MOHDZAKI.COM

PORTAL PERKONGSIAN TIPS INTERNET BUSINESS

buatminisite

Program Pengiklanan

Written by zaki on September 5, 2008.

Hari ini saya akan memberikan anda sedikit informasi tentang bagaimana cara memperolehi wang menerusi Program pengiklanan di internet.

Secara amnya kita boleh memperolehi wang sekiranya kita menyertai program pengiklan di internet. Apa yang perlu kita lakukan adalah memaparkan iklan syarikat di website atau pun blog kita.

Sekiranya ada pengunjung yang mengunjungi website atau blog kita mengklik iklan tersebut, maka kita akan
memperolehi wang dari syarikat pengiklanan. Mudah bukan?. Nilai setiap klik berbeza. Ada yang mahal dan ada  yang murah.

Antara syarikat di internet yang menyediakan perkhidmatan pengiklanan adalah
1. Google Adsense
2. Yahoo! Publisher
3. BidClix
4. Bidvertiser
5. Adbrite
6. Adhearus
7. Chitika
8. Clicksor

dan lain-lain lagi

Apa yang anda perlu lakukan adalah sign up dengan syarikat tersebut dan pasanglah iklan mereka di
website atau blog anda.

Nasihat saya untuk berjaya dengan program ini, anda perlu dapatkan ebook dahulu panduan tak kisahlah
dari mat Salleh ke penulis tempatan. Ini untuk memudahkan anda mengetahui selok belok program ini
tanpa sesat dan menghabiskan masa yang terlalu lama.

Apabila anda telah mahir dan dapat melakukan apa yang diajar oleh ebook tersebut, Anda ciptalah kaedah anda sendiri kerana biasanya kaedah sendiri lebih unik dan berjaya.

Yang mahal tak semestinya lebih baik dari yang murah. Jadi anda mestilah bijak memilih ebook mana yang
patut dibeli.

User's Comment

  1. azman | November 14th, 2008

    saudara…saya ingin tahu dimana saya boleh dapatkan e-book utk pogram pengiklannan tersebut.

  2. zaki | November 15th, 2008

    Saudara azman, Ebook terbaik tentang adsense ialah ebook tulisan saudara munawar. Saudara boleh dapatkan ebook percuma beliau di SINI

    Manakala ebook full dia di SINI

    Semoga ia dapat membantu saudara azman

Post Comment