Cara Mudah Redirect Blogger ke Domain.com dengan Namecheap

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua cara mudah redirect blog yang menggunakan platform blogger kepada domain name anda sendiri. Tetapi cara yang saya ingin kongsikan hanyalah untuk pembeli domain melalui namecheap.com sahaja. Kalau korang nak beli kat namecheap.com saya sarankan pembayaran dibuat menggunakan paypal lagi mudah. Kalau nak guna visa/ mastercard pastikan aktif dulu untuk online transaksi kalau tak pasti tidak lepas punya.

Okeh sekiranya korang dah beli domain name anda sendiri sebagai contohnya saya dah beli untuk isteri saya domain name www.nurulhayati.com . Blog yang dibina menggunakan platform blogger.com beliau ada www.nurulhayatiramli.blogspot.com dan saya akan redirect kepada www.nurulhayati.com.

Langkah pertama adalah login akaun namecheap.com anda dan terus ke dashboad dan pilih domain yang anda dah beli klik pada butang “Manage” seperti gambar di bawah.

Sebelum anda klik butang manage jangan lupa pergi dekat blogger.com

Klik dekat basic setting dan korang akan nampak Publishing dan terus klik pada + Setup a 3rd party URL for your blog – Point your own registered URL to your blog.  akan keluar seperti di bawah, taip domain yang korang nak redirect kan ke domain name anda sendiri sebagai contoh saya punya adalah www.nurulhayati.com

Selepas korang masukkan domain name anda…klik save akan terus keluar tulisan dan korang copy masukkan tulisan tu seperti gambar di bawah pada akaun namecheap.com anda. Follow je sebiji kedudukan macam Type tu pilih CNAME Record, Host dan value tu copy yang dekat redirect domain susun ikut seperti di bawah. TTL pilih 5 minit pastu klik save.

Selamat Insya Allah menjadi. Mudah jekan bukan susah pun, nilah cara mudah nak bina blog domain name.com tetapi redirect melalui content dan host blogger.com. Kenapa bagus pakai hosted blogger.com adalah kerana blogspot blogger mesra seo dan kepunyaan google. Dari segi bandwith unlimited google punya…View banyak pun jangan risau insya Allah tak slow down punya bila buka blog. Template pun banyak cuma kena pandai code editing sikit Insya Allah blog boleh setup jadi cun melecun punya.

Okeh perkongsian kali ini semoga korang semua mendapat manfaaat, Insya Allah sekiranya anda rasa bagus dan bermanfaat boleh share dengan kawan – kawan anda. Sekian Wassalam.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *