Cara Mudah Daftar Facebook Instant Article

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Moga sahabat pembaca semua sihat sentiasa.

Seperti yang dimaklumkan dalam entri yang lepas, saya akan tulis berkenaan cara atau langkah mudah untuk daftar Facebook Instant Articles. Apa yang perlu sebelum pendaftaran dibuat adalah :

1. Anda perlu ada domain sendiri yang mana boleh dibeli di namecheap.com atau jomhosting.net , nama domain terpulang pada diri anda sendiri, nak pilih .com, .org, .net, atau sebagainya ikut kesesuaian artikel dan budget masing – masing kerana harga domain adalah berbeza – beza.

2. Seterusnya anda perlu buat fanpage, pergi ke facebook profile dan klik icon kanan sekali akan keluar seperti di bawah, klik create fanpage anda.

Sahabat semua boleh pilih page kategori apa mengikut domain yang digunakan sebagai contoh sekiranya anda buat blog hiburan boleh pilih entertainment, kalau nak branding diri sendiri dengan domain nama sendiri boleh pilih public figure walaupun belum famous lagi atau sebagainya terpulang pada citarasa sendiri.

3. Selepas dah ada kesemua itu, sila pastikan blog anda semua mempunyai artikel lebih daripada 10 artikel barulah layak untuk mohon instant article. Seterusnya adalah ikut langkah – langkah di bawah.

4. Pergi ke https://instantarticles.fb.com  kalau rajin nak baca boleh baca kerana ada terms and condition yang telah ditetapkan oleh fb untuk elak salah guna, kalau tak tahu itu salah sendiri sebab tak nak baca. okeh. kalau tak rajin baca terus klik signup dan anda akan di bawa terus ke page seperti ini..

5. Pilih fanpage yang anda buat tadi dan terus tick By proceeding, you agree to the Instant Articles Terms. dan Klik Access Instant Article Tools. Terus keluar popup Next Steps. klik sahaja continue.

6. Bila dah klik continue anda akan dibawa ke ruangan seperti di bawah.

7. Seterusnya claim domain anda, pergi ke Connect your Site dan masukkan domain anda contoh: www.infosihat2uu.com atau

masukkan http://infosihat2uu.com lihat contoh di bawah jika tidak pasti..folow je sebijik okeh…insya Allah mesti boleh punya….

8. Seterusnya pergi kat production RSS Feed korang masukkan link seperti di bawah http://www.namadomainanda.com/feed/instant-article/ seterusnya klik save.

9. Sebelum ke next step korang perlu masukkan logo dalam bahagian Style seperti di bawah,

Klik pada Add Style dan pilih Logo dan Choose Logo file saiz  690 x 132. pastikan saiz yang tepat..klik save.

10. Seterusnya korang mesti install  Instant Articles plugin for WordPress , pergi login akaun blog korang pastu pergi ke dashboad dan klik pada new plugin, klik pada upload jika anda download atau klik search keyword “instant article” akan keluar seperti di bawah dan terus klik install dan activate.

11. Setelah selesai install dan activate anda boleh copy dan masukkan facebook page ID dan klik save . Lihat gambar di bawah:

12. Setelah klik save tunggu seberapa ketika artikel dalam blog anda akan dimasukkan dalam page secara automatik di ruangan article production. Nak tengok macamana? pergi ke fanpage dan klik ada Publishing Tools dan klik pada Production Article akan keluar senarai artikel seperti di bawah.

Sekiranya semua artikel tiada warna kuning atau merah itu menandakan artikel anda sesuai untuk digunakan untuk submit review oleh pihak facebook team. Setelah kesemua  10 artikel dah masuk dalam production article, secara automatik akan keluar butang Submit for Review. Jika dah keluar klik sahaja submit dan tunggu dalam tempoh tiga hari bekerja atau jika facebook team rajin sehari sudah dapat keputusan.

13. Seterusnya setelah dapat keputusan approve to publish Instant Articles anda boleh publish artikel 

Alhamdulillah sekiranya anda telah capai ke tahap ini… Anda dah terus boleh cuba copy link artikel di blog dan post dalam fanpage dan cuba view dengan akaun facebook lain jika ada tanda flash kira dah jadi instant artikel jika tak mesti some thing wrong. Pastikan iklan juga akan keluar jika tidak pasti something wrong.

14. Okeh seterusnya langkah untuk masukkan payout information. Pergi ke ruangan Audience Network tick dan terus klik Get Starterd.

 

Audience Network
Monetise your Instant Articles with ads from Facebook’s Audience Network.

 

15. Seterusnya korang akan di bawa page untuk submit apps.. setelah submit approve barulah boleh pergi ke payout dan masukkan maklumat pembayaran seperti Nama, Ic Number, Alamat, Bank akaun dan juga perlu masukkan  swiff code bank masing masing. “maaf kali ini tiada gambar huhuhu…” STOP!!!!!! Maafkan saya kerana setakat ini sahaja saya boleh kongsikan. Okeh…

Saya berharap semoga perkongsian ini sangat berguna buat korang cuma ada beberapa maklumat teknikal lain yang tak dapat nak dimasukkan dalam post kali ini kerana terlalu panjang dan banyak gambar, jika difikirkan balik baik buat video lagi senang korang nak tengok dalam masa beberapa minit sahaja. Jika korang masih tak faham sebaiknya search sahaja guna youtube channel. Saya tak buat video disebabkan channel akaun personel saya dah kena banned/ suspend oleh youtube. Disebabkan itulah saya cuba buat dalam bentuk penulisan namum agak sukar untuk diceritakan untuk cover part Payout dan masukkan code ads ke dalam blog plugin untuk mejadikan artikel blog keluar iklan lebih banyak.

Kalau korang nak tahu juga macamana nak masukkan payout dan code ads di blog korang boleh komen, Insya Allah saya akan cuba bantu, jika tiada ibarat sahaja anda semua sudah boleh buat sendiri dan tahu melalui sumber – sumber lain yang lebih banyak di luar sana. Sekiranya inginkan dalam bentuk video juga, boleh tinggalkan komen, Insya Allah saya cuba membantu dalam post yang berikutnya.

Walau bagaimanapun terima kasih kerana sudi membaca dan menjadikan post ini sebagai rujukan untuk pendaftaran instant artikel cuma saya nak nak buat penafian bahawa contoh blog yang digunakan adalah bukan blog saya sendiri tetapi blog kawan dan saya hanya tolong setupkan sahaja dan diberi akses dalam fanpage dan juga blog. Nak minta saya setup boleh tetapi ada pengerasnya… Area Kajang, Bangi, Cyberjaya dan Putrajaya boleh roger. OK….

Apa yang penting dalam menjana pendapatan melalui instant artikel adalah, buat artikel yang bermanfaat dan disukai ramai dan selebihnya tidak bercanggah dengan agama Islam kita. Okeh.

Akhir kata saya doakan semoga anda semua berjaya dalam menjana pendapatan sampingan dengan instant article ini. Sekian Wassalam. Harap kongsikan artikel ini sekiranya bermanfaat. Wallahualam.

 

Continue Reading