Siap Sudah Kemaskini Theme Blogspot Nurulhayati Ramli

Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan sekian alam.

Dengan izin Allah swt dapat juga saya kemaskini atau orang panggil make up blogspot dengan menukar theme yang lebih cun melecun untuk blog www.nurulhayatiramli.blogspot.com .

Blog ini adalah blog perkongsian aktiviti kehidupan seharian dan juga tips untuk ibu – ibu terutamanya ibu mengandung mengikut perspektif dan pengalaman pemilik blog.

So saya harap sesiapa atau khasnya ibu – ibu diluar sana follow lah blog tersebut untuk mendapat sebarang info berkaitan keibuan.

Pemilik blog adalah isteri saya sendiri yang bernama Nurulhayati dan juga salah seorang team member confinement helper. Insya Allah beliau akan cuba memberi info yang menarik dan berguna untuk pembaca. Mohon beri sokongan untuk menambah semangat beliau dalam memperuntukkan masa bagi perkongsian ilmu melalui platform blog tersebut.

Selain itu, anda semua juga sekiranya berminat untuk buat blog tetapi tidak pandai untuk menukar theme yang menarik bolehlah komen dan maklumkan pada saya Insya Allah saya akan membantu. Harus diingat caj akan dikenakan tetapi mengikut budibicara saya dan kelapangan masa yang saya ada.

Insya Allah mudah – mudahan post kali ini membantu pembaca semua. Sila kongsi pada kawan – kawan yeaaa. Terima Kasih.

Continue Reading