Bermula dari magrib Malam ini merupakan malam pertama 1 muharram 1432 Hijrah, tahun baru bagi semua umat islam. Hampir di seluruh negara islam termasuk negara kita Malaysia, semua masjid dan surau mengadakan sambutan menyambut tahun baru ini dengan berkumpul di masjid, berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa pada tahun lepas dan juga memohon agar diberikan peliharaan dari syaitan dan tenteranya dan memohon pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkan kita kepada Allah taala.
Maal Hijrah merupakan salah satu peristiwa yang penting bagi umat islam dimana berlakunya perpindahan rasulullah
dan umat islam dari Madinah ke Mekah untuk menyebarkan islam. Maal Hijrah atau Awal Muharram juga merupakan .. cuti umum di Malaysia.
Bersyukurlah bersyukur kepada Allah taala kerana padanya kita berjaya sampai ke tahun baru ini. Kalau kita lihat di sekeliling kita.. ada dikalangan teman kita yang tidak dapat bersama menempuhi tahun baru ini kerana telah ditakdirkan oleh Allah untuk kembali sebelum sampai tahun baru ini. Ada yang sihat.. tapi ketentuan tuhan tidak dapat diduga.. ajal.. maut semuanya telah ditentukan oleh tuhan. Jadi nikmat paling besar yang tuhan kurniakan kepada kita adalah nikmat hidup… kerana dengan hidup barulah kita dapat menambah amal ibadah untuk bekalan di akhirat nanti. Oleh itu perlulah kita bersyukur kepada Allah Taala
Semoga tahun ini merupakan tahun yang baik kepada kita berbanding tahun lepas dari segala amal soleh.. kejayaan dan keazaman untuk berjaya di dunia dan Akhirat.
Oh ye.. tahun baru ni.. ada sedikit berita yang mengembirakan kepada umat islam yang mencari hiburan berasakan islam.. nantikan TV baru AlHijrah. Ianya adalah harapan umat islam di Malaysia yang inginkan sesuatu hiburan berlandaskan islam. Ingin saya kongsikan bersama satu video klip untuk pengunjung blog ini.





















