Recent twitter entries...

  •  

Paypal dah boleh keluar di bank tempatan?

Posted by admin | Posted in perniagaan internet | Posted on 15-11-2009

3

Wah! berita baik untuk rakyat Malaysia. Tahukan anda duit paypal kita sekarang ni dah boleh terus transfer ke bank tempatan MALAYSIA seperti maybank, ambank dan cimb?. Ini BETUL!! BETUL!! bukan cubaan lah. Perkara ni dah pun berlaku dalam 3 minggu lepas sebagaimana saya jangkakan.

Kalau tak percaya lihatlah screen shot di bawah ini.

paypal di bank Malaysia

paypal di bank Malaysia

keluar3

Maka dengan ini kad debid VISA tidak akan ku gunakan lagi untuk withdraw paypal . Astalavista babey!

Mungkinkah paypal akan membenarkan Rakyat Malaysia mengeluarkan wang terus ke bank tempatan?

Posted by admin | Posted in perniagaan internet | Posted on 16-10-2009

3

Hari ini secara tak langsung saya terbaca polisi terkini paypal bertarikh 14 October 2009 selepas login akaun paypal saya, Maka Persoalan yang timbul adalah:

paypal

polisipaypal1

polisipaypal2

1. Adakah selepas ini rakyat Malaysia boleh mengeluarkan duit paypal dalam bank tempatan seperti maybank, cimb, Bank Islam dan lain-lain.

-Kalau perkara ini berlaku maka beruntunglah kita sebagai rakyat Malaysia kerana duit kita dalam akaun paypal boleh terus dimasukkan ke dalam bank tanpa perlu mengeluarkanny adahulu menggunakan debit kad VISA

2. Adakah semua transaksi paypal untuk rakyat Malaysia akan dipantau oleh Bank Negara?

- Sekiranya ini berlaku maka.. tidak akan ada transaksi paypal yang akan lepas dari bank negara. Memang ramai otai-otai internet marketeer Malaysia ini yang akan kena bayar cukai yg tinggi dari biasa kerana ribuan USD yang terhasil setiap hari yang biasa tidak diketahui akan diperolehi bank negara.

Hahaha.. Perkara Ini memang ada pro dan kontra untuk rakyat Malaysia. Jadi sama-sama kita lihat kesannya nanti

Pemasangan script Affiliate Panduan Minisite

Posted by admin | Posted in perniagaan internet | Posted on 31-01-2009

5

Hari ini saya telah pun memasang affiliate script pada panduan membina minisite. Ia sepatutnya telah lma saya lakukan. Sebenarnya saya malas nak pasang affiliate script kerana ini akan menambahkan kerja saya walaupun keuntungan dari sales akan bertambah.

Masa saya untuk urus product tempatan ni akan bertambah menyebabkan tumpuan pada pasaran antarabangsa akan berkurangan. Pada hal itulah tumpuan saya untuk tahun ini.  Kalau ikut hati memang saya malas tapi ada 2 faktor yang menyebabkan saya memasang affiliate script ini.

1. Saya baru mendapatkan video tutorial cara memasang affiliate lite (affiliate script) versi terbaru seorang usahawan internet tempatan. Bagi membuktikan tutorial tersebut friendly user atau tidak saya perlu mencubanya sebelum memberikan atau mencadangkannya kepada rakan IM yang lain.

2. Saya telah menerima email dari beberapa customer yang mahukan panduan tersebut dibuatkan affiliate program. Ini kerana mereka ingin mempromosikan kepada rakan-rakan mereka sambil menjana pendapatan.

Anda nak tahu tak cara memasang affiliate program pada website anda dengan cara termudah? betul? Saya akan menunjukkan anda pada post yang akan datang nanti