Hari ini saya akan memberikan anda sedikit informasi tentang bagaimana cara memperolehi wang menerusi
Program Affiliate.

Apakah itu program affiliate?
Program affiliate adalah satu program di mana pengeluar produk berkerjasama dengan agen untuk menjual produk mereka. Sebagai balasan agen akan memperolehi komisyen dari pengeluar produk untuk setiap barangan yang dijual. Komisyen dibayar berdasarkan harga barangan yang dijual.
Biasanya komisyen dibayar (40% hingga 80% dari harga produk)

antara syarikat besar yang menyediakan program ini adalah:clickbank,Amazon, Share sale, Commision juction dan banyak lagi. Usahawan internet seluruh dunia juga ada menawarkan program affiliate ini bagi melariskan penjualan produk mereka.

Untuk menyertai program ini, anda perlulah signup dengan syarikat pengeluar produk. Kemudian apa yang anda lakukan hanyalah promosi. Bukan promosi telefon .. ke jumpa orang ke? Bukan macam tu.

Kita pasang sahaja banner atau affiliate link syarikat tersebut di website/blog kita. Kalau ada pengunjung
yang mengklik banner atau affiliate kita, dia akan dibawa terus ke website syarikat pengeluar produk.
Sekiranya dia membeli barangan tersebut, secara automatiknya kita akan dapat komisyen (40% hingga 80% dari harga produk) Tak payah pujuk. Siapa berminat beli, tak nak sudah.. heh

Sebenarnya untuk berjaya dalam program ini memerlukanĀ  skill. tapi tidaklah susah sangat. Ada trick.
Walau bagaimana pun saya sarankan anda dapatkan panduan supaya anda tidak membuang masa mengkaji sendiri tanpa apa-apa bimbingan.

Pilihlah ebook tempatan atau pun luar negara, yang penting anda belajar cara yang betul

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Subscribe to the post comments feeds or Leave a trackback