Recent twitter entries...

  •  

Program Pengiklanan

Posted by admin | Posted in Jana wang | Posted on 05-09-2008

2

Hari ini saya akan memberikan anda sedikit informasi tentang bagaimana cara memperolehi wang menerusi Program pengiklanan di internet.

Secara amnya kita boleh memperolehi wang sekiranya kita menyertai program pengiklan di internet. Apa yang perlu kita lakukan adalah memaparkan iklan syarikat di website atau pun blog kita.

Sekiranya ada pengunjung yang mengunjungi website atau blog kita mengklik iklan tersebut, maka kita akan
memperolehi wang dari syarikat pengiklanan. Mudah bukan?. Nilai setiap klik berbeza. Ada yang mahal dan ada  yang murah.

Antara syarikat di internet yang menyediakan perkhidmatan pengiklanan adalah
1. Google Adsense
2. Yahoo! Publisher
3. BidClix
4. Bidvertiser
5. Adbrite
6. Adhearus
7. Chitika
8. Clicksor

dan lain-lain lagi

Apa yang anda perlu lakukan adalah sign up dengan syarikat tersebut dan pasanglah iklan mereka di
website atau blog anda.

Nasihat saya untuk berjaya dengan program ini, anda perlu dapatkan ebook dahulu panduan tak kisahlah
dari mat Salleh ke penulis tempatan. Ini untuk memudahkan anda mengetahui selok belok program ini
tanpa sesat dan menghabiskan masa yang terlalu lama.

Apabila anda telah mahir dan dapat melakukan apa yang diajar oleh ebook tersebut, Anda ciptalah kaedah anda sendiri kerana biasanya kaedah sendiri lebih unik dan berjaya.

Yang mahal tak semestinya lebih baik dari yang murah. Jadi anda mestilah bijak memilih ebook mana yang
patut dibeli.

MLM dan Forex

Posted by admin | Posted in Jana wang | Posted on 05-09-2008

3

Hari ini saya akan memberikan anda sedikit informasi tentang
Skim MLM dan Perdagangan matawang (Forex)

Sebenarnya skim MLM dalam internet ini sungguh berkuasa,
pendapatan kita boleh meningkat dengan berkali-kali ganda
kerana pengguna internet terlalu ramai.

Kalau program MLM yang diluar sekarang ni boleh
menarik ramai orang untuk menyertainya apalagi
dalam dunia siber di mana pasaran amat luas iaitu seluruh dunia.

Tapi anda perlu berhati-hati dalam menyertai program MLM
di internet. Ada yang betul dan ada yang menipu. Berhati-hatilah.
(saya tak mau komen apa-apa)

FOREX adalah satu program jual beli mata wang.
Anda perlu ada ilmu dan skill untuk main benda ini.
Sekarang ni dah banyak ebook panduan ditulis oleh
penulis tempatan dalam bahasa melayu.
Ramai rakan saya (usahawan internet) yang main benda ini.

Sekiranya anda ingin bermain dengan program FOREX ini,
saya cadangkan anda beli ebook dahulu, praktikkan dulu.
kemudian buat formula sendiri dengan try & error.
Barulah anda berjaya

Ada yang kata halal dan ada yang kata haram main Forex ni.
Saya tak berani beri hukum kerana ia bukan bidang saya

Walaubagaimana pun anda boleh refer thread ini

Ustaz zaharuddin

dan juga

carigoldforum

Semoga info ini dapat membantu anda sedikit sebanyak

Buat wang online

Posted by admin | Posted in Jana wang | Posted on 04-09-2008

0

Hari ini saya akan memberikan anda sedikit informasi tentang
bagaimana cara memperolehi wang secara online.
Secara amnya ada banyak cara boleh memperolehi pendapatan
dari internet. Di bawah ini dinyatakan beberapa cara yang
biasa dipraktikkan

1. Program Pelaburan (halal/haram/skim cepat kaya)
2. Program MlM (multi level Marketing/betul/skim cepat kaya)
3. Program Perdagangan mata wang (forex)
4. program Pengiklanan (Adsense/Abrite & lain-lain)
5. Menjual barangan
6. Menjual perkhidmatan
7. Affiliate program
8. Menjual product digital

Yang Pertama
Program pelaburan dalam internet ini biasanya dikelasifikasikan
sebagai HYPE (beresiko tinggi/pulangan tinggi). Ada macam-macam
jenis. Macam -macam konsep,tengok iklan, klik iklan, beli
lotlah.. macam-macam. semua syarikat yang terlibat mengatakan
bahawa syaraikat mereka melabur dalam perniagaan yang kukuh
contoh oil & gas dan macam-macam lain. Entah betul atau tidak.
Halal ke Haram pun tak diketahui. Yang menarik minat orang
ramai adalah hasil pendapatan adalah amat tinggi 300% hingga
400% dalam masa yang singkat.

Untuk main Program HYPE ini, memerlukan pengorbanan yang tinggi.
Anda perlu sanggup hilang duit.. takde rasa susah hati pun
kalau hilang duit baru boleh main. Ramai usahawan internet
menggelarkannya program peleburan bukannya pelaburan sebab
biasanya ia akan meleburkan semua duit pemainnya.. heh.
Serik rasa nak main.

Untuk main program HYPE ini juga kita perlulah menjadi
player awal. Kalau lambat, kita takkan dapat untung besar,
rugi adalah. Yang Paling penting kita mesti ingat
dalam hati bahawa program ini tidak akan bertahan lama.
Dapat untung cepat-cepatlah keluar. Perlu juga dingatkan
sudah banyak penganjur skim ini menutup website masing-
masing meninggal pelabur dalam keresahan

Nasihat peribadi saya, elakkanlah dari menyertai skim ini,
risikonya amatlah besar. Saya ada beberapa orang rakan
yang berjaya dengan skim ini, tetapi saya ada ramai lagi
rakan yang rugi dalam skim tersebut. Walaubagaimana pun
segalanya terpulanglah pada diri saudara/saudari sendiri.
Duit saudara.. hak saudara.