MOHDZAKI.COM

PORTAL PERKONGSIAN TIPS INTERNET BUSINESS

buatminisite

Archive for the ‘ web hosting ’ Category

Domain dan Web Hosting

Written by zaki on September 5, 2008.

Tahukah anda apakah itu domain name?

domain name adalah merupakan nama bagi perniagaan anda. Jika anda menjual tudung, maka domain yang sesuai untuk anda adalah tudung.com, tudung.net, tudung.org. jualtudung.com dan sebagainya yang mempunyai kaitan dengan tudung.

Tahukah anda apakah itu web hosting? secara mudahnya web hosting itu merupakan satu tapak kedai maya internet anda. Sebagaimana kedai sebenar yang terletak di tepi jalan seberang rumah anda tu.  Tanpa tapak kedai (web hosting) maka perniagaan tak boleh dijalankan.

Maksud sebenar webhosting adalah ruang storan untuk anda menyimpan semua data dan fail berkaitan perniagaan anda. Sekiranya anda mempunyai produk digital ianya juga boleh disimpan di situ. Tanpa web hosting, website anda tidak akan berfungsi.

Jadi untuk memulakan perniagaan internet anda perlulah mempunyai domain name dan webhosting. Domain boleh dibeli makala webhosting pula boleh disewa. Ada bermacam pakage di Internet yang menawarkan pembelian domain dan web hosting ini