Sebagaimana yang kita maklum bahawa pencerobohan dan pembunuhan yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestine telah pun menghampiri sebulan. Namun sehingga kini tiada tindakan yang diambil oleh pihak PBB bagi menangani isu terbabit. Ia bukan lagi isu agama tapi sekarang ia dah menjadi isu kemanusiaan. Israel cuba untuk menghapuskan semua rakyat Palestine sebagaimana yang pernah dilakukan oleh pihak serbia kepada etnik Bosnia satu ketika dulu.
Sebagai manusia yang bertamadun dan mempunyai belas kasihan. Apakah yang boleh kita lakukan? Adakah kita hanya melihat sahaja di surat khabar atau TV tanpa rasa bersalah? tanpa rasa kasihan? tanpa rasa ingin membantu? Kita tak mungkin mampu bertempur dengan senjata tapi kita mampu melakukan sesuatu. Walau pun sedikit tapi itu adalah salah satu ikhtiar yang boleh kita lakukan dalam membantu rakyat Palestine. Jadi apakah ikhtiar dan usaha yang boleh kita lakukan untuk membantu rakyat Palestine?
Mantan Perdana Menteri Kita Tun Dr Mahathir Mohamed dan juga beberapa tokoh ulama telah mengemukakan beberapa langkah yang boleh kita lakukan. Antaranya adalah:
1. Derma kepada rakyat Palestine yang menjadi mangsa kepada kekejaman rakyat Israel. Pihak NSTP telah menganjurkan satu kutipan derma khas untuk disalurkan kepada rakyat palestine.

To contribute, the public and organisations may do any of the following;
- Bank in/transfer funds to Maybank account number 514105-320501 under the name NSTP Fund for Gaza;
- Write cheques made out to NSTP Fund for Gaza and send them to NSTP, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur; or
- Make cash donations at the cashier, NSTP, 31 Jalan Riong, Kuala Lumpur or at NSTP branch offices nationwide.
2. Boikot barangan buatan israel dan Amerika. Untuk mengetahui apakah barangan berkenaan. Anda boleh lihat di halama ini (product Yahudi)

Namun untuk boikot ini bukanlah satu keputusan yang mudah. Malah ada juga pendapat yang mengatakan ia takkan berkesan sedikit pun. Kebanyakan jenama yang ada telah lama bertapak di negara kita. Malah diuruskan oleh rakyat kita sendiri. Ada saudara mara kita berkerja di syarikat berkenaan. Ada syarikat yg hanya beberapa percent sahaja profit kepunyaan amerika & Yahudi.. yang lain semua kepunyaan rakyat Malaysia. Walau apa pun saya rasa kita sebagai pengguna tetap mempunyai option untuk memilih atau pun tidak walaupun bukan 100%
3. Berdoa dan solat hajat kepada tuhan agar konflik israel dan palestine ini akan diselesaikan dengan cepat. Berdoa agar rakyat Palestine selamat dari kekejaman Israel.
Saya rase itulah antara cara yang boleh kita lakukan untuk membantu rakyat Palestine. Marilah kita bersama-sama membantu rakyat palestin yang dizalimi. Insyaallah tuhan akan memberikan ganjaran kepada kita kelak suatu hari nanti.






















