Posted by admin | Posted in DOMAIN & HOSTING | Posted on 20-11-2009
2
Hari ini saya telah pun memberi beberapa domain untuk blog adsense saya yang baru. Seperti biasa saya akan membelinya menerusi 2 sumber yang saya sukai. Salah satu darinya ialah dari namecheap. Namecheap merupakan service provider yang amat terkenal dalam pembelian domain.
Harga asal domain dot com adalah USD9 lebih menghampiri USD10 tapi sekiranya kita mempunyai coupon dari namecheap, maka harganya akan turun kepada USD8 lebih sahaja.

Oleh itu hari ini saya ingin share coupon namecheap bagi bulan November 2009. Codenya ialah “AUTUMNLEAVES” .
Jadi dengan adanya coupon sebegi dapatlah kita jimatkan duit .
Posted by admin | Posted in UMUM | Posted on 18-11-2009
0
Tahukah anda bahawa pelaburan emas adalah suatu pelaburan yang amat berbaloi. Ada 2 cara pelaburan emas boleh dibuat:
1- membeli dan menyimpan plat,jongkong atau syiling emas sama ada di bank atau di rumah sendiri
2- Membeli dan menyimpan emas dalam bentuk buku simpanan. Teknik ini amat selamat dan hanya boleh dilakukan di 2 bank sahaja iaitu Maybank dan Public Bank (Gold investment Account)
Pada bulan september atau october lepas Bank negara telah pun mengarahkan semua bank yang menerima simpanan emas dari orang awam supaya menghentikan aktiviti penyimpanan tersebut berikutan siasatan terhadap satu skim pelaburan emas oleh satu syarikat . Oleh barang siapa ingin membuat pelaburan emas sekarang ini pilihan terbaik bagi anda adalah melalui Gold investment Account di Public Bank atau pun maybank.
Minggu lepas saya telah pun membeli emas di Public bank menerusi Gold investment Account. Tahukah anda berapakah harga emas sekarang?
1 gram emas = RM 123.3700
Harga ini memang tinggi.. semakin hari harga emas semakin tinggi. Entah bila harga emas akan turun. Terus terang saya jangkakan harga emas akan terus naik. Hari ni pulak harga emas naik lagi 1 gram = RM 126.45 . Giler harga makin naik. Kalau anda suka membuat pelaburan jangkamasa panjang sekurang-kurangnya 5 tahun, maka pelaburan emas adalah alternatif yang terbaik berbanding ASB dan Unit trust.

Posted by admin | Posted in perniagaan internet | Posted on 15-11-2009
3
Wah! berita baik untuk rakyat Malaysia. Tahukan anda duit paypal kita sekarang ni dah boleh terus transfer ke bank tempatan MALAYSIA seperti maybank, ambank dan cimb?. Ini BETUL!! BETUL!! bukan cubaan lah. Perkara ni dah pun berlaku dalam 3 minggu lepas sebagaimana saya jangkakan.
Kalau tak percaya lihatlah screen shot di bawah ini.



Maka dengan ini kad debid VISA tidak akan ku gunakan lagi untuk withdraw paypal . Astalavista babey!