Hari ini saya akan memberikan anda sedikit informasi tentang
bagaimana cara memperolehi wang secara online.
Secara amnya ada banyak cara boleh memperolehi pendapatan
dari internet. Di bawah ini dinyatakan beberapa cara yang
biasa dipraktikkan

1. Program Pelaburan (halal/haram/skim cepat kaya)
2. Program MlM (multi level Marketing/betul/skim cepat kaya)
3. Program Perdagangan mata wang (forex)
4. program Pengiklanan (Adsense/Abrite & lain-lain)
5. Menjual barangan
6. Menjual perkhidmatan
7. Affiliate program
8. Menjual product digital

Yang Pertama
Program pelaburan dalam internet ini biasanya dikelasifikasikan
sebagai HYPE (beresiko tinggi/pulangan tinggi). Ada macam-macam
jenis. Macam -macam konsep,tengok iklan, klik iklan, beli
lotlah.. macam-macam. semua syarikat yang terlibat mengatakan
bahawa syaraikat mereka melabur dalam perniagaan yang kukuh
contoh oil & gas dan macam-macam lain. Entah betul atau tidak.
Halal ke Haram pun tak diketahui. Yang menarik minat orang
ramai adalah hasil pendapatan adalah amat tinggi 300% hingga
400% dalam masa yang singkat.

Untuk main Program HYPE ini, memerlukan pengorbanan yang tinggi.
Anda perlu sanggup hilang duit.. takde rasa susah hati pun
kalau hilang duit baru boleh main. Ramai usahawan internet
menggelarkannya program peleburan bukannya pelaburan sebab
biasanya ia akan meleburkan semua duit pemainnya.. heh.
Serik rasa nak main.

Untuk main program HYPE ini juga kita perlulah menjadi
player awal. Kalau lambat, kita takkan dapat untung besar,
rugi adalah. Yang Paling penting kita mesti ingat
dalam hati bahawa program ini tidak akan bertahan lama.
Dapat untung cepat-cepatlah keluar. Perlu juga dingatkan
sudah banyak penganjur skim ini menutup website masing-
masing meninggal pelabur dalam keresahan

Nasihat peribadi saya, elakkanlah dari menyertai skim ini,
risikonya amatlah besar. Saya ada beberapa orang rakan
yang berjaya dengan skim ini, tetapi saya ada ramai lagi
rakan yang rugi dalam skim tersebut. Walaubagaimana pun
segalanya terpulanglah pada diri saudara/saudari sendiri.
Duit saudara.. hak saudara.

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Subscribe to the post comments feeds or Leave a trackback