Cara Mudah Setting APN di Telefon Anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kali ini saya ingin kongsikan cara mudah untuk menetapkan (setting) Access Point Name (APN) di telefon anda masing – masing. Kebanyakan orang tidak mahir dan tidak tahu berkenaan fungsi ini dan mereka hanya berharap telefon automatik untuk menetapkan fungsi tersebut. Maka timbullah isu kelajuan internet yang agak terbatas tanpa mereka sedar.

Apa itu APN?

APN adalah Access Point Name. Bahasa ringkasnya APN adalah sebagai gateway untuk menyambungkan transaksi internet data antara mobile phone dan network yang lain. Setiap mobile carrier (syarikat telco) ada setting APN tersendiri.

Kali ini anda boleh tetapkan sendiri dengan adanya panduan yang mudah dan saya hanya fokus kepada tetapan APN bagi simkad ONEXOX sahaja sekiranya anda bukan pengguna onexox anda boleh ubah sahaja nama tetapan tersebut.

Bagi pengguna telco ONEXOX, secara asasnya APN sudah tersedia dengan APN dari Celcom kerana ia merupakan syarikat MVNO daripada Celcom. Dengan APN Celcom ini pengguna ONEXOX sudah boleh melayari internet seperti biasa. Namun, sebagai nilai tambahan ONEXOX juga ada menyediakan setting APN sendiri.

Bagi setting APN ini anda hanya perlu buat APN yang baru seperti berikut:

  • Pilihan 1: NAME: XOX dan APN: XOX
  • Pilihan 2: NAME: XOX4G dan APN: XOX4G

Kami ada sediakan tutorial bergambar langkah demi langkah dibawah bagi pengguna android dengan menggunakan contoh Pilihan 2 iaitu XOX4G,jika pakai Simkad Unifi letak je “Unifi”.

LANGKAH 1: Masuk phone “Settings” anda dan cari “Mobile Network”. Sesetengah telefon, perlu klik“More” terlebih dahulu untuk lihat “Mobile Network”

LANGKAH 2: Klik “Access Point Name” dan klik button menu untuk “New APN”

LANGKAH 3: Anda perlu edit access point Name dan APN sahaja!

LANGKAH 4: Taipkan XOX4G pada Name dan taipkan juga XOX4G pada APN. Dan klik OK

LANGKAH 5: Akhir sekali, save setting anda dan tick APN yang baru iaitu XOX4G.

Selamat mencuba. Semoga panduan ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua. Jika ada sebarang pertanyaan, boleh lah komen dibawah. Kongsikan panduan ini semoga lebih ramai mendapat manfaat. Sekian wassalam.

 

Sumber: onexox.info

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *