Dapat Call Daripada Nombor 03-2726 1257 – Promote Plan Haji dan Umrah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada jam 12.38pm 10 Oktober 2017 (selasa) tetiba je dapat panggilan daripada nombor 03-2726 1257 atau 0327261257. Saya dengan ringan tangannya terus pick up dan menjawab panggilan tersebut katanya mewakili daripada Bank Islam. Diperkenalkan diri nama sekian dan ingin bercakap dengan saya, biasalah diaorang akan tanya kita kerja apa, dah kahwin ke belum, umur berapa dan selepas itu mereka akan memberi maklumat berkenaan plan Haji dan Umrah khas untuk pengguna Bank Islam yang mana benefitnya boleh dimasukkan dalam akaun bank atau tabung haji.

Saya dengar je apa yang diceritakan tetapi dalam hati masih belum faham apa yang sebenarnya ingin disampaikan, nak tanya lebih – lebih nantikan tersangkut pulak dengan godaan ayat – ayat manis mereka. Katanya dapat manfaat sekian – sekian dan sekiranya kita mati boleh dibuat haji badal bla..bla..blaa.., Haji Badal ni dibuat oleh orang lain sekiranya kita meninggal dunia dan mereka semua akan uruskan oleh mereka tanpa sebarang duit lain.

Last sekali part yang paling mereka tunggu – tunggu…iaitu sebelum mereka nak close sale macam biasalah mereka akan tanya kita punya tahap kesihatan..Saya cakaplah Wallahu a’lam so far Alhamdulillah sihat lagi tiada sebarang penyakit. Tetapi baru – baru ni saya ada buat pemeriksaan kesihatan dan dimaklumkan oleh Dr. tahap kolestrol saya tinggi…..”senyap” sekejap…Tiba – tiba diberitahu bahawa plan ini adalah tidak sesuai dengan En. Insya Allah sekiranya kita ada plan yang bagus dengan sesuai kita akan hubungi en. semula yeaa.. Terima Kasih Assalamualaikum…

Apa lagi habislah ceritanya…Apa yang nak disampaikan oleh saya adalah…apa – apa pun plan diaorang adalah profit oriented di mana mesti untuk kepentingan diaorang sahaja sekiranya nampak akan kerugian sikit sahaja mereka sudah tak bagi tawaran, macam saya maklumkan bahawa tahap kolestrol saya tinggi dan boleh diusahakan lagi untuk kembali kepada normal namun mereka tidak ingin mengambil risiko untuk tawarkan produk mereka kepada pelanggan yang bakal merugikan mereka. Faham..Sebab mereka profit oriented dan setiap plan mereka adalah untuk keuntungan pihak mereka semata – mata.

Oleh itu, sekiranya anda ingin memilih plan yang ditawarkan, seharusnya anda pertimbangkan banyak perkara sebaiknya kaji selidik terlebih dahulu..agar tidak menyesal kemudian hari. Bagi sesiapa yang pernah mendapat panggilan daripada nombor ini bolehlah kongsi pengalaman anda di ruangan komen supaya dapat memberi manfaat pada orang lain.

Sila kongsikan artikel ini sekiranya bermanfaat. Sekian Wassalam.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *