Senarai URL Shortener Yang Terbaik

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini nak share dengan anda semua berkenaan senarai URL Shortener.  URL shortener ini biasanya digunakan oleh kaki bisnes atau individu yang ingin membuat sebarang promosi di mana mereka ingin menyembunyikan url sebenar mereka. Kebiasaannya adalah untuk mempromosi link affiliate yang panjang dan dijadikan pendek. So customer tidak tahu link penaja adalah siapa sebab url shortener ini akan terus bawa ke main web.

Kebiasaan juga digunakan oleh kaki spam dimana mereka suka post url shortener ini untuk mengelakkan link asal daripada dicop spam oleh facebook ataupun google atau apa – apa platform. Url shortener ini akan membuatkan ramai orang rasa ingin tahu apa link sebenar di sebalik url tersebut dan tanpa fikir panjang terus akan klik dan apa lagi terkenalah beli..hahaha…kadang – kadang bagi pengguna baru yang selalu berhati hati pasti tidak akan klik kerana mereka fikir itu adalah link virus dan spam lagi lagi kalau url shortener tersebut tidak boleh customize url.  Tak semua url shortener provider yang menyediakan ubah suai url seperti bitly., hatta google pun tak menyediakan url customize.

So kali ini saya ingin senaraikan url shortener provider yang selalu digunakan oleh ramai orang. Almaklumlah dunia sekarang semakin ramai yang menyediakan platform shortkan URL. Antara URL Shortener yang bagus dan ramai orang guna adalah seperti beritkut:

  1. Google URL  Shortener 
  2. Tinyurl
  3. Bitly
  4. Yourls
  5. Bit.do 
  6. ow.ly
  7. Is Good
  8. Adfly
  9. Plush
  10. Tinycc
  11. Banyak lagi senarainya boleh google yeaa kalu jumpalah…hahaha

Ada yang boleh customize dan ada yang tak boleh, so rajin – rajinlah explore sendiri moga – moga mendapat manfaat. Stoppp…kalau bagus tulisan ini please share pada kawan – kawan korang yeaaa…

 

Continue Reading

Cara Mudah Semak Nombor Akaun Penipu Online

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kali ini saya ingin kongsikan satu laman sesawang khas buat pembeli – pembeli online untuk menyemak sama ada penjual tersebut adalah potensi penipu atau pun tidak.

Maklumlah sekarang ni ramai pembeli online yang tertipu dengan penjual – penjual yang tak bertanggungjawab dan cuba mengambil kesempatan di atas kelemahan pembeli. Kebanyakan pembeli yang sering ditipu adalah mereka yang baru menjinakkan diri dalam pembelian secara talian.

Mereka tiada pengalaman dan tidak tahu yang mana penjual yang betul atau penjual yang menipu, yang pasti mereka mudah tertarik dengan tawaran – tawaran yang tidak masuk akal sebagai contoh IPHONE 6+ yang harga asalnya mencecah RM3000.00 dijual dengan harga yang murah kurang daripada RM1000.00. Kalau anda sendiri yang kali pertama tidak pernah jumpa tawaran sedemikian sudah pasti anda akan rasa tertarik kerana memang murah dan produk yang berkualiti tetapi hakikatnya adalah dusta belaka.

Sehubungan itu, untuk mengelak daripada terkena tipu anda dinasihatkan untuk menggunakan laman sesawang berikut:  http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/  masuk je nombor akaun bank penjual tersebut dan pasti akan keluar jika penjual itu pernah menipu orang lain dan telah dibuat report polis. Laman sesawang ini adalah official daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sekiranya nama si penjual tiada dalam laman sesawang ini tetapi anda rasa ragu ragu sama ada penjual tersebut betul atau tidak saya sarankan anda cuba tips berikut:

  • Lihat Profile facebook sama ada guna gambar betul atau fake
  • Lihat testimoni daripada pelanggan – pelanggan yang lain
  • Lihat Laman sesawang sama ada lengkap menyakinkan atau tidak
  • Cuba search nombor telefon penjual di www.facebook.com
  • Cuba search nombor akaun bank penjual di www.google.com
  • Cuba search nombor telefon penjual di www.google.com
  • Cuba compare harga barang yang dijual dengan laman facebook atau web lain
  • Cuba buat COD bagi barang – barang yang berharga melebihi RM 1000.00
  • Tanyalah kawan – kawan yang lain mungkin mereka pernah membeli atau mengetahui berkenaan penjual tersebut

Jika anda masih terkena tipu setelah anda buat research tersebut saya sarankan anda buat laporan polis untuk dimasukkan senarai nombor akaun tersebut ke dalam laman sesawang polis http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ . Almaklumlah penipu online ni pun kadang – kadang bijak jugak mungkin mereka menggunakan nombor akaun bank orang lain sebagai contoh akaun bank isteri, adik beradik dan sebagainya atau mungkin itu adalah penjual yang baru nak belajar menipu online. Sekiranya anda tidak membuat laporan polis mungkin orang lain akan turut terkena tipu sebaiknya biarlah anda rugi dan asbab anda orang lain terselamat.

Marilah ramai – ramai kongsikan laman sesawang ini untuk memberi kesedaran kepada semua pembeli – pembeli online untuk mengelak meraka semua terkena tipu. Ramai orang yang kurang duit dan kurang ilmunya dalam pembelian online apatalah lagi jika terkena tipu lagilah kesian.

Jom share perkongsian daripada saya ini semoga semua mendapat manfaat. Sekian Wassalam.

Continue Reading

Cara Mudah Untuk Buat Direct Link Whatsapp Tanpa Save Nombor Telefon

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali saya nak kongsi dengan anda semua bagaimana untuk buat link whatsaap tanpa perlu customer simpan nombor telefon dengan cara yang sangat mudah. Mungkin artikel seperti ini pernah dikongsi oleh orang lain, namun bagi saya teknik ini mudah dan sangat bagus untuk penjual – penjual online bagi menarik pelanggan untuk membeli.

Dalam membuat link direct whatsapp ni terdapat perlbagai kaedah yang dikongsi sebelum ini. Oleh itu saya senaraikan sekali lagi di mana dan bagaimana anda semua boleh dapatkan atau buatkan link direct whatsapp anda sendiri.

Antara link direct whatsapp yang popular adalah seperti berikut:

(1) Cara mudah Pertama adalah menggunakan laman www.wasap.my 

###Format 1 hanya letakkan nombor telefon sahaja

  • Tukar kepada no telefon anda
  • Pastikan ada no 6 kat depan

www.wasap.my/60123456789

###Format 2 nombor telefon dan mesej auto tanpa pelanggan perlu taip
  • Tukar kepada no telefon anda
  • Masukkan mesej yang sesuai
  • Jika ada jarak, guna + ataupun %20

www.wasap.my/60123456789/Salam+Awak

P/s : Ingat!!! Pastikan Anda Update Whatsapp Terlebih Dahulu

Versi Baru Wassap.my

Versi kali ini agak advanced lah sikit dan banyak kegunaannya. Contoh : http://pmtepi.wasap.my

1. Whatsapp boleh dibuka menggunakan Handphone Atau Laptop/PC.

2. Personalised URL & lebih ringkas.

3. Boleh lihat berapa banyak klik.

4. Boleh lihat klik dari mana (Facebook, Web, Instagram Dll).

5. Letak FB Pixel ID & Adwords Tag Sendiri.

Untuk versi baru, anda hanya perlu daftar di sini, https://manage.wasap.my/

(2) Cara mudah Kedua adalah direct terus guna link API Whatsapp

Buat link seperti di bawah dan gantikan nombor telefon anda sahaja.

https://api.whatsapp.com/send?phone=60123456789

Pastikan anda meletakan kod negara di hadapan no talifon anda. Kod 60 adalah untuk negara Malaysia. Jika anda berada atau tinggal di negara lain gunakan kod negara anda sendiri.

Atau anda boleh buat link dengan ayat untuk terus dihantar:

https://api.whatsapp.com/send?phone=60123456789&text=saya%20nak%20order%20produk%20awak

Untuk anda whatsapp dengan meletakkan ayat anda perlu meletakkan %20 untuk gantikan space. Contoh ayat di atas adalah ” saya nak order produk awak

Sekiranya anda ingin membuat link yang unik dan tidak nampak nombor telefon anda boleh kaedah seperti di bawah:

  1. Signup akaun baru di https://bitly.com/ atau https://bit.do atau apa2 shorten url yang lain.
  2. Klik CREATE BITLINK yang terletak di bahagian atas kanan paparan hadapan bit.ly
  3. Masukkan link api whatsapp ini https://api.whatsapp.com/send?phone=60123456789 di PASTE LONG URL klik CREATE (pastikan nombor telefon anda betul)
  4. Link yang berjaya adalah seperti contoh ini bit.ly/mcjdj123
  5. Klik CUSTOMIZE untuk ubah suai dari bit.ly/mcjdj123 kepada bit.ly/wasapsaya atau apa – apa perkataan yang belum diguna orang lain yang anda suka 

Semoga perkongsian mendapat ini manfaat bersama lagi – lagi untuk peniaga online.

Kajian telah dibuat oleh WTW Copywriting HUB membuktikan bahawa:

“Menggunakan link Whatsapp memberikan respon 25% lebih positif dan responsif, berbanding minta prospek Whatsapp kita secara manual.”

“Kesimpulan data ini berdasarkan bulan Ramadhan ini saja. Jumlah perbelanjaan iklan sebanyak RM50,000 dan dua iklan hanya fokus berlawan dengan CTA sahaja.”

Oleh itu, gunalah link whatsapp untuk meningkatkan lagi jualan anda. Kepada sesiapa yang mempunyai pertanyaan lanjut sila komen yeaa dan jangan lupa share share share. Terima Kasih.

Continue Reading