Dapat Call Daripada Nombor 03-2726 1257 – Promote Plan Haji dan Umrah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada jam 12.38pm 10 Oktober 2017 (selasa) tetiba je dapat panggilan daripada nombor 03-2726 1257 atau 0327261257. Saya dengan ringan tangannya terus pick up dan menjawab panggilan tersebut katanya mewakili daripada Bank Islam. Diperkenalkan diri nama sekian dan ingin bercakap dengan saya, biasalah diaorang akan tanya kita kerja apa, dah kahwin ke belum, umur berapa dan selepas itu mereka akan memberi maklumat berkenaan plan Haji dan Umrah khas untuk pengguna Bank Islam yang mana benefitnya boleh dimasukkan dalam akaun bank atau tabung haji.

Saya dengar je apa yang diceritakan tetapi dalam hati masih belum faham apa yang sebenarnya ingin disampaikan, nak tanya lebih – lebih nantikan tersangkut pulak dengan godaan ayat – ayat manis mereka. Katanya dapat manfaat sekian – sekian dan sekiranya kita mati boleh dibuat haji badal bla..bla..blaa.., Haji Badal ni dibuat oleh orang lain sekiranya kita meninggal dunia dan mereka semua akan uruskan oleh mereka tanpa sebarang duit lain.

Last sekali part yang paling mereka tunggu – tunggu…iaitu sebelum mereka nak close sale macam biasalah mereka akan tanya kita punya tahap kesihatan..Saya cakaplah Wallahu a’lam so far Alhamdulillah sihat lagi tiada sebarang penyakit. Tetapi baru – baru ni saya ada buat pemeriksaan kesihatan dan dimaklumkan oleh Dr. tahap kolestrol saya tinggi…..”senyap” sekejap…Tiba – tiba diberitahu bahawa plan ini adalah tidak sesuai dengan En. Insya Allah sekiranya kita ada plan yang bagus dengan sesuai kita akan hubungi en. semula yeaa.. Terima Kasih Assalamualaikum…

Apa lagi habislah ceritanya…Apa yang nak disampaikan oleh saya adalah…apa – apa pun plan diaorang adalah profit oriented di mana mesti untuk kepentingan diaorang sahaja sekiranya nampak akan kerugian sikit sahaja mereka sudah tak bagi tawaran, macam saya maklumkan bahawa tahap kolestrol saya tinggi dan boleh diusahakan lagi untuk kembali kepada normal namun mereka tidak ingin mengambil risiko untuk tawarkan produk mereka kepada pelanggan yang bakal merugikan mereka. Faham..Sebab mereka profit oriented dan setiap plan mereka adalah untuk keuntungan pihak mereka semata – mata.

Oleh itu, sekiranya anda ingin memilih plan yang ditawarkan, seharusnya anda pertimbangkan banyak perkara sebaiknya kaji selidik terlebih dahulu..agar tidak menyesal kemudian hari. Bagi sesiapa yang pernah mendapat panggilan daripada nombor ini bolehlah kongsi pengalaman anda di ruangan komen supaya dapat memberi manfaat pada orang lain.

Sila kongsikan artikel ini sekiranya bermanfaat. Sekian Wassalam.

Continue Reading

Nasihat 19 Jangan Apabila Melanggan Takaful

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ini adalah perkongsian yang menarik dari sahabat facebook Tuan Afyan Mat Rawi berkenaan Takaful yang ramai orang tak ambik tahu dan tak cuba untuk memberi tahu bagi mereka yang dah tahu. Bagi saya perkongsian ini sangat membantu dalam membuat keputusan dan menilai plan takaful yang sesuai dengan kehidupan kita sendiri. Apa yang penting baca dan hadamkan 19 JANGAN apabila melanggan takaful beikut:

1. JANGAN langgan takaful sebab ejen semata-mata. Kawan saya ejen, ejen tu cantik, ejen tu bagi hadiah setiap tahun dll. Pilih takaful berdasarkan keperluan kewangan sendiri.

2. JANGAN langgan takaful utk diri sendiri melebihi 10% daripada pendapatan. Itu sudah overpaid. Paling banyak pun 15%, itu pun utk yg berusia emas.

3. JANGAN langgan medical card tanpa life protection utk income protection. Jika tiada medical card, masih ada alternatif di hospital kerajaan jika jatuh sakit. Tapi jika tiada Life takaful utk income protection, akan memberi kesan besar dalam kewangan keluarga apabila ditimpa musibah kematian, lumpuh dan sakit kritikal.

4. JANGAN risau kalau ada ejen burukkan syarikat takaful lain susah bayar claim. Semua syarikat takaful berada di bawah kawal-selia oleh Bank Negara Malaysia, dan tertakluk kepada undang-undang Islamic Financial Services Act. Jika ada pelanggan yg teraniya, boleh buat laporan. Jika kes genuine, undang-undang berpihak kpd pelanggan.

5. JANGAN sembunyikan maklumat-maklumat penting terutama kesihatan ketika tanda tangan polisi. Dedahkan semua maklumat diminta, sekalipun penyakit yg sudah sembuh atau penyakit 10-20 tahun lepas. Jika tidak, akan ada risiko besar utk tuntutan ditolak apabila berlaku musibah. Banyak kes claim ditolak disebabkan “undiscloser fact” atau ketidakdedahan fakta.

6. JANGAN buat-buat lupa bayaran bulanan. Ia akan menyebabkan polisi menjadi “lapse” dan tidak lagi berkuatkuasa. Polisi takaful yg baik ialah polisi yg dibayar sumbangannya setiap bulan.

7. JANGAN tandatangan borang kosong. Pastikan ia diisi terlebih dahulu sebelum tanda tangan. Semak borang sebelum tandatangan utk memastikan borang diisi dengan maklumat lengkap dan betul.

8. JANGAN mudah-mudah batalkan polisi apabila ada ejen takaful lain memburuk-burukkan polisi takaful anda. Buat semakan kembali dan dapatkan pandangan kedua. Ejen yg suka batalkan polisi klien boleh diadukan kepada BNM.

9. JANGAN tandatangan borang cadangan takaful sebelum anda baca Product Disclosure Sheet (PDS). Boleh minta PDS daripada ejen atau lihat dalam website syarikat. Ia adalah dokumen penting produk takaful yg diwajibkan oleh BNM kpd semua syarikat takaful. Ejen wajib tunjukkan dan tenangkan kepada bakal pelanggan.

10. JANGAN bayar mahal tapi coverage sedikit utk takaful. Fungsi utama takaful adalah utk perlindungan, bukan utk simpanan atau pelaburan. Sebaiknya 5-6% daripada pendapatan utk coverage bersamaan 10 tahun pendapatan. Contoh, gaji RM3,000 sebulan, caruman RM150 ke RM170 sebulan bersamaan RM360,000 utk kematian, lumpuh dan sakit kritikal.

11. JANGAN langgan takaful utk hibah sahaja tanpa coverage critical illness. Produk takaful utk hibah sahaja, tidak membantu sekiranya berlaku penyakit kritikal sedangkan 70% kematian berpunca dari sakit kritikal. Jika sudah sign-up, boleh tambah coverage baru utk sakit kritikal.

12. JANGAN lupa baca polisi sebaik sahaja terima. Ia sangat penting utk memahami kembali apa yg diterangkan oleh ejen dan pastikan ia terkandung di dalam polisi. Jika ejen beritahu polisi ada simpanan sekian-sekian, minta ejen tunjukkan maklumat tersebut.

13. JANGAN malas utk buat perbandingan proposal takaful. Di Malaysia ada lebih kurang 10 syarikat takaful. Jadi, selaku pelanggan ia adalah satu kelebihan utk mendapatkan produk yg paling baik dan paling sesuai berdasarkan kewangan diri sendiri.

14. JANGAN buat perbandingan lama sangat sampai 3-4 tahun tak habis-habis minta quotation tapi tak sign-up sebarang polisi. Sakit, mati, lumpuh tidak menunggu kita ada polisi takaful baru datang menyinggah. Mereka datang tanpa memberi salam.

15. JANGAN terpengaruh dengan ejen yg desprate nak dapatkan sales. Pilih ejen yg mampu memberi khidmat nasihat berdasarkan keperluan kewangan anda. Mereka golongan rare dalam industri takaful dan tidak ramai.

16. JANGAN batalkan polisi hanya semata-mata anda tak puas hati kepada ejen. Kembali kepada objektif asal anda melanggan polisi sebab apa? Jika tak puas hati dgn ejen, anda boleh hantar surat kepada syarikat takaful utk menukar ejen lain.

17. JANGAN mengharapkan produk takaful yg sempurna. Tiada produk seumpama itu. Produk takaful boleh diambil sedikit demi sedikit. Boleh ambil lebih dari satu utk sesuaikan dgn keperluan kewangan kita.

18. JANGAN baca sekerat-sekerat panduan ini. Baca keseluruhannya dan setiap satu berkaitan antara satu sama lain.

19. JANGAN lupa utk tag pasangan, keluarga dan kawan-kawan lain yg patut tahu tips ini dan JANGAN lupa utk LIKE dan SHARE selepas baca habis tip-tip ini.

Afyan Mat Rawi,
INFAQ Consultancy

Continue Reading

Dapat Call Daripada Bank Islam Nombor 03-2023-3800 – Promote Plan Perlindungan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali saya nak kongsikan sedikit pengalaman apabila telah dapat panggilan daripada telemarketer seperti nombor ini 03-20233800. Pada 18 Julai 2017 jam 2.44 pm saya dapat panggilan dengan memperkenalkan dirinya sebagai Omar promote pakej perlindungan sebanyak RM27.00 sebulan.

Panggilan disambut baik dan menyatakan bahawa ada related dengan bank islam kerana saya adalah pengguna setia yang memakai kad debit bank islam dan saya juga terpilih mendapat offer yang jarang – jarang orang lain dapat. Huhuhu… macam menarik je kan…

Dalam hati terus terkata ni mesti insurans ni…nak promote jelah tuh..huhuhu…diam tanpa terkata apa – apa biar je si telemarketer tu cerita…jika saya dapat call daripada nombor 03-xxxx xxxx camni saya akan kata tidak berminat…jika diaorang kata takpe saya nak minta masa untuk explain sedikit berkenaan offer tu saya bagi je.. tetapi last sekali saya akan kata tak berminat. Insya Allah diaorang pun akan faham sememangnya alasannya adalah sukar untuk dipercayai melalui talian…

Yeaaa meraka ada maklumat kita seperti nombor telefon, IC dan Nama Penuh…IC mungkin pihak third party bagi tak penuh tetapi nombor telefon dan nama mesti sama sebab dalam mana – mana form yang anda beli atau signup sesuatu seperti buka akaun bank, kad kredit, kad debit kat dalam borang tu dah mention pihak bank dibenarkan memberi maklumat pada third party.. So korang nak marah pun tak guna sebab korang sendiri yang sign dan agree dalam borang tuh…

So.. solution nya senang je..korang jangan gelabah bila dapat call seperti ini daripada telemarketer..layan je…dan kalau boleh dari awal – awal lagi cakap maaf saya tak berminat dengan produk yang nak dioffer..kalau dia nak cerita jugak boleh terpulang pada anda tetapi harus diingat last sekali diaorang akan guna ayat “close sale” contohnya encik berminat, encik nak ambik pakej yang mana, encik setuju dengan pakej ini..di sini ramai yang tersangkut..sebaiknya anda tanam terus dalam minda anda siap siap..maaf saya tidak berminat.. Insya Allah perbualan tersebut tidak tegang urat dan marah – marah…macam dalam video yang tersebar kat youtube kan…

So layanlah panggilan elok – elok nak kata scam tu tak juga sebab diaorang pun nak promote produk mereka juga…okeh…

Continue Reading