Recent twitter entries...

  •  

Perkara yang saya benci buat apabila online

Posted by admin | Posted in SEO | Posted on 14-02-2010

0

Sudah lama saya tidak update blog ini. Terasa macam terabai je blog ini, maklumlah ia bukanlah blog emas. Blog berbahasa melayu ini pada saya hanya lah untuk suka-suka dan berkongsi maklumat bersama rakan-rakan IM yang lain.

Sebenarnya ada 2 benda yang saya cukup benci yang terpaksa saya buat ketika online
1. Menulis artikel dalam Bahasa Inggeris
2. Membuat backlinks kpd website

Sebenarnya bukan saya seorang benci membuat perkara tersebut malah ramai IM dalam dan luar negara juga bersikap demikian. Walaupun tak suka kita terpaksa membuatnya.

p_037Tahukan anda apakah kegunaan artikel dan backlink kepada kita. Ianya akan membantu website kita mendapat traffic yang banyak dan juga mendominasi 10 ranking terbaik dalam enjin carian GOOGLE dan juga enjin carian lain seperti BING dan YAHOO.

Tapi sekiranya kita ada wang, maka kerja membuat artikel dan backlink tu bolehlah di outsourcekan kepada pihak ketiga. Ada ramai mamat-mamat yang boleh melakukan tugasan tersebut di Forum Digital Point. Namun anda perlu berhati hati kerana bukan semua orang yang menawarkan perkhidmatan di sana adalah orang-orang yang bagus. Dengan kata lain anda kena pandai memilih. Kita boleh lihat pada itrader pada setiap ahli yang menawarkan perkhidmatan terbabit. Semakin tinggi itader seorang ahli forum DP semakin tinggi tahap kepercayaan ahli forum DP kepada beliau. Namun demikian Itrader bukanlah ukuran total untuk tahap kepercayaan seorang ahli. Kadang-kadang ada juga ahli yg mempunyai itader tidak boleh dipercayai namun bilangannya adalah sedikit sahaja.

Walaubagaimana pun try and error perlu dilakukan sendiri bagi memastikan kita benar-benar memilih orang yang betul-betul layak untuk melakukan tugasan terbabit. Semoga tips tentang out source artikel dan membuat backlink ini dapat membantu anda serba sedikit dalam perniagaan internet anda.

Ape beza website www dan tanpa www

Posted by admin | Posted in SEO | Posted on 02-11-2009

3

http-tanpa-wwwTahukan anda apakah bezanya url blog atau website anda contohnya http://www.carikerja.com.my dengan http://carikerja.com.my?

Kalau anda lihat kedua-duanya menuju pada website yang sama,tetapi apakah perbezaannya? Apa kaitan dengan SEO? Apa kaitannya dengan SERP? Apa kaitannya dengan backlink?

Sebenarnya kedua-dua url tersebut adalah sama yang membezakannya ialah backlink bagi kedua-duanya. Kalau anda lihat backlink bagi kedua-duanya adalah berbeza (Ini dapat dilihat menerusi (http://backlinkwatch.com).

Apa gunanya backlink ini? Backlink ini macam vote pada google. Kalau banyak backlink maka blog anda banyaklah vote dari website lain. Bila dah banyak vote maka kedudukan ranking blog anda di Google adalah amat baik berbanding blog yang kurang bilangan backlinknya.

Jadi kalau anda mempunyai blog pastikan anda mahu membuat backlink menggunakan www atau pun tanpa www kerana bilangan backlink dengan www tanpa www amat berbeza dan menyebabkan ranking anda dalam google berbeza dengan www atau tanpa www.

Walau pun demikian jumlah backlink yang banyak bukanlah krateria utama untuk meletakkan blog kita di top ranking google sebab ada lagi factor lain selain backlink yang perlu diambil perhatian

Blog niche akhirnya diindex oleh Google

Posted by admin | Posted in SEO | Posted on 18-10-2009

3

Alhamdulillah akhirnya kedua-dua blog saya telah pun diindex oleh Google setelah 2 bulan set up. (refer post dahulu) Ini adalah pengalaman terburuk pertama saya tentang google index. Biasa nya dalam masa 24 jam ke 72 jam sahaja blog saya akan diindex.

binggung

binggung

Walau pun telah berjaya di index, Ada sedikit kekeliruan. Apa yang diindex hanyalah nama domain sahaja. (contohnya : mohdzaki.com) dan bukannya url blog post (contohnya: http://mohdzaki.com/seo/masalah-wordpress-versi-2-84.html). Ini memang satu kebingungan.

Walaubagaimana pun saya berharap agar semua blog post dalam blog terbabit akan diindex oleh Google sedikit masa lagi