Senarai Laman Akses Chart Untuk Pelaburan Saham Secara PERCUMA

Senarai Laman Akses Chart Untuk Pelaburan Saham Secara PERCUMA

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ini saya ingin kongsikan maklumat berkenaan laman – laman akses yang boleh digunakan oleh pelabur atau trader untuk melihat chart secara percuma. Maklumat ini dikongsikan oleh Pelabur terkenal seantero Malaysia iaitu Dato Nazri Khan di channel telegram beliau. 

Inilah adalah sebahagian laman percuma yang patut dijadikan tempat rujukan bagi para pelabur walaupun banyak lagi laman – laman lain yang advance dan jika anda sebagai pelabur tahu mungkin anda boleh kongsikan diruangan komen untuk dijadikan rujukan buat pembaca yang lain. Di sini saya sertakan laman maklumat yang dikongsikan oleh Dato Nazri Khan agar menjadi manfaat dan panduan buat pelabur baru.

KAT MANA NAK TENGOK CARTA SECARA PERCUMA? YANG NO. 5 TU PALING SENANG…

Saya tau ramai ni yang dah tak sabar nak belajar saham. Sebab kita boleh labur saham ni secara fully online. Time PKP ni la masa untuk kita belajar saham kan.

Tapi sebelum saya share, saya harap anda pun jangan kedekut untuk share post ni sekali tau. Baru kita sama-sama naik gituuu…

Baiklah kita teruskan ya?

Nak tengok pergerakan saham, kena baca pergerakan carta. Baru la nampak full overview pergerakan saham tu. Adakah saham tu berada di paras tertinggi? Atau terendah dalam tempoh 1 tahun? Atau saham tu tak bergerak selama 3 bulan? Semuanya kita boleh nampak dalam carta.

So kat bawah ni saya kongsikan beberapa tempat kat mana anda boleh tengok carta. Ada banyak sebenarnya. Tapi saya kongsi yang best. Enjoy!

1. PLATFORM BROKER

Bila buka akaun saham, biasanya broker akan bagi sekali akses kepada platform trading mereka. Kat situ anda boleh tengok chart juga. Contoh anda buka akaun CDS dengan Inter-Pacific. Anda boleh godek-godek saham Bursa Malaysia dalam platform PacOnline. Percuma jer!

2. BURSA MARKETPLACE – www.bursamarketplace.com

Bursa Marketplace bukan sahaja membolehkan anda tengok chart saham-saham Bursa Malaysia. Tapi juga banyak hidangkan info-info fundamental, research, news & analysts consensus. Paparan yang catchy sangat sesuai untuk anda yang baru nak belajar! Anda juga boleh trade secara olok-olok di Bursa Marketplace.

3. INVESTING – www.investing.com

Laman yang universal. Anda boleh tengok chart saham & semua sekuriti seluruh dunia! Sangat komprehensif dan informatif. Kesemuanya anda boleh guna tanpa perlu login. Namun kena sentiasa berjaga-jaga agar tidak tersilap klik pada iklan.

4. TRADINGVIEW – www.tradingview.com

Siapa tak kenal TradingView… mereka adalah Fesbuk versi trading atau investment tau. Chart yang mereka sediakan adalah sesuai untuk beginner hingga ke advance level kerana macam-macam anda boleh buat seperti membaca trading idea orang lain, menggunakan indicators yang dicipta oleh komuniti, malah boleh menulis skrip untuk backtest trading system anda! Hebat kan?

5. GOOGLE FINANCE – www.google.com/finance

Khas untuk carian mudah dan pantas! Oleh kerana ramai yang menggunakan enjin carian Google, maka anda boleh terus akses charts melalui website di atas. Atau buat carian terus di Google dengan pertambahan perkataan “stock” atau “chart” di belakang. Contoh, cuba search “top glove stock” dan “microsoft chart” di Google.

Amacam perkongsian kali ni?
Menarik kan?

Saya harap sedikit sebanyak bagi manfaat terutama untuk anda yang baru nak kenal dunia saham.

Apa jadi dengan janji kita tadi? Saya dah pun share… anda dah share ke belum?

www.t.me/ddnkchannel
Channel saham PERCUMA!

#DDNKSquad
#Vega
#FirebrandTrader

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

62 + = 67