Hari ini secara tak langsung saya terbaca polisi terkini paypal bertarikh 14 October 2009 selepas login akaun paypal saya, Maka Persoalan yang timbul adalah:
1. Adakah selepas ini rakyat Malaysia boleh mengeluarkan duit paypal dalam bank tempatan seperti maybank, cimb, Bank Islam dan lain-lain.
-Kalau perkara ini berlaku maka beruntunglah kita sebagai rakyat Malaysia kerana duit kita dalam akaun paypal boleh terus dimasukkan ke dalam bank tanpa perlu mengeluarkanny adahulu menggunakan debit kad VISA
2. Adakah semua transaksi paypal untuk rakyat Malaysia akan dipantau oleh Bank Negara?
- Sekiranya ini berlaku maka.. tidak akan ada transaksi paypal yang akan lepas dari bank negara. Memang ramai otai-otai internet marketeer Malaysia ini yang akan kena bayar cukai yg tinggi dari biasa kerana ribuan USD yang terhasil setiap hari yang biasa tidak diketahui akan diperolehi bank negara.
Hahaha.. Perkara Ini memang ada pro dan kontra untuk rakyat Malaysia. Jadi sama-sama kita lihat kesannya nanti
Tahukan andakenapakah ramai internet marketeer menggunakan wordpress sebagai platform untuk berblog atau pun generate income menerusi program adsense dan affiliate?
Sebabnya ialah:
1. Ia mudah untuk dipasang.. mudah untuk modify…
2. Ada banyak theme yang cantik dan percuma untuk digunakan.
3. Yang paling penting sekali.. ianya mesra SEO.. mudah untuk diindex oleh search engine seperti Google.
Itulah sebabnya kenapa ramai IM suka menggunakan worpress… tapi sekarang ni worpress versi 2.84 ada sedikit masalah. Tapi bagi saya ia satu masalah yg besar. ” Ia sukar untuk di index oleh Google”
Jika anda lihat pada Dashboard anda..
bahagian Setting… Bahagian Privacy Settings
ada option
-
-I would like to block search engines, but allow normal visitors
Secara normally apabila anda install wordpress menggunakan fantastico ialah akan mencatatkan option
-I would like to block search engines, but allow normal visitors
Jadi secara automaticnya anda tidak akan diindex oleh Google malah blog anda takkan dijumpa sekiranya di search dalam Google.
Saya mempunyai 2 blog wordpress yang telah dibina sejak 2 bulan lepas.. dan setakat ini ia telah pun diindex oleh Yahoo dan Bing tapi malangnya ia masih belum diindex langsung oleh Google.
Saya telah melakukan banyak backlink menerusi blog ber PR 1- 3 , social bookmarking seperti digg dan lain-lain, dan juga submit pada beberapa directory. Namun hasilnya adalah sama .. NO INDEX from Google. Hahaha.. Hampeh betul.
Rupa-rupa masalah ini bukan saya hadapi seorang malah ramai yg mengalaminya. Search je mana-mana forum internet marketeer contohnya worrior forum pasti anda terjumpa masalah macam ni… ada yg hilang dari google index pun ader.. heh
Jadi suggestion saya untuk elakkan masalah ini dari berlaku lagi.
1. jangan gunakan wordpress versi baru.. 2.84
2. Jangan setup wordpress guna fantastico.. sebab ia akan terus install wordpress versi baru.. 2.84. Kalau nak install.. gunakan kaedah manual sahaja.. pastikan gunaka wordpress versi baru 2.84 atau pun lama.
(hanya guna teknik manual sahaja)
3. Sekiranya andatelah mempunyai blog worpress jangan update ke versi baru 2.84. Ia masih ada bug dan kekurangan. Ada IM yang blognya hilang dari Google Index. .. hanya semata-mata upgrade ke versi baru. Ini pun ada dibincangkan di Forum
Jadi terpulanglah kepada anda untuk menggunakan worpress versi 2.84 atau tidak
Program pay perlead untuk generate sedikit wang pada hujung minggu ini telah pun ada. Baru hari ini saya diberitahu walau pun ianya telah berlangsung beberapa hari yang lepas. Bill McRea adalah orang yang bertanggungjawab terhadap kempen pay perlead ini.
Setiap referal yang mendownload dari affiliate link kita komisyen $1USD akan diberikan. Jadi beruntunglah siapa yang cepat mempromosikan ebook ini. Walau bagaimana pun program pay perlead ini tidak lama
ianya akan berakhir pada 12 October 2009 waktu US…
iaitu 13 October pagi waktu tempatan. Pembayaran pula
akan dilakukan pada 4 November 2009 dengan paypal
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan ebook percuma Clickbank Giveway Training berharga $USD 77 secara percuma dan ingin menghasilkan income melalui pay per lead ini silalah click pada image di bawah.
dan tinggalkan nama dan email anda pada ruangan yang disediakan
Penjual domain terkenal iaitu Namecheap telah pun mengeluarkan Couponnya untuk bulan October 2009 ini.
Kod untuk coupon adalah : GETMECHEAPER
Sekiranya anda ingin membeli domain dengan potongan 10% maka anda bolehlah menggunakan coupon ini. Memang terbukti berkesan kerana saya telah pun menggunakannya.
Coupon ini bukannya untuk selama-lamanya, sekiranya anda cuba menggunakan tapi tidak mendapat diskaun dari namecheap, ini membuktika bahwan coupon ini telah pun expired.
Pada 30 September petang kira-kira jam 6.15 petang waktu Malaysia, Satu gegaran dapat dirasakan di Malaysia dan Indonesia. Malah dirumah saya sendiri pun terasa kegoyangan. Pada mulanya saya rasakan yang saya ni kurang sihat kerana melihat keadaan sekitar bergoyang. Rupa-rupanya tidak.. saya tidak ada masalah kesihatan tapi berlaku gempa bumi adalah perkara yang berlaku sebenarnya.
Menurut berita yang disiarkan di Tv bahawa berlaku gempa bumi di bahagian Padang, Sumatera, Indonesia. Sehingga hari ini 200 orang telah menjadi korban. Dijangkakan angka korban ini akan meningkat selepas berlakunya gegaran kedua pada 10ctober iaitu sehari selepas gempa bumi yang pertama.
Oleh kerana keadaan di bahagian Padang, sumatera kurang selamat, Kerajaan Malaysia akan membawa pulang semua warga Malaysia khususnya pelajar melalui helicopter Tentera Udara Malaysia. Semoga tiada rakyat Malaysia yang ditimpa musibah kerana gempa bumi ini.
Hari ini merupakan hari ke 4 persekolahan selepas cuti raya Aidilfitri. Baru hari inilah saya lihat mood pelajar dan guru-guru kembali seperti hari biasa. Kalau tak semuanya masih berada di mood Raya. Student tak berapa mengambil perhatian dalam kelas walau pun peperiksaan PMR atau pun SPM sudah semakin Hampir. Guru-guru pulak sibuk dengan open house dan marhaban lagi heh.
Hari ini juga saya berjumpa dengan seorang pelajar yang telah meninggal zaman persekolahan (berhenti tahun lepas semasa awal tingkatan 4) tiba-tiba datang sekolah jumpa pengetua nak masuk sekolah ni semula untuk ambil spm tahun ini juga. Pening!! Boleh ker buat macam tu? Suka-suka nak ponteng.. nak berhenti sekolah tiba-tiba selepas setahun lebih nak masuk kembali. Haha. Entah pengetua terima atau pun tidak.
Harap-harap permintaan pelajar tu tak dikabulkan. Kalau tak kesian la cikgu-cikgu yang terpaksa mengajar pelajar terbabit. For sure memang sangat membebankan. Semoga tahun ini peratusan pencapaian pelajar di sekolah saya untuk PMR dan SPM meningkat berbanding tahun lepas di bawah pengusuhan pengetua yang baru lagi prihatin