My Review Penggunaan Simkad Mobile Unifi @ Unifi Mobile

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Saya doakan semoga semua pembaca berada dalam keadaan sihat sentiasa. Entri kali ini saya ingin memberi ulasan serba sedikit berkenaan penggunaan simkad mobile unifi.

Saya daftar 5 simkad nombor baru pada 24 Januari 2018 (Rabu) dan telah pilih untuk pick up di TM Point Kajang. Walau bagaimanapun pada hari saya ingin ambil simkad iaitu 25 Januari 2018 (Khamis), maklumat tempahan (order number) dalam rekod tiada dan saya sudah hampir putus asa untuk mencuba mungkin disebabkan sistem yang kurang stabil dalam menerima akses daripada pengguna yang ramai dalam satu – satu masa. 

Disebabkan pada hari tersebut tidak ramai yang tahu berkenaan simkad ini, maka tidak ramailah orang hadir ke kaunter TM Point. Tanpa melengahkan masa, saya minta isteri saya daftar menggunakan nama beliau dan pada hari yang sama juga terus boleh ambil simkad tanpa perlu menunggu masa yang lama.

Pada petang hari yang sama, saya terus masukkan simkad dalam telefon saya iaitu Huawei P10 Plus yang sememangnya mempunyai fungsi 4G LTE. Setelah menggunakan simkad ini seminggu, ada beberapa aspek yang ingin saya kongsikan antaranya ialah:

1. Coverage

Saya kurang pasti coverage unifi mobile ini sememangnya menggunakan pencawang Telekom Malaysia atau Pencawang Celcom atau Celcom yang menggunakan pencawang Telekom Malaysia dan yang pasti semasa simkad dimasukkan dalam telefon anda boleh lihat sendiri di bahagian simcard management akan keluar My Celcom (bukan webe, bukan P1) sehinggalah akan bertukar kepada Unifi. Setelah saya menggunakan simkad unifi ini seminggu dan pergi di sesetengah tempat  line unifi tiada dan kadang – kandang akan keluar 2 bar sahaja dan tidak menyokong fungsi 4G LTE. Internet pasti slow dan kadang – kadang tiada langsung.

Walau bagaimanapun line yang saya guna dalam simkad 1 iaitu my onexox penuh pada tempat dan masa yang sama. Kedua – kedua menggunakan platfom kemudahan pencawang yang sama jika betullah di bawah rangkaian celcom tetapi coverage berbeza. Seperti yang kita tahu setiap tempat coveragenya agak berbeza – beza mengikut kawasan. Hal ini agak mengecawakan saya sedikit sekiranya saya hanya menggunakan satu simkad sahaja dengan tiada pilihan lain, sudah pasti agak terganggu urusan harian.

2. Data

Dari segi penggunaan data pulak saya berterima kasih kepada pihak TM kerana memberi percuma 20 GB LTE dan saya telah mencubanya yang dikatakan diberi tempoh 90 hari selepas diaktifkan. Dalam seminggu sahaja saya telah habiskan data 20Gb tersebut. Bagi saya kelajuan data yang menyokong fungsi 4G LTE boleh dikira agak bagus sehingga boleh download dengan laju dan melihat youtube tanpa loading cuma time peak hour agak slow sikit bermula 8 malam – 10 malam. Saya menggunakan hotspot ke satu laptop satu komputer dan satu telefon data masih lagi boleh digunakan dan tidak mengecewakan. Namun jika ingin dibandingkan dengan kelajuan data yang saya guna iaitu Onexox lebih jauh berbeza kelajuannya dan saya telah mencubanya dari segi speedtest. Boleh lihat di youtube.

Dari segi tawaran yang diberi pulak mengikut pakej iaitu yang paling mahal RM50 untuk 8GB High Speed (4GB 3G/LTE + 4GB LTE Only). Jika saya nak bandingkan dengan pakej data lain agak kurang berbaloi sebagai contoh data Onexox dengan RM50 saya boleh dapat 10GB data unlimited speed (season pass) dan mungkin juga data dari telco lain lebih berbaloi. Apa yang agak menarik sikit mobile unifi ini adalah data tiada tempoh expired, sekiranya kita beli 8GB kita boleh guna sehingga habis data tersebut tanpa fikir tempoh expired dan ini agak menjimatkan sesetengah pengguna. Dari segi data ini saya berharap pihak TM sentiasa update dalam menawarkan data – data yang lebih murah berbanding dengan pesaing – pesaing telco lain.

3. Minit Panggilan atau Caj Panggilan dan SMS

Kebiasaan caj panggilan adalah dikira berdasarkan second dan minit namun di Mobile Unifi caj panggilan adalah dikiran secara lumsum dengan membeli pakej minit yang ditawarkan sebagai contoh pakej terkini adalah RM30 untuk 200 minit + 200 SMS dan RM10 untuk 60 minit + 60 SMS.  Agak berbaloi bagi pengguna yang tidak guna banyak panggilan lebih – lebih lagi tiada tempoh expired ditetapkan, almaklumlah sekarang ni ramai pengguna tidak menggunakan panggilan dengan kadar yang banyak.

Pakej yang diberi agak jelas dan tiada unsur yang mengelirukan berbanding dengan tawaran daripada telco lain yang ditawarkan unlimted call tetapi mempunyai ** syarat – syarat tersembunyi tanpa pengetahuan pengguna. Saya tidak banyak guna panggilan dan bagi saya tawaran yang diberikan tidaklah teruk dan membebankan pengguna dan boleh dikatakan masih relevan. 

4. Tarikh luput

Seperti yang diwar-warkan hashtage #kredittakmati dalam promosi unifi mobile agak menarik dan sehingga kini saya tidak dapat tengok di mana tarikh expired simkad saya dan saya pasti tiada expired simkad dan plan yang nak guna seperti data dan minit panggilan terpulang pada kita. Cuma disebut dalam term and conditions mereka sekiranya inginkan nombor itu kekal aktif buat pertama kalinya kena reload dan beli mana – mana pakej data atau minit dan sms dalam akaun apps yang disediakan dalam tempoh 90 hari selepas simkad diaktifkan. Apabila dah beli boleh guna sampai habis tak perlu risau lagi pembaziran dan ini adalah satu langkah yang ke depan bagi TM Mobile Unifi kerana tiada lagi telco yang berbuat sedemikian. Cuma agak sukar dari segi untuk semakan minit panggilan dan data sekiranya tiada internet untuk elak daripada kehabisan secara tiba – tiba.

5. Topup

Dari segi topup tiada masalah sebenarnya cuma menyulitkan sedikit bagi sesiapa yang tiada internet kerana topup hanyalah boleh dibuat melalui apps mobile unifi. Hal ini juga menyulitkan bagi sesiapa yang tiada kemudahan online banking/ kredit kad atau debit kad. Disamping itu juga saya tidak dinafikan ada kebaikan dan kelemahannya salah satunya juga tiada kemudahan untuk pemindahan kredit daripada satu nombor unifi ke nombor unifi yang lain. Walau bagaimanapun bagi saya itu semua bukan masalah kerana saya adalah orang yang sentiasa mempunyai kemudahan internet dan online banking. Mungkin tidak sesuai untuk orang yang tiada kemudahan tersebut.

6. Kemudahan Pendaftaran 

Seperti yang kita tahu pendaftaran simkad mobile unifi bagi nombor baru adalah sangat mudah hanya melalui apps sahaja dan ia boleh dilakukan oleh setiap orang hanya perlu ada internet, download apps, daftar maksimum lima simkad dan terus boleh collect simkad dengan menunjukkan ic semasa mengambil simkad di TM Point yang dipilih berdekatan dengan anda [baca sini]. Kebarangkalian untuk penipuan pendaftaran adalah rendah melainkan yang menggunakan khidmat pos delivery yang dikenakan caj RM10.60 (mungkin sahabat boleh komen yang ada pengalaman prosesnya bagaimana).

Walau bagaimanapun pendaftaran untuk kekalkan nombor lama agak menyulitkan sedikit bagi pengguna yang tak biasa kerana sekiranya proses pertukaran ke unifi tidak berjaya membuatkan pengguna terkial – kial ingin tahu apakah status dan apa perlu dibuat selanjutnya. Hal ini kerana kebarangkalian untuk tidak berjaya port out adalah tinggi antaranya kredit tidak cukup, akaun tak aktif, bill tertunggak, tak reply sms dan sebagainya. Ini semua boleh membuatkan proses port out atau pertukaran line ke unifi gagal tanpa diketahui oleh pengguna yang mendaftar itu sendiri. Kebiasaannya pendaftaran melalui dealer pasti dealer akan membuat follow up customer step by step untuk melancarkan proses pertukaran tersebut. Mungkin ini adalah suatu kekurangan yang kecil bagi pengguna baru.

7. Customer Service

Service after sale adalah sangat penting bagi setiap syarikat selepas penjualan sesuatu produk sama jugak dengan TM Unifi itu sendiri. Customer service adalah melalui apps live chat dan hanya boleh dilakukan setelah signup dan login apps mobile unifi tersebut. Dalam masa yang sama apps tersebut juga menyediakan online form yang mana boleh dihantar feedback kepada pihak TM dan mereka akan contact anda dalam masa 24 jam. Walau bagaimanapun itu memerlukan akses internet untuk membuat urusan tersebut sekiranya tiada ia tidak boleh dilakukan dan ini merupakan satu kelemahan.

Kesimpulan

Setiap produk ada kelebihan dan kekurangan masing – masing dan kita perlu lihat bahawa produk seperti ini adalah salah satu produk masa depan di mana setiap orang memerlukan internet untuk melakukan sebarang transaksi termasuklah untuk menyemak data dan membuat tambah nilai. Internet lain perlu digunakan bagi proses tersebut, namun tidak dapat dinafikan di pusat pusat bandar kemudahan internet adalah meluas dan hanya di luar bandar sahaja kemudahan tersebut adalah terhad.

Gunakan simkad mobile unifi ini dari sudut kelebihan bukannya dari sudut kekurangan untuk membantu memudahkan segala urusan kehidupan anda seharian. Oleh itu, huraian saya di atas adalah sekadar pandangan sahaja dan mungkin ada sedikit kekurangan yang mana diluar pengetahuan saya dan saya mohon pembaca semua untuk komen bagi setiap cadangan dan pandangan semoga tulisan ini dapat menambah nilai kepada masyarakat umum. Sila kongsikan sekiranya anda rasa review ini berguna untuk semua. Sekian wassalam.

You may also like

72 Comments

  1. mcm mana mau nampak yg kita sudah daftar Unifi @ belum ? bab masa sya mau habis sudah daftar Unifi apps tetiba pula data error.. dan sya cuba balik tak dpt sudah.. mohon tunjuk ajar.. hehe

    1. bila daftar sekali lagi dah ada rekod ke? cuba semak email…kalau dapat order number baru kira sukses daftar…kalau belum boleh daftar semula…kalau belum dapat order number tetapi takleh daftar pakai ic sama it mean ada something error dgn sistem dan boleh rujuk dgn TM Live Chat.

  2. Terima kasih atas perkongsian maklumat. Saya hadapi masalah dimana saya terima signal 4G tetapi error loading data. Boleh buat panggilan, hantar & terima sms. Tetapan pada Mobile Network sudah dibuat.
    Adakah simkad MobileUnifi ni memerlukan signal band tertentu?

    1. Sama – sama….yup betul memerlukan network 4G LTE Band 5. Jika tiada…singnal tak kuat dan data 4G LTE tak leh guna…

    2. Saya ada buat smlm tapi sampai je dekat pilihan nk ambik sim dimana terus jadi blank.. saya x tau urusan da berjaya ke tidak.. sbb ada 4 step yg kene isi penuh.. saya sempat dua je.. cek email no baru yg saya pilih tu x de pun.. saya x ingat no yg dipilih tu.. saya sempat isi pilih no dan ambik kat mana je.. yg dua step lg x sempat sbb jadi blank /eror kot.. nk tanya memang percuma ke? Walaupun pilih satu no?

    1. base on current term and condition takde pape kalau habis 20GB dan tak nak guna..tetapi kalau nak nomber tu aktif kena relod dan beli mana – mana pakej data atau minit panggilan dalam tempoh 90 hari selepas simkad di aktifkan.

  3. Login 1st time tak berjaya kerana tidak menerima verification no.melalui sms.Sudah banyak kali try masih tidak terima macamana tu? Adakah cara manual utk menyemak baki???pls help..tq

    1. cuba lagi..biasanya bila nombor tak dimasukkan dalam simkad..tiada masalah untuk dapatkan verifycation code melalui sms. so far tiada cara lain semak baki melainkan apps mobile unifi.

  4. Salam… Mcm mna yea… Kalau dah oder sim tapi tak pegi ambil… Sbb sy bru dpt tau… Kwsan sy line unifi mmg kurang bagus…

    1. Wassalam. boleh cancel order dgn maklumkan pada TM Point yang dipilih untuk pick up. Sure ke line unifi tiada di kawasan tuan. Tuan tinggal di mana dan line apa yg paling kuat kat tempat tuan?

  5. Line unifi mobile agak mengecewakan di tmpat saya. Harap nak guna data yg diberi tapi malangnya langsung x bleh..Harap pihak unifi melihat perkara ini sesuatu yg plu diambil serius demi kelangsungan pkhimatan jika mahu setanding dgn telco lain

  6. Assalamualaikum..knpaa dr hari pertama sms ke inbox xprnah msok lg..sms ke inbox error..xspt telco len ada setting mms d beri stiap kali simkadbaru or lama msok ke phone

      1. huhuhu yup sebab sukar untuk contact customer service mereka..tak pun nak mudah kena ke TM point terdekat. sebab kalau telco lain dealer boleh bantu apa proses untuk buat sekiranya nak kekalkan nombor lama…saya sarankan pakai je nombor baru.

  7. Kenapa saya punya simcard tak boleh buat panggilan serta menghantar mesej… saya dah ikut step by step tetap juga tak boleh…

  8. as salam admin..saya dah aktif sim..dapat call dan hantar sms..masalah saya tak dpt terima sebarang sms dr sesiapa..nk buat verification code pun tak dpt sms…

    1. kalau tak guna setelah 90 hari akan terminate…dan dah tak leh guna melainkan anda reload dan beli mana – mana pakej data atau pakej minit panggilan.

  9. macam mana nak guna data unifi tu dekat simcard yg kedua ?? bila saya tekan setting yg sim card manager and patu tekan switch data to unfi, but bila i tukar data untuk simcard kedua, lansung tak kluar data. Macam mana ye,

    1. simkad kedua tu support 4G LTE band 5 juga ke…tengok pada spec telefon kadang – kadang 4G hanya sim satu sahaja… jika dua dua 4G tiada masalah kebiasaannya..

  10. Tuan admin,mohon ajar saya cak baki manual tanpa mnggunakan apps sbb dekat ipad mini saya akan ada masalah nk hidupkan verification code tu kt apps. Verification code mmg tak sampai2. Ada cara lain x tuan?

    1. setahu saya masih tidak disediakan lagi fungsi USSD code untuk semak bagi..cuba rujuk dengan TM Live Chat mungkin mereka dah sediakan tetapi tak ramai yang tahu.

  11. Data kasih Kau Kau tapi Tak Ada signal mana mana says pergi. Subang Parade… zone kosong. AEON Mall Shah Slam…sama. Sterling Uptown… Tak Ada….macam mana nak Guna

    1. mustahil kawasan bandar tak de line.. mesti ada something wrong dari segi setting kalau pakai smartphone yang ada 4G.. cuba pergi TM Point minta diaorang setting lah atau buat live chat minta bantuan…

  12. bagi sapa2 yg tak dpt sms atau terima sms.
    try check sms center number.
    sepatut nya sms center number utk unifi mobile ialah:
    +601110499999

    1. yup betul tuh mungkin sebab telefon tak auto detect sms center number..so sesiapa yang tak dapat sms perlu buat manual setting sms center.

    1. topup menggunakan apps mobile unifi direct online banking. setelah habis 20 gb data terus takleh guna internet. cuma tempoh aktif kalau tak silap saya hanya dalam 90 hari setelah simkad diaktifkan.

  13. 1) Hanset 4G band 5 dual SIM bagi sesiapa tak tau tukar setting,paling mudah simkad unifi tu letak kat slot 1 bkn slot 2. Nak letak jgk di slot 2 maka kena set slot 2 tu 4G.. baru ada column utk setting APN.

    2) Setahu saya tiada iklan yg webe@unifi offer speed. Yg ada cuma unlimited shj.

    1. Yup betul tuh..terima kasih atas perkongsian maklumat. Memang tiada offer speed cuma kebiasaan pengguna inginkan kelajuan apabila menggunakan data. Unlimited data hanya webe postpaid sahaja bayaran bulanan.

  14. Saya daftar unifi guna balik no lama saya…..andai kata 1 hari nanti saya nak bertukar ke telco yang lain ada kah no saya ini boleh daftar balik ke telco yang baru

    1. cuma syarat baru skmm perlu selepas tempoh 30 hari kerana tempoh tersebut ditetapkan untuk memberi pengalaman kepada pengguna mencuba telco baru

  15. Cuma untuk makluman, 20gb tu samada guna @ tidak.. Hari ke 91 akan auto terminate JIKA TIDAK TOPUP. Sila baca FAQ.

    Maksud kredit x mati adalah topup RM10@30@50 apa2 utk tempoh 90hari.. bkn RM10(10hari) atau RM30(30hari).

    Cuma cara topup saya x puas hati dgn idea gen-Y asal bandar.Paling tidak pun dkt e-pay. Bkn semua gen-Y/X luar bandar guna/ada online banking. Lagi baik aku jwb x tau bila org kg tanya..lagi senang!

    1. yup betul tuh tempoh diberi 90 hari sahaja jika ingin aktif kena reload dan beli mana – mana pakej addon dan akan hidup 90 hari lagi…itulah kefahaman saya lah…topup memang kena melalui apps unifi mobile direct banking buat masa sekarang. tiada melalui epay dan sebagainya…target mereka mungkin lebih ke depan.

  16. Admin…sy dah dpt simkad unifi kekal no lama.
    Apa sms yg sy perlu sy htr utk aktifkan simkad tu sbb kertas arahan tu sy dah terhilang.

    1. Hantar SMS kepada unifi kami untuk mengesahan SIM anda telah diterima. SMS unifi ON DMP order number (rujuk deivery order) ke 63001.
      Setelah terima sms untuk mengesahkan permintaann anda kena reply Yes bagi pengesahan tersebut. Setelah simkad lama tak aktif masukkan simkad unifi. Insya Allah boleh pakai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *