Recent twitter entries...

  •  

Rahsia Pelaburan Emas

Posted by admin | Posted in PELABURAN, REVIEW PRODUCT | Posted on 27-08-2009

0

Saya sebelum ini ada menerima pertanyaan dari rakan-rakan bagaimanakah untuk membuat pelaburan emas?. Adakah ia menguntungkan. Malah ada juga yang rakan-rakan yang bertanya tentang MLM yang berasakan emas?
Adakah ia skim penipuan? Betulkah ia memberi keuntungan?

emas3Oleh Jadi hari ini saya akan dedahkan serba sedikit mengenai pelaburan emas. Secara amnya kita semua tahu bahawa emas adalah satu entiti yang amat berharga dan konsisiten harganya berbanding entiti yang lain. Jarang sekali kita lihat harga emas jatuh. Ia memang biasanya naik  dari tahun ke tahun.

Walaupun ekonomi jatuh.. wang susut nilai, harga saham jatuh tetapi harga emas tidak akan susut malah akan terus konsisten meningkat. Justeru ini emas merupakan satu pelaburan yang berbaloi.

Sewaktu kawan nak kahwin pada tahun 2001, rakan saya membeli barang kemas (emas) 916 pada harga RM50
segram. Pada bulan ini (27/8/2009) harga emas 916 mencecah harga RM122 segram!! Satu kenaikan harga yang tinggi. Menari bukan. Cuba anda lihat disekeliling anda, kelihatan banyak kedai emas tumbuh bak cendawan. Kenapa hal ini berlaku? Kerana perniagaan atau pelaburan emas memang menguntungkan.

Perlukah anda menggunakan pihak ketiga untuk membuat pelaburan? Sudah semestinya tidak!. Pelaburan menerusi pihak ketiga kadangkala boleh mengundang musibah kepada diri sendiri. Anda sendiri boleh melakukannya pelaburan emas dengan sendiri sambil menikmati keuntungan sendiri tanpa perlu berkongsi dengan orang lain.

En Abd Hafiz , En Syukor Hashim dan  En Jamaluddin Bahari telah membuat satu pendedahan ekslusif tentang bagaimana cara yang paling mudah untuk anda BERMULA dalam pelaburan EMAS tanpa perlu penglibatan orang lain. Mereka menerangkan langkah demi langkah sehinggalah berjaya dalam ebook mereka “Rahsia Emas”.

Untuk pengetahuan anda saya telah pun membeli satu ebook “Rahsia Emas”. Ini adalah salah satu cara bagi saya mempelbagaikan keuntungan pelaburan saya.

Di bawah ini adalah screenshot kandungan yang ditulis dalam ebook Rahsia Emas

Isi kandungan:

Pendahuluan

Topik 1: Mengapa anda perlu menyimpan emas
- Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
- Kajian kes: Wang kertas bukan penyimpan kekayaan yang terbaik
- Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang
- Nilai wang kertas jatuh di dalam jangka masa panjang .
- Emas adalah aset yang terunggul
- Emas tidak boleh dimanipulasikan

Topik 2: Bagaimana membuat pelaburan emas di Malaysia?
- Pelaburan emas secara fizikal
- Institusi yang menjual emas pelaburan
- ******* – syiling ****** Emas
- Emas fizikal *** Bank
- ***** Gold **** Sdn. Bhd / **** Dinar Sdn. Bhd
- Pelaburan emas melalui Dinar Emas
- Dinar emas ****** dinar Sdn Bhd
- Dinar Emas Kelantan
- Membeli emas fizikal di ***** emas
- Jongkong emas ********
- Pelaburan emas melalui akaun simpanan ****
- ***** Bank ***
- *****Saving Passbook Account
- Faktor-faktor yang perlu diambil kira sebelum membeli emas

Topik 3: Memilih emas fizikal atau akaun simpanan emas?

Topik 4: Harga emas di Malaysia

Topik 5: Bagaimana menjana keuntungan dengan pelaburan emas?
- Siapkan minda anda terlebih dahulu
- Teknik 1: Beli emas fizikal dan pegang selama mungkin sebagai aset
- Teknik 2: Beli emas ketika harga rendah dan jual ketika harga tinggi
- Teknik 3: Buat pinjaman semaksimum mungkin dan beli emas fizikal
- Teknik 4: Menjana keuntungan dengan akaun ***** Bank ***
- Tip: Memaksimumkan keuntungan pelaburan *** anda
- Teknik 5: Membuat keuntungan dengan emas fizikal (teknik *****)
- Teknik 6: Melabur sambil berniaga emas

Topik 6: Bacaan tambahan mengenai pelaburan emas

Topik 7: skim pelaburan emas

Note: **** perkara yang tidak ditunjukkan untuk menjaga privasi rahsia penulis ebook

Personal Review saya:
Saya rasa ebook ini memberikan info yang berguna untuk sesiapa yang berminat dalam pelaburan emas. Segala teknik dan trick yang dilakukan memang logik tiada usur hype dan tiada unsur MLM. Sekiranya anda berminat belajar cara membuat pelaburan emas yang betul, saya sarankan anda miliki ebook ini. Boleh terus klik pada banner di bawah
post ini. Terus terang saya tidak tahu sampai bilakah ebook ini akan dijual kerana Edisi terawalnya dahulu habis dalam masa 4 hari.

Niaga kit berbaloi untuk anda atau tidak?

Posted by admin | Posted in REVIEW PRODUCT | Posted on 09-11-2008

6

Saya telah pun menerima beberapa email yang bertanya tentang niaga kit ini. Ada juga yang bertanyakan tentang niagakit sejak sebelum niaga kit dilancarkan lagi. Sebelum saya menceritakan tentang Niaga kit ini, Apakah anda tahukan apakah dia Online store (kedai online)?
Tak berguna jika saya menceritakan tentang niagakit kalau anda tak tahu apakah dia Online store (kedai online).  Oleh kerana masih ada yang tak tau, Jadi saya akan terangkan secara ringkas mengenai online store ini.

Online store (kedai online) adalah satu kedai maya anda di Internet. Gunanya adalah untuk memaparkan koleksi product yang anda ingin jual secara online. Contohnya jika ingin menjual telefon bimbit. Maka anda perlu ada  satu website atau pun online store untuk menjual semua koleksi  telefon bimbit anda.

Biasanya orang akan bina online store (kedai online) ini untuk menjual product fizikal sahaja. Contohnya Telefon bimbit, TV dan lain-lain lagi. Dengan kata lain online stores (kedai online) ini adalah untuk barang barang yang boleh dilihat dan disentuh sahaja.

Boleh ke Jika online store ini digunakan untuk jual product digital seperti ebook?
-Tak digalakkan. Sebab conversion salesnya rendah. Sekiranya anda ingin menjual ebook atau pun
product digital adalah lebih sesuai anda membina minisite bagi menjual product terbabit.

Sekiranya anda mempunyai beberapa jenis barang fizikal untuk dijual contohnya anak patung, telefon bimbit dan mp3 player, Adakah saya perlu satu online store (kedai online) sahaja ? atau pun saya perlukan 3 online store (kedai online)?

- Satu online store (kedai online) adalah untuk satu kategori product. Oleh sebab anda mempunyai 3 kategori product yang berlainan, maka anda perlulah mempunyai 3 online store (kedai online).

Bagaimanakah caranya nak membina online store ini?
Ada 2 cara:
1. Buat sendiri
2. Upah orang

Cara 1 : Buat sendiri
Untuk membuat online store ini anda perlukan sedikit masa, sedikit kesabaran , dan juga ketabahan. Sanggup mengadap computer lama pada permulaan. Perlu ada manual atau pun panduan. Tak kisahlah dalam bentuk ebook  atau pun video tutorial. Ini penting supaya anda tidak akan buang masa dan tersesat jalan. Panduan cara bina online store ini (kedai online) biasanya dijual antara RM60 ke ke RM90. Setakat ni saya belum pernah menjumpai panduan membina online store ini secara percuma.

Cara 2 : Upah orang
Bagi anda yang tidak mempunyai masa, tidak mahu terlibat dengan urusan beli domain dan sewa hosting,
atau tak sanggup nak belajar teknikal seperti install script, edit html dan sebagainya, tak larat nak baca ebook, tak sanggup mengadap computer lama-lama untuk bina online store ini atau pun mahu terus start jual barang, Maka cara yang kedua ini iaitu mengupah orang adalah cara yang paling sesuai.
Tapi kosnya jauh mahal dari cara yang pertama tadi.

Tahukah anda apakah dia niagakit?. Niagakit adalah adalah satu servis yang disediakan oleh team Flarebiz bagi membantu bakal usahawan internet membina kedai online (online stores) sendiri.

Anda tak perlu bersusah payah dalam urusan
1. beli domain & sewa hosting
2. Install dan set up online store anda
3. memasang script dan install database
dengan kata lain anda tak perlu pening kepala nak buat semua benda tu. Kerana mereka akan membuatnya bagi pihak anda.

Keperluan NiagaKit

(Ini saya cedok dalam website niagakit)
NiagaKit merupakan satu Tema Wordpres yang digunakan oleh platform perisian percuma iaitu WordPress. Secara ringkas, jika anda ingin menggunakan NiagaKit maka anda perlu:

1. Anda tahu untuk menggunakan Internet atau sekurang-kurangnya tahu bagaimana ingin menghantar dan membalas emel. Jika anda juga mengetahui sedikit asas HTML adalah lebih bagus. Walaubagaimanapun mereka telah cuba untuk mengurangkan bahagian yang memerlukan kemahiran tersebut.
2. Mempunyai talian Internet yang tetap dimana anda boleh sentiasa memantau tempahan daripada pelanggan.
3. Mempunyai semangat untuk belajar perkara baru kerana anda bakal menggunakan sesuatu yang baru.

Anda tidak perlu risau bagaimana untuk membina kedai online, mereka bentuk Header, membeli domain dan hosting kerana mereka yang akan melakukannya bagi pihak anda. Jadi anda boleh jimatkan masa dan boleh terus melakukan promosi bagi mendapatkan sales bagi product anda.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai niagakit ini, anda bolehlah ke website niagakit di SINI.

Persoalannya.. Adakah ia berbaloi untuk anda ????????
Biar kita kira:
Anda nak jual tiga jenis product… MP3 player, DVD player dan anak patung barbie
jadi, Satu kategori product.. satu kedai online
-satu kedai online .. harganya (pakej niagakit) = RM500
-kalau 3 kedai online = 3 X RM500 = RM1500
Jadi anda perlu belanjakan RM1500 untuk 3 kedai online

Tapi kalau nak masukkan semua kategori dalam satu kedai online pun boleh jugak.

-RM500

Kalau buat sendiri:
-Beli ebook panduan buat kedai online = RM80
-harga domain + hosting = lebih kurang RM 100 (ada macam pakej) untuk satu online store
-panduan buat graphic (bagi yg tau langsung edit & buat graphic)= RM70
Jadi kos untuk buat satu online store kali pertama= RM250
Kalu nak buat 3 kedai online (online store) = RM250 + RM100 +RM100
= RM450

Anda boleh bandingkan antara keduanya, manakah yang sesuai bagi anda. Kalau ikutkan harga
memang buat sendiri itu lebih berbaloi berbanding dengan mengupah team Flarebiz ( niagakit) untuk bina
online store anda. Tapi sanggupkah anda menghadapi rintangan dan kesabaran ketika memasangnya
sendiri. Tepuk dada.. tanyalah diri anda sendiri.

Bagi anda yang mempunyai modal besar, saya cadangkan anda mendapatkan pakej niagakit kerana ia banyak menjimatkan masa anda. Anda boleh terus buat promosi untuk menjual produk anda. Makin banyak sales yang anda buat, maka makin tinggi lah profit anda dapat. Ketahuilah Promosi merupakan perkara yang paling penting dan paling banyak dan perlu dilakukan untuk menjadi usahawan internet yang berjaya. Kerja design buat store online ini hanyalah sebahagian minor part sahaja.

Bagi anda yang berminat mendapatkan pakej niagakit, saya cadangkan anda membeli menerusi link affiliate saya di bawah ini:
http://www.niagakit.com/index.php?ref=kongsiwang
Ini kerana saya akan memberikan bonus yang menarik dan hebat untuk anda. Saya akan memberikan semua ebook, software, graphic video tutorial yang ada dalam halaman BONUS HEBAT untuk anda.

Kesemua bonus bernilai lebih daripada RM2,000.00

Jangan lupa.. Pastikan anda clearkan semua cookie dalam cache computer anda sebelum membuat belian pada team flarebiz.

Cara untuk mendapatkan semua bonus tersebut ialah:
1. Hantarkan bukti pembayaran atau (screenshot)yang telah anda bayar pada team Flarebiz itu kepada email saya zaki2666@gmail.com
2. Berikan nama penuh, emai, Alamat rumah dan no telefon anda
kemudian saya kan menghantar semua bonus tersebut ke alamat rumah anda dalam masa 7 hari berkerja.

Sampai bilakah bonus ini akan diberikan?
Bonus ini hanya akan diberikan kepada 7 orang terawal sahaja.

Saya telah pun memberi pandangan mengenai niagakit ini, jadi terpulang kepada anda untuk membuat penilaian sendiri. Kalau nak jimat duit.. belajar buat sendiri. Mula2 mungkin susah. lepas tu mesti dah ok

Pandangan mengenai Monsun Biz,Callcenter,Payment Gateway,Bossmailer

Posted by admin | Posted in REVIEW PRODUCT | Posted on 30-10-2008

3

Sebenarnya saya kalau boleh tak nak cerita benda yang dah lepas ni.. Monsun Biz, Callcenter, Payment Gateway, Bossmailer. Tapi sebab sekarang ni dah ada syarikat baru yang cuba nak buat benda yang sama maka saya rasa saya kena beri review juga. Betul ke tak sistem mereka ni?

Untuk memudahkan kerja saya.. (sebab saya malas nak menulis)

saya petik tulisan dari seorang kawan Usahawan Internet Tempatan

blog sham

Saya rasa terpanggil untuk review tentang program yang diiklan besar besar dalam Harian Metro ini. Sebagai seorang SMS Biz consultant, saya kesiankan mereka yang menyertai program berkenaan. Buktinya ada luahan peserta program ini :

Salam,
I ni dah join LLM yang MIRSB buat tapi semacam tak puas hati, apa tah lagi I ni buta IT. I pergi teknikal kelas-kelas yang dia orang buat dan banyak benda yang I blur. Last sekali dia orang keluarkan MOU. Tapi naik sain untuk yang I tak dapat sepenuhnya dan Agreement MIRSB yang I tak tengok so buat apa I nak sain. Tapi hati berbelah bagi samada nak teruskan atau tidak tapi I dah bayar penuh!!! Pening….. I am not interested nak jadi agen mereka apatah lagi presenter…. kelas tak habis boleh buat topik lain…. ada semacam yang tak kena….

Sumber: WC

Ini adalah antara pengalaman mereka yang terlibat. Saya tak dedahkan lagi mereka yang melaburkan RM100K untuk program ini. Mereka sepatutnya lebih telus dalam pemasaran mereka. Mereka tidak sepatutnya merahsiakan risiko dalam perniagaan sms ini. Apa yang mereka jual bukan sahaja sms tetapi pelbagai aplikasi dimana ia mempunyai banyak tanda tanya…

Saya huraikan satu per satu…

Monsun

Anda boleh layari http://www.monsun-biz.com/ .Anda boleh lihat sendiri laman web tersebut? Adakah ia menepati keperluan e-commerce? Agen mereka mengatakan ia berkonsepkan landlord…Saya tak pasti apa yang dimaksudkan landlord dalam program monsun ni. Untuk invest RM50K untuk menjadi “tuan tanah maya” adalah sesuatu yang kurang bijak saya kira. Baik beli tanah betul.Ada geran & nilai tanah akan meningkat dari masa ke semasa. Memang dalam business internet ada konsep Virtual Real Estate, tetapi bukan macam yang mereka tawarkan. Satu web kongsi ramai ramai.

Apa yang dimaksudkan Virtual Real Estate ialah membina laman web yang bernilai tinggi seperti Google, Yahoo, Baidu, Myspace, Youtube dan sebagainya. Itulah yang dikatakan virtual real estate.Membangunkan laman web yang bernilai tinggi sebagaimana hartanah yang sebenar….

Update:Satu site dikongsi ramai ramai…ia tidak sesuai. Jika MIRSB membina sorang satu & tolong bangunkan perniagaan mereka. Itu cara yang sebetulnya. RM50K sepatutnya cukup untuk itu semua.

Callcenter

Ia adalah sama dengan mana konsep perniagaan sms. Saya terlibat dalam bidang ini. Bagi saya ia adalah sesuatu yang bagus untuk educate orang tentang potensi perniagaan sms. Cuma harganya la yang agak mahal untuk memulakan perniagaan sms. Sedangkan usahawan masih perlu beli iklan dan sebagainya. Untuk mendapatkan teknologi SMS sepatutnya tidak terlalu mahal agar tidak membebankan usahawan. Untuk dapatkan aplikasi SMS,harga dibawah RM1000 adalah sesuai. Itu yang akan membantu para usahawan.

Tetapi pihak berkenaan perlu la mengajar dan melatih usahawan tentang sistem, potensi, risiko dan cabaran dalam perniagaan sms. Mereka tidak sepatutnya berahsia. Bisnes sms tidak semuanya indah. Terdapat banyak kelemahan yang perlu usahawan hadapi..karenah telco, payment lambat,server down, statistik bercanggah dan sebagainya. Mereka sepatutnya mendedahkan semua perkara itu. Jangan hanya fikir untuk jual sistem sahaja. Ia akan merosakkan nama baik perniagaan sms.

Kita sepatutnya bersikap telus. Tidak perlu rahsiakan benda sedemikian. Ia adalah untuk membolehkan mereka yang ingin terlibat dalam perniagaan sms berfikir dan menilai terlebih dahulu. Jadi mereka tidak berasa tertipu jika membeli sistem berkenaan.

Payment Gateway 2020

Nama dah lawa dah.Cuma ia hanya indah nama dari rupa. Anda boleh melihat http://www.gateway2020.com/ .Ia merupakan satu laman web yang tak siap!. Apa ni?…Jual produk tak siap.. Siapkan dahulu sistem sebelum jual. Buat pengetahuan semua, pembangunan Payment Gateway sangat berisiko dan memerlukan teknologi yang tinggi. Jika maklumat pelanggan seperti nombor kad kredit dan sebagainya ia membawa masalah yang sangat besar.

Ia juga memerlukan kelulusan daripada Bank Negara Malaysia!. Apa yang saya lihat mereka langsung tiada kelulusan bank negara. Ini adalah kerana untuk mengutip wang atau menerima wang kita tertakluk kepada undang undang. Bukan sekadar hentam je.

Isu lain pula tentang payment gateway ialah keselamatan. Bukan just sekadar letak logo McAfee mengatakan laman web kita selamat. Ia perlu dipantau oleh pakar dalam keselamatan rangkaian seperti VeriSign yang memantau Maybank2u, Cimb dan semua bank yang mempunyai sistem internet banking. Itu baru lah betul.Anda boleh lihat laman web bank bank berkenaan,pasti ada lambang VeriSign.Ini adalah kerana mereka memantau keselamatan laman web kewangan dari seluruh dunia.

Orang membayar beribu ringgit untuk Payment Gateway.Jadi sediakan la yang elok dan selamat. Payment gateway adalah melibatkan kewangan.Jangan nak main main.

Update: Mereka gunakan Payment Gateway Mobile88 punye. Jadi tak perlu develop from scratch.Persoalannya pembeli kena buat integration sendiri atau MIRSB tolong buatkan?Ia sangat teknikal.

P.S: Diorang still kena wat website elok skit. Ia mengambarkan sesuatu produk & pertikaikan nanti.

BossMailer

Ia adalah satu perisian untuk spamming. Tidak dapat dinafikan lagi. Kita lihat dahulu apakah yang dimaksudkan “spam”. Mengikut WikiPedia spam adalah:

Spamming is the abuse of electronic messaging systems to indiscriminately send unsolicited bulk messages. While the most widely recognized form of spam is e-mail spam, the term is applied to similar abuses in other media: instant messaging spam, Usenet newsgroup spam, Web search engine spam, spam in blogs, wiki spam, mobile phone messaging spam, Internet forum spam and junk fax transmissions.

Spamming remains economically viable because advertisers have no operating costs beyond the management of their mailing lists, and it is difficult to hold senders accountable for their mass mailings. Because the barrier to entry is so low, spammers are numerous, and the volume of unsolicited mail has become very high. The costs, such as lost productivity and fraud, are borne by the public and by Internet service providers, which have been forced to add extra capacity to cope with the deluge. Spamming is widely reviled, and has been the subject of legislation in many jurisdictions.[citation needed]

Jadi apa apa sahaja email yang dihantar untuk tujuan mempromosi pape tanpa persetujuan pemilik email adalah spam. Penggunaan software untuk menghantar email secara “mass” atau banyak dalam satu masa adalah spam. Itu adalah hakikat yang tiada siapa yang boleh nafikan. Itu adalah fakta.

Update: Ia tetap spam walaupun ada yang mengatakan mereka akan hantar email untuk penerima email subcribe dahulu. Mass email kepada orang tidak dikenali tetap spam.

Yang menariknya agen MIRSB menerangkan mcm ni…

Bossmailer – program yang membolehkan pengguna mengambil e-mail dari web2 lain dan send mass e-mail. setiap penghantar e-mail dikenakan caj rm0.10 caj tersebut akan dibayar pada hotmail/yahoo/gmail supaya tidak termasuk dalam spam, dan sekiranya pemilik e-mail tidak berminat boleh block mail tersebut. So, tidak salah di sisi undang2.
Sumber: WC

Siap ada caj pulak dan dibayar kepada hotmail/yahoo/gmail agar membenarkan email mereka ke inbox. Ia jelas menipu. Syarikat berkenaan (Microsoft,Yahoo & Google) sangat mengambil serius tentang spam. Boleh pulak mereka dakwa mereka menyogok syarikat gergasi berkenaan dengan 10sen untuk membenarkan spam.

Siap boleh cakap lagi, ” Sekiranya pemilik e-mail tidak berminat boleh block mail tersebut. So, tidak salah di sisi undang2.”. Siapa cakap tak salah? Dah langgar privacy orang.Boleh pulak cakap tak bersalah. Di US, spam boleh disaman kerana melanggar privacy. Semua ada hak. Jangan fikir nak untung je dengan promote “something” kat semua orang. Bukan semua orang suka..

Saya berharap ada daripada agen/pengawai terlibat dapat menerangkan isu ini semua. Ini adalah kerana ia akan merencatkan perkembangan perniagaan sms dan juga internet. Saya terlibat dalam kedua dua bidang ini. Jadi saya agak risau bak kata pepatah “kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”.

Harap ia dapat membantu para usahawan melayu khususnya dalam perniagaan sms dan juga internet. Pastikan anda mengkaji terlebih dahulu sebelum invest apa apa…

Harap MIRSB baiki kelemahan..jika perlu ditarik balik,tarik balik seperti bossmailer tu..Ia akan menimbulkan isu besar pada masa akan datang.

(sumber http://www.shamsuriyadi.com/2008/03/27/pandangan-saya-terhadap-mirsb-monsuncallcenterpayment-gatewaybossmailer/)

Sebenarnya banyak lagi blog usahawan internet tempatan yang mempertikaikan sistem seperti ini. Anda sendiri boleh search dengan Yahoo atau Google. Jangan mudah percaya apa yang diiklan di TV dan suratkhabar. Sama ada dia guna celebrity ke orang kenamaan, awek cantik ker??..Anda perlu Selidik dulu. Jangan main terjah je. Keluar paper besar-besar mesti hebat berkesan punya. heh!!. Saya tahu ramai yang ingin berjaya dalam perniagaan internet tapi tak tau di mana nak mula. Jadi mulakan dengan langkah yang betul.  Mana ada jalan yang singkat untuk berjaya dalam perniagaan online. Kadang-kadang rasa kesian bila tengok ada rakan-rakan kita yang habis duit yang banyak (beribu ribu) semata-mata ingin belajar business online sedangkan mereka tak dapat apa-apa.