Pernah Dapat Call Scam daripada Nombor +01

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

 

Kali ini saya ingin kongsikan panggilan scammer yang ingin memperdayakan sesiapa yang leka dan mudah terpengaruh dengan tipu daya mereka. Taktik yang mereka gunakan adalah mendail pemilik – pemilik nombor dalam senarai mereka dengan menggunakan nombor +01 di mana bila kita angkat suara operator akan bercakap dengan memaklumkan bahawa kita mempunyai tunggakan hutang dengan pihak Bank. Sebagai contoh semasa saya angkat nombor tersebut maklumkan saya ada tunggakan dengan pihak AMBANK. 

Mereka minta kita call pihak bank dengan nombor yang diberikan untuk mengetahui dengan lebih lanjut, dari situlah bermulanya drama yang telah dirancang oleh pihak scammer. Tetapi saya dah sedar akan taktik scammer so saya tak layan dan hanya dengar apa yang opeator tu maklumkan. Dari siniilah tanpa sedar mereka akan menyatakan kita terlibat dalam kes jenayah dan melibatkan polis di sesuatu kawasan. Kena call pihak polis pulak dan untuk pastikan semua maklumat kita selamat dan kita perlu transfer duit daripada setiap akaun bank kita ke suatu akaun khas yang disediakan oleh pihak bank yang dimaklumkan atau mungkin untuk selesaikan kes dengan mudah kita perlu bayarkan pada mereka.

Dari situlah mereka akan dapat duit daripada mangsa, sebagai contoh boleh baca kes kawan saya yang hampir – hampir terkena dengan pihak scammer ini.

Kalau dah dapat panggilan tersebut dan terangkat panggilan seperti di atas cepat – cepat buat laporan polis untuk mengelak sebarang kejadian yang tidak diduga pada masa hadapan.

 

 

Sila sharekan perkongsian ini semoga dapat membantu lebih ramai lagi terutamanya rakyat malaysia sedar dan terselamat daripada scammer yang semakin berleluasa.

Continue Reading

Cara Mudah Semak Nombor Akaun Penipu Online

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kali ini saya ingin kongsikan satu laman sesawang khas buat pembeli – pembeli online untuk menyemak sama ada penjual tersebut adalah potensi penipu atau pun tidak.

Maklumlah sekarang ni ramai pembeli online yang tertipu dengan penjual – penjual yang tak bertanggungjawab dan cuba mengambil kesempatan di atas kelemahan pembeli. Kebanyakan pembeli yang sering ditipu adalah mereka yang baru menjinakkan diri dalam pembelian secara talian.

Mereka tiada pengalaman dan tidak tahu yang mana penjual yang betul atau penjual yang menipu, yang pasti mereka mudah tertarik dengan tawaran – tawaran yang tidak masuk akal sebagai contoh IPHONE 6+ yang harga asalnya mencecah RM3000.00 dijual dengan harga yang murah kurang daripada RM1000.00. Kalau anda sendiri yang kali pertama tidak pernah jumpa tawaran sedemikian sudah pasti anda akan rasa tertarik kerana memang murah dan produk yang berkualiti tetapi hakikatnya adalah dusta belaka.

Sehubungan itu, untuk mengelak daripada terkena tipu anda dinasihatkan untuk menggunakan laman sesawang berikut:  http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/  masuk je nombor akaun bank penjual tersebut dan pasti akan keluar jika penjual itu pernah menipu orang lain dan telah dibuat report polis. Laman sesawang ini adalah official daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sekiranya nama si penjual tiada dalam laman sesawang ini tetapi anda rasa ragu ragu sama ada penjual tersebut betul atau tidak saya sarankan anda cuba tips berikut:

  • Lihat Profile facebook sama ada guna gambar betul atau fake
  • Lihat testimoni daripada pelanggan – pelanggan yang lain
  • Lihat Laman sesawang sama ada lengkap menyakinkan atau tidak
  • Cuba search nombor telefon penjual di www.facebook.com
  • Cuba search nombor akaun bank penjual di www.google.com
  • Cuba search nombor telefon penjual di www.google.com
  • Cuba compare harga barang yang dijual dengan laman facebook atau web lain
  • Cuba buat COD bagi barang – barang yang berharga melebihi RM 1000.00
  • Tanyalah kawan – kawan yang lain mungkin mereka pernah membeli atau mengetahui berkenaan penjual tersebut

Jika anda masih terkena tipu setelah anda buat research tersebut saya sarankan anda buat laporan polis untuk dimasukkan senarai nombor akaun tersebut ke dalam laman sesawang polis http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ . Almaklumlah penipu online ni pun kadang – kadang bijak jugak mungkin mereka menggunakan nombor akaun bank orang lain sebagai contoh akaun bank isteri, adik beradik dan sebagainya atau mungkin itu adalah penjual yang baru nak belajar menipu online. Sekiranya anda tidak membuat laporan polis mungkin orang lain akan turut terkena tipu sebaiknya biarlah anda rugi dan asbab anda orang lain terselamat.

Marilah ramai – ramai kongsikan laman sesawang ini untuk memberi kesedaran kepada semua pembeli – pembeli online untuk mengelak meraka semua terkena tipu. Ramai orang yang kurang duit dan kurang ilmunya dalam pembelian online apatalah lagi jika terkena tipu lagilah kesian.

Jom share perkongsian daripada saya ini semoga semua mendapat manfaat. Sekian Wassalam.

Continue Reading