Posted by admin | Posted in TOOLS TERBAIK | Posted on 10-07-2009
3
Pernahkah anda menghadapi masalah untuk login akaun Yahoo messengger anda? Anda telah pun memasukkan username dan password berpuluh kali dengan betul tapi masih belum boleh login. Apakah masalahnya? Sekiranya anda sering menghadapi masalah tersebut maka penyelesaiannya telah pun tiba.
Saya telah pun menjumpai satu software yang boleh membantu. Malah ianya boleh digunakan sekali untuk MSN chat juga. Yang bestnya software ini adalah percuma. Software yang saya gunakan ialah Trillian.

Anda boleh mendownloadnya di sini
Posted by admin | Posted in TOOLS TERBAIK | Posted on 19-06-2009
1
Beberapa hari lepas saya terpaksa memformat laptop saya kerana ianya telah menjadi sangat perlahan. Dengan kata lain terlalu lembab. Bayangkan lah kalau Saya nak buka firefox pun mengambil masa 5 minit.. Nak scan virus pun mengambil masa 4 jam. Memang dah tiada jalan lain untuk mengembalikan prestasi laptop ni kecuali dengan melakukan format ke atas laptop terbabit.
Bagi saya memang tiada masalah untuk melakukan format dan membuat installasi software pada laptop saya ini kerana saya telah melakukan aktiviti ini (format & install software) sejak tahun 2003. Tapi bagi yang belum melakukannya saya cadangkan anda belajarlah kerana ia akan menjimatkan RM50 anda kerana itulah harga yang akan dikenakan sekiranya anda menghantar laptop anda ke kedai computer.
Masa untuk kerja format hardisk dan installasi software tidaklah lama sangat. Ia bergantung kepada berapa besar saiz hard disk anda. Kalau besar.. lamalah sikit masa yang diambil. Saya cuma mengambil 3 jam untuk format dan install software.
Langkah 1 : Backup semua data yang penting. Pindahkannya ke DVD atau ke pocket hard disk anda.
Langkah 2 : Pastikan semua software dan installer yang anda perlukan berada di sisi anda. Ini termasuklah Cd window XP @ Vista dan juga CD untuk driver yang biasanya dibekalkan oleh pengeluar laptop. Biasanya Cd window XP @ Vista adalah jenis bootable.
Langkah 3: Masukkan CD window XP @ Vista ke dalam CD/DVD drive anda. Kemudian restart laptop anda.
Langkap 4: Laptop anda akan mula restart.. terus tekan F12 dan pilih boot from cd
Langkah 5: Anda ikutlah arahan sebagaimana yang dicatatkan dalam laptop anda. Ikut sahaja flownya.
Jangan lupa pilih option format drive C dan install pada drive C juga.
Langkah 6: Habis sahaja install window XP atau vista barulah anda install driver untuk laptop anda.
software untuk Driver tu memang telah dibekalkan oleh pengeluar laptop anda. Jadi gunakannya.
Selesai install semua drive .. barulah anda boleh menginstall semua software lain yang anda inginkan.
Semoga tips ini berjaya membantu anda dalam melakukan kerja-kerja memformat laptop anda
Posted by admin | Posted in TOOLS TERBAIK | Posted on 15-02-2009
5
Hari ni selepas saya chat dengan syed ikhwan saya dapati ada something wrong dengan laptop saya. Saya tidak boleh view apa-apa hidden file dalam laptop. Apa hal pulak ni!!. Pening!! confuse!!. syed kata ini mesti virus sebab dia pun dah kena. Terus malam tu jugak saya run antivirus AVG.
Nak tau berpa banyak virus dalam laptop ni? Ada 45 virus dan 7 adware. Aduh!! Sakit kepala. Apa nak buat ni? AVG pun tak boleh bunuh virus ni. Saya terus call adik saya (dia ni expert tentang mantainance dan hacking PC).. tanya apakah antivirus yang paling baik sekarang ni? Jawapan dia adalah kaspersky. Dulu kaspersky memang lembab.. menggangu system tapi versi yang baru 2009 ini agak bagus juga. Saya telah pun mendownload trial versi dan telah menggunkannya. setakat ni Bagus . hampir 95% virus dan adware telah berjaya dihapuskan. Versi ini walaupun versi trial untuk sebulan tapi bagi saya ia lebih bagus daripada AVG.Oleh itu saya bercadang untuk membelinya pada bulan ini juga.
Harga software antivirus kaspersky internet security untuk individu adalah RM99 (single licience). Manakala harga untuk 3 individu pula ialah RM150. Saya telah pun berjaya mendapatkan seorang rakan kongsi untuk membeli antivirus ini dan sekarang saya sedang mencari seorang lagi. tapi pagi besok saya pasti akan ada beberapa orang rakan guru yang ingin menyertai perkongsian ini.
Sekiranya anda ingin mencuba antivirus kaspersky versi percuma ini, anda bolehlah mendapatkannya di halaman di bawah ini. http://www.kaspersky.com/trials
Semoga antivirus ini dapat membantu anda