Recent twitter entries...

  •  

Penderitaan Rakyat Palestine

Posted by admin | Posted in Personal | Posted on 18-01-2009

1

Sebagaimana yang kita maklum bahawa pencerobohan dan pembunuhan yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestine telah pun menghampiri sebulan. Namun sehingga kini tiada tindakan yang diambil oleh pihak PBB bagi menangani isu terbabit. Ia bukan lagi isu agama tapi sekarang ia dah menjadi isu kemanusiaan. Israel cuba untuk menghapuskan semua rakyat Palestine sebagaimana yang pernah dilakukan oleh pihak serbia kepada etnik Bosnia satu ketika dulu.

Sebagai manusia yang bertamadun dan mempunyai belas kasihan. Apakah yang boleh kita lakukan? Adakah kita hanya melihat sahaja di surat khabar atau TV tanpa rasa bersalah? tanpa rasa kasihan? tanpa rasa ingin membantu? Kita tak mungkin mampu bertempur dengan senjata tapi kita mampu melakukan sesuatu. Walau pun sedikit tapi itu adalah salah satu ikhtiar yang boleh kita lakukan dalam membantu rakyat Palestine. Jadi apakah ikhtiar dan usaha yang boleh kita lakukan untuk membantu rakyat Palestine?

Mantan Perdana Menteri Kita Tun Dr Mahathir Mohamed dan juga beberapa tokoh ulama telah mengemukakan beberapa langkah yang boleh kita lakukan. Antaranya adalah:

1. Derma kepada rakyat Palestine yang menjadi mangsa kepada kekejaman rakyat Israel. Pihak NSTP telah menganjurkan satu kutipan derma khas untuk disalurkan kepada rakyat palestine.

To contribute, the public and organisations may do any of the following;

  • Bank in/transfer funds to Maybank account number 514105-320501 under the name NSTP Fund for Gaza;
  • Write cheques made out to NSTP Fund for Gaza and send them to NSTP, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur; or
  • Make cash donations at the cashier, NSTP, 31 Jalan Riong, Kuala Lumpur or at NSTP branch offices nationwide.

2. Boikot barangan buatan israel dan Amerika. Untuk mengetahui apakah barangan berkenaan. Anda boleh lihat di halama ini (product Yahudi)

Namun untuk boikot ini bukanlah satu keputusan yang mudah. Malah ada juga pendapat yang mengatakan ia takkan berkesan sedikit pun.  Kebanyakan jenama yang ada telah lama bertapak di negara kita. Malah diuruskan oleh rakyat kita sendiri. Ada saudara mara kita berkerja di syarikat berkenaan. Ada syarikat yg hanya beberapa percent sahaja profit kepunyaan amerika & Yahudi.. yang lain semua kepunyaan rakyat Malaysia. Walau apa pun saya rasa kita sebagai pengguna tetap mempunyai option untuk memilih atau pun tidak walaupun bukan 100%

3. Berdoa dan solat hajat kepada tuhan agar konflik israel dan palestine ini akan diselesaikan dengan cepat. Berdoa agar rakyat Palestine selamat dari kekejaman Israel.

Saya rase itulah antara cara yang boleh kita lakukan untuk membantu rakyat Palestine. Marilah kita bersama-sama membantu rakyat palestin yang dizalimi. Insyaallah tuhan akan memberikan ganjaran kepada kita kelak suatu hari nanti.

Ebook percuma Dotcomology

Posted by admin | Posted in perniagaan internet | Posted on 11-01-2009

3

Hari ini saya ingin berkongsi salah satu ebook yang telah lama saya miliki. Ebook Dotcomology ini adalah antara ebook terawal yang pernah saya baca tentang perniagaan Internet. Ebook ini menggunakan ayat yang agak mudah. Anda boleh membacanya .. malah saya rasa bahasanya bukannya susah untuk difahami.

Nasihat saya.. anda bacalah ebook terbabit. Dapatkan idea dan maklumat penting dalam ebook berkenaan. Tapi Tak payahlah anda membeli apa-apa yang diiklankan di dalam ebook terbabit. Kerana bukan matlamat saya untuk beroleh komisyen apabila anda membeli apa-apa product yang diiklankan dalam ebook tersebut.  Saya cuma nak share sedikit informasi yang mungkin dapat membantu anda dalam perniagaan internet. Semoga ianya dapat membantu membuka minda kita semua dalam tahun baru 2009.  Untuk mendownloadnya sili klik di SINI

Azam tahun baru

Posted by admin | Posted in Personal | Posted on 08-01-2009

1

Mungkin belum terlambat jika saya ingin mengucapkan tahun baru kepada anda. Apakah azam baru anda? Azam tahun baru saya ialah adalah untuk memperbaiki kualiti masa dan corak kehidupan saya. Tahun lepas saya banyak membazirkan masa dengan kurangnya perancangan yang kurang berkesan. Saya rasa macam tak cukup masa .. walau pun tuhan telah memberikan saya 24 jam sehari.

diaryku

Tahukan anda tahun lepas berapakah kerja yang saya buat? Saya menjadi guru sekolah pada waktu siang.. waktu malam mengajar tuisyen. dan tengah malam pulak menjadi Internet Marketeer. Walaupun hasilnya berbaloi tapi Memang letih. Badan pun menjadi kurang mantap.. makan malam pun lewat kerana biasanya saya akan makan malam selepas balik dari mengajar tuisyen. mungkin Sebab itu kesihatan saya kurang baik
pada tahun terbabit.

Jadi pada tahun ini saya telah memulakan perancangan baru

1. membeli diary planner @ Organizer tahun 2009.
Ini penting supaya saya dapat rancangan kerja saya untuk keseluruhan tahun. Saya tak mahu lagi kerja-kerja saya tak teratur lagi. Sebenarnya dahulu semasa menjadi seorang engineer saya memang menggunakan diary planner.. tapi dah berhenti semenjak menjadi guru. Malas!

2. Berhenti mengajar tuisyen
Saya rase letih dan bosan.. kalau dah pagi mengajar…petang buat kelas tambahan dan lepas tu malam mengajar lagi. Takut sampai satu masa nanti saya naik bosan dan berhenti dari perkhidmatan awam. Di samping itu juga mengajar tuisyen malam ini menyebabkan saya tak bercampur gaul dengan orang kampung. Saya tak dapat pergi kenduri kendara dan surau untuk solat berjamaah magrib dan isyak. Pada hal
waktu itu sahaja masa untuk bersosial dengan penduduk setempat.

Oleh itu saya rasa tahun ni saya nak off dari mengajar tuisyen. Kerjaya saya tahun ini hanya tumpukan pada
kerjaya hakiki saya iaitu mengajar di sekolah dan menjadi Internet Marketeer sahaja.

3. Update website.

Untuk beberapa bulan awal tahun ini saya akan mengupdate beberapa website atau pun blog yang kurang
menghasilkan pendapatan. Buat design baru.. buat kerja seo.. dapatkan customer baru. Apabila semua dah
berjalan dengan baik barulah saya akan memulakan projek baru.Bagi saya ini penting kerana projek baru yang belum tentu menghasilkan pendapatan yang bagus.

4. Kurangkan membuang masa di Forum
BerForum memang bagus. Tapi kadang-kadang saya banyak menghabiskan membaca dan membalas post di forum. Terlalu banyak mendapatkan info .. atau membaca post yg menarik boleh menyebabkan kerja yang sepatutnya di buat akan tertangguh.  Saya hanya akan berforum dengan lebih bijak tahun ini. Tahukan anda macam mana nak mengelakkan membuang masa di forum?
Gunakan fungsi search pada forum untuk mencari topik yang anda kehendaki. Jadi anda tidak akan membuang masa.

Ini adalah sebahagian dari azam saya tahun ini. Semoga agar apa yang saya rancangkan tahun ini akan
berjalan seperti yang sepatutnya. Saya juga berharap agar anda akan dapat mencapai target anda pada tahun ini. Apa yang penting adalah.. rancang.. dan usaha… tawakal. Insyaalah usaha ini akan membuahkan hasil.