Berhati-hati dengan email Maybank
Posted by admin | Posted in SCAM | Posted on 03-12-2008
45
Kalau saudara atau saudari melihat Berita TV3 jam 8 malam 3 dec 2008 ia ada memaparkan kisah tentang seseorang yang telah kehilangan wang dari akaun maybanknya angkara email. Perkara sebegi sebenarnya telah banyak kali berlaku. Macam macam jenis email yang dihantar secara rambang kepada orang ramai. Saya sendiri telah pun menerima email dari pihak-pihak yang mengaku dari maybank menyuruh untuk membuat kemaskini butiran. Di bawah ini merupakan email yang terkini yang saya perolehi
Dalam masa 3 hari saya telah menerima 3 email dari pihak yang konon-kononnya maybank meminta untuk saya untuk membuat update atau pun verifikasi. Perhatikanlah email si penghantar
Emailnya: verification@maybank2u.com.my dan verification@maybank2u.com.my.localdomain
Kedua-duanya adalah email scam. Ketahuilah bahawa maybank tidak pernah menghantar email menyuruh kita mengupdate apa-apa butiran peribadi di Internet termasuklah password atau no pin. Memang tak ada. Semua kerja-kerja untuk update hanya boleh dilakukan di kaunter bank sahaja. Kat tempat lain memang tak boleh!.
Jadi jangan percaya dan jangan memberikan apa-apa butiran kepada pihak yang mengaku sebagai maybank. Jangan juga anda mengklik apa-apa link dalam email yang mencurigakan. Kalau anda ingin membuat transakri melalui Maybank2U pastikan anda masuk ke website yang betul.. bukan mengikut link dari mana-mana email atau pun website sesiapa… walau pun website terbabit hampir 100% sama macam website asli maybank.
Macam mana nak cari website maybank yang betul.. sedangkan kita semua tak mengafal url website? Kita gunakan pakcik google. Taip aje pada google “Maybank”
Email yang saya percaya dari maybank hanyalah satu. Dan saya rase semua internet marketeer tempatan pun sudah tau apakah email yang mereka suka dapat dari maybank.
Email inilah yang paling disukai oleh ramai internet marketeer tempatan iaitu email dapat duit. Dan tak perlu buat apa-apa. Kalau dapat email yang suruh buat apa-apa, masuk butiran ke klik apa-apa ke dari maybank semuanya scam penipu. Jadi jangan kita semua terpedaya dengan email penipu- penipu ini. Sayang duit yang kita simpan lama kena rempat dengan si penipu ni.





