Ayuh Kenali Istilah Perkataan Yang Digunakan Dalam Pelaburan Saham

Ayuh Kenali Istilah Perkataan Yang Digunakan Dalam Pelaburan Saham

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana kita semua masih lagi diberi peluang untuk menikmati kehidupan di dunia ini.

Kali ini saya ingin kongsikan beberapa  Istilah yang digunakan dalam Pelaburan Saham yang dipetik daripada mana sumber, ntah aku pun dah lupa, group whatsapp atau telegram saham kot. 

Walau bagaimanapun terima kasih kepada trader yang sudi kongsikan maklumat istilah ini dan mohon izin saya entry ini yang mana bagus untuk pembelajaran bagi trader – trader newbie. Almaklumlah sekarang ni musim PKP disebabkan Covid 19 ramai yang cuba untuk menceburkan diri dalam bidang pelaburan.

Why not korang belajar dulu sebelum mulakan pelaburan, labur dahulu dalam ilmu pelaburan barulah anda tidak rugi dengan membayar yuran kebodohan dalam pasaran.

Bagi trader yang sudah cekap dalam menjana pendapatan kongsi – kongsilah ilmu buat newbie di luar sana untuk tidak melabur di tempat yang merugikan lagi – lagi dengan “Pelaburan Scam”, ilmu yang anda ada tidak rugi untuk dikongsikan demi kebaikan masyarakat sejagat.

So apa lagi sila hafal dan hadam betul betul istilah di bawah ini sekiranya anda ingin memulakan pelaburan dalam saham yea. Chaiyook…

*Bull/Bullish*
Prestasi pasaran dalam keadaan menaik / banyak belian / indeks hijau

*Bear/Bearish*
Prestasi pasaran dalam keadaan menurun / banyak jualan / indeks merah

*Uptrend*
Harga saham dalam keadaan menaik sama ada untuk jangka masa short/mid/long term

*Downtrend*
Harga saham dalam keadaan menurun sama ada untuk jangka masa short/mid/long term

*Sideway*
Harga saham dalam keadaan mendatar sama ada untuk jangka masa short/mid/long term

*Reversal*
Kaunter yang berubah dari uptrend ke downtrend dan sebaliknya

*Support*
Paras di mana saham dikatakan susah meneruskan penurunan. Harga dipercayai akan terus menurun sekiranya paras ini ditembusi

*Resistance*
Paras di mana saham dikatakan susah meneruskan kenaikan. Harga dipercayai akan terus menaik sekiranya paras ini ditembusi

*RBS*
Resistance become support – Paras harga yang dahulunya resistance menjadi paras support yang baru

*Limit up*
Paras tertinggi harga sesebuah saham dibenarkan menaik dalam sehari

*Limit down*
Paras tertinggi harga sesebuah saham dibenarkan menurun dalam sehari

*Gap up*
Harga buka lebih tinggi dari penutup semalam

*Gap down*
Harga buka lebih rendah dari penutup semalam

*Que buy*
Beratur/masukkan pesanan untuk membeli

*Que sell*
Beratur/masukkan pesanan untuk menjual

*Sell/Exit*
Jual saham

*Buy/Entry*
Beli saham

*Hold*
Simpan saham

*Pullback*
Harga jatuh yang sementara setelah beberapa siri kenaikan

*Retrace*
Sama seperti pullback

*Rebound*
Harga naik yang sementara setelah beberapa siri penurunan

*Market Crash*
Kejatuhan besar dan lama pada keseluruhan pasaran saham ketika ekonomi tak sihat

*Correction*
Penurunan harga saham untuk jangka masa agak lama setelah beberapa siri kenaikan dalam uptrend

*EP Entry Price*
Paras harga yang disarankan untuk beli

*CL Cut Loss*
Paras harga yang disarankan jual berdasarkan EP

*TP Target Price*
Paras harga yang dijangka akan dicapai dan pelabur akan mengambil untung kenaikan, juga dikenali sebagai Take Profit

*Stop Loss*
Sama seperti CL

*BO Break Out*
Harga melebihi paras yang dijangka akan tercapai

*Capital Gain*
Keuntungan modal daripada harga pasaran saham terkini berdasarkan modal belian

*Capital Loss*
Kerugian modal daripada harga pasaran saham terkini berdasarkan modal belian

*Diversify*
Mempelbagaikan pegangan saham untuk mengurangkan risiko pelaburan

*Portfolio*
Koleksi jenis saham yang dilaburkan/dibeli

*Saham Terapung*
Juga dikenali sebagai floating share, merupakan jumlah saham yang boleh didagangkan dalam pasaran

*Shareholder*
Pemegang saham

*Dividen*
Perkongsian keuntungan syarikat saham yang diberikan kepada pemegang saham

*Bonus Issue*
Terbitan saham syarikat untuk diapungkan dan ditawarkan kepada pemegang saham

*Share Split*
Juga dikenali sebagai subdivision of shares, setiap unit saham dalam pasaran dipecahkan kepada bahagian yang lebih kecil, menambahkan bilangan saham terapung

*Share Consolidation*
Juga dikenali sebagai reverse share split, beberapa unit saham dalam pasaran digabungkan menjadi satu, mengurangkan bilangan saham terapung

*Rights Issue*
Dana tambahan yang dibangunkan oleh syarikat untuk aktiviti bisnes. Dana dibangunkan dalam bentuk jualan waran atau saham tambahan

*Waran Terbitan*
Instrumen dagangan yang boleh diubah menjadi saham induk

*PLC Public Listed Company*
Syarikat tersenarai awam

*Blue Chip*
Saham yang berkualiti dan bernilai tinggi

*Small Cap*
Saham yang mempunyai bahagian pasaran yang kecil dalam prospek perniagaan

*Mid Cap*
Saham yang mempunyai bahagian pasaran yang sederhana dalam prospek perniagaan

*Short Term*
Jangka masa pendek (30 hari ke bawah)

*Mid term*
Jangka masa sederhana (30 – 100 hari)

*Long Term*
Jangka masa panjang (100 hari ke atas)

*Indeks*
Penanda aras dalam setiap sektor, diwakili oleh 30 kaunter terpilih

*IPO Initial Public Offering*
Saham syarikat yang ditawarkan kepada orang ramai sebelum diapungkan

*Lot*
100 unit saham

*Ordinary share*
1 unit saham

*Tangkap pisau*
Membuat belian pada saham yang sedang membuat k
ejatuhan mendadak

*TA*
Technical analysis – kajian berkaitan teknikal saham spt volume, pattern, carta, indicator

*FA*
Fundamental analysis – kajian berkaitan prestasi syarikat, pengurusan, pemegang saham utama, hubungan politik dll.

*Intraday trader/scalper*
Pedagang yang membuat belian dan jualan dlm waktu yang amat singkat (minit/jam/sehari)

*Swing trader*
Pedagang yang membuat jualan dan belian dlm jangkamasa 1hari -10 hari. Juga dikenali short term trader

*Position trader*
Pedagang yang membuat jualan dan belian secara midterm

*Investor*
Dagangan long term bertahun tahun

*FIFO*
Fast in fast out

*BTST*
Buy today sell tomorrow

*Buy limit*
Lock nilai harga yang ingin dibeli sebelum harga itu sampai ke posisi tersebut

*Sell limit*
Lock harga yang ingin dijual sebelum harga itu sampai ke posisi tersebut

*Divergence*
Pergerakan chart yang bersetentangan dgn corak volume/petanda indikator

*T0,T1,T2,T3*
T0 ialah hari transaksi belian pertama dibuat, T1 hari kedua dan seterusnya

*Volatility*
Keadaan harga saham yang tidak menentu, secara rawak dan terlalu aktif samada naik atau turun

*UMA*
Unusual market activity, iaitu pertanyaan dari Bursa kepada syarikat untuk pergerakan harga yang luar biasa

Sekiranya ada sebarang kesilapan atau keperluan untuk diperbetul sila komen untuk memudahkan admin kemaskini dan jangan lupa kongsikan jika anda rasa bermanfaat buat ramai orang di luar sana. Sekian.

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

99 − = 93