Hilang username dan wordpress password? email pulak tak ingat. Nak buat macam mana?
Posted by admin | Posted in Wordpress | Posted on 20-03-2009
4
Sekiranya anda telah hilang password dan user nama untuk blog wordpress anda malah tak ingat email mana yang digunakan. TAK PERLU PANIK!!. Jangan bimbang.. anda tak perlu membuang semua file wordpress dan install semula.. buat post semula. Tak perlu buat itu semua.. jangan menyusahkan diri. Hari ini saya akan share sedikit tips macam mana nak menangani masalah lupa user, password dan email.
Langkahnya adalah seperti berikut:
1. Log in ke Cpanel hosting anda
2. Masuk terus ke My Php Admin
3. Kemudian anda lihat ke bahagian kiri my php admin. anda akan dapat lihat semua data base yang telah anda buat. sebagai contohnya saya install satu blog dgn fantastico, data basenya ialah wrdp8(10). Lalu saya pun terus mengkliknya
4. Lihat pula di sebelah kiri lagi My Php Admin, anda akan dapati ada byk list seperti wp_comments,wp_links dan lain-lain lagi. Jangan susah.. terus klik pada wp_users
5. Lihat pula pada bhg kanan my php admin, klik pada bahagian browse. Di situ anda akan jumpa email yg anda gunakan untuk register wordpress anda dahulu. Jadi copy email tersebut kemudian terus halaman login wordpress anda untuk mendapatkan username dan password baru.
Mudah bukan?. Semoga tips ini akan dapat membantu anda.






