duanya adalah berbeza (Ini dapat dilihat menerusi (http://backlinkwatch.com).
Apa gunanya backlink ini? Backlink ini macam vote pada google. Kalau banyak backlink maka blog anda banyaklah vote dari website lain. Bila dah banyak vote maka kedudukan ranking blog anda di Google adalah amat baik berbanding blog yang kurang bilangan backlinknya.
Jadi kalau anda mempunyai blog pastikan anda mahu membuat backlink menggunakan www atau pun tanpa www kerana bilangan backlink dengan www tanpa www amat berbeza dan menyebabkan ranking anda dalam google berbeza dengan www atau tanpa www.
Walau pun demikian jumlah backlink yang banyak bukanlah krateria utama untuk meletakkan blog kita di top ranking google sebab ada lagi factor lain selain backlink yang perlu diambil perhatian




















