Panduan minisite
Posted by admin | Posted in Joint Venture | Posted on 25-09-2008
17
Semalam saya telah pun menghantar email kepada beberapa customer terpilih (yang telah membeli ebook saya terdahulu) satu email berkaitan JV pertama tentang Panduan minisite.
Daripada email yg banyak-banyak itu, saya hanya telah memilih 10 orang pertama yang membalas email terbabit.

mungkin anda terfikir apakah JV yang saya buat? Macam ni la…
saya akan menjual product ni sedikit hari lagi. Oleh itu saya ingin tahu adakah product ini betul-betul boleh membantu newbie yang betul2 ingin membina minisite . Ini penting.. takkan saya nak jual product yang tak mampu dimunafaatkan oleh orang lain. Jadi saya memberikan satu offer kepada beberapa orang.
Sekiranya anda betul-betul nak bina minisite@website untuk product secara online. Belilah product ini dari saya dengan harga RM40. Selepas anda ikuti video tutorial panduan tersebut dan siapkan minisite tersebut.
Tak kisahlah.. anda nak jual apa kat minisite anda tu.
Selepas siap upload minisite tersebut. Berikan kepada saya
1. alamat url minisite anda
2. dan pandangan anda mengenai panduan minisite
3. gambar anda yang menarik
4. Bukti pembelian RM40 yang telah anda buat dahulu.
Selepas meneliti url minisite dan juga pandangan anda, saya akan kembalikan semula wang anda
yang telah anda bayar kepada saya.
Jadi itulah JV yang saya anjurkan setakat ini. Walau bagaimana JV ini telah pun tamat kerana saya telah pun berjaya mendapatkan ahli yang cukup.





