Recent twitter entries...

  •  

Aidil Adha datang lagi

Posted by admin | Posted in Uncategorized | Posted on 10-12-2008

1

Mungkin tidak terlewat saya mengucapkan selamat hari raya aidil adha kepada semua umat Islam walaupun sekarang ni dah masuk hari 12 zulhijah. Aidil adha merupakan salah satu hari Raya bagi umat islam. Bagi umat Islam di Malaysia sambutan hari raya Aidiladha ini dimulakan dengan takbir hari raya pada malam sebelum Hari Raya Aidil Adha. Ini diikuti dengan sembahyang sunat hari raya. Kemudian barulah dilakukan ibadah korban.

korban raya

korban raya

Biasanya umat islam di Malasysia memilih lembu dan kambing untuk dijadikan binatang korban berbanding unta kerana kepayahan dan mahal harganya. Untuk tahun ini saya sendiri pun tidak melakukan apa-apa korban. Tapi sambutan di kampung saya boleh dikatakan sederhana. Selepas solat magrib di Surau, ahli jemaah surau melaungkan takbir disusuli dengan majlis tahalil yang biasa diadakan saban tahun. Malam tu juga ahli jemaan surau kampung akan menjamu selera dengan ketupat nasi himpit rendang, masalodeh dan lain-lain hidangan pagi raya tapi dihidangkan pada malam sebelum hari raya.

Pagi esoknya selepas solat aidiladha, kami sama-sama menumbangkan lembu bagi menjalankan ibadah korban.  4 ekor lembu telah dikorbankan dan dagingnya telah pun diagihkan kepada pihak yang berhak. Terus terang saya katakan.. melihat orang menyembelih.. melapah lebu nampak macam senang.. tapi bila buat sendiri.. anda akan tahu dimanakah level anda sendiri. Bukan mudah.. kalau dah expert kejap sahaja sekor dah selesai. Kalau team anda dipenuhi orang yang kurang pakar seperti saya ni.. alamat pukul 2 petang la baru siap. Jadi saya nasihatkanlah siapa-siapa yang belum pernah terlibat dengan kerja-kerja korban ni, saya cadangkan anda join aktiviti ini. Anda akan rasa pengalaman baru