Inilah Aktiviti Orang Berjaya Semasa Hujung Minggu

Inilah Aktiviti Orang Berjaya Semasa Hujung Minggu

Assalamualaikum dan salam sejahtera di sini saya nak kongsikan beberapa aktiviti orang – orang berjaya yang dilakukan pada hujung minggu. Artikel asal daripada Forbes yang ditranslate dan diolah oleh rakan – rakan di media sosial yang mana saya kongsikan untuk kebaikan dan panduan bersama buat semua.

Antara aktiviti hujung minggu orang berjaya adalah seperti berikut;

LUANGKAN MASA BERSAMA KELUARGA DAN RAKAN RAKAN

Perkara ini adalah sangat penting untuk merapatkan lagi ukhuwah sesama manusia lebih lebih lagi bagi yang tidak dapat meluangkan masa bersama mereka pada hari bekerja atas kekangan masa.

BERSENAM

Pernah dengar slogan, “ badan sihat, otak cergas”? Ya! Salah satu cara kita untuk mendapatkan badan yang sihat adalah dengan bersenam. Kajian juga menunjukkan bahawa bersenam juga dapat menghilangkan stress dan melapangkan minda kita.

LAKUKAN APA YANG ANDA MINAT

“Orang yang berjaya akan menggunakan masa mereka dengan melakukan perkara yang penting dan menyeronokkan. Mereka memberi ruang masa untuk melakukan aktiviti yang mereka gemari untuk menyeimbangkan kehidupan mereka”, kata Marsha Egan, jurulatih professional.

BERCUTI

Bercuti adalah salah satu cara untuk menenangkan minda dan melarikan diri kita daripada pelbagai kesibukan kerja.

LIBATKAN DIRI DENGAN PROGRAM SUKARELAWAN

Selain daripada dapat beramal, di sini adalah tempatnya bagi seseorang membina rangkaian kenalan yang memiliki minat yang sama. Kebanyakan orang yang berjaya melakukan kerja amal di masa terluang mereka. Selain daripada membina rangkaian, kehadiran di acara amal juga dapat membantu membina branding seseorang.

Selanjutnya ada beberapa aktiviti lain sila rujuk sumber di bawah semoga bermanfaat. Sila kongsikan artikel ini jika memberi manfaat, sekian wassalam.

Sumber: Forbes

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

+ 61 = 63