Cara Mudah Semak Nombor Akaun Penipu Online

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kali ini saya ingin kongsikan satu laman sesawang khas buat pembeli – pembeli online untuk menyemak sama ada penjual tersebut adalah potensi penipu atau pun tidak.

Maklumlah sekarang ni ramai pembeli online yang tertipu dengan penjual – penjual yang tak bertanggungjawab dan cuba mengambil kesempatan di atas kelemahan pembeli. Kebanyakan pembeli yang sering ditipu adalah mereka yang baru menjinakkan diri dalam pembelian secara talian.

Mereka tiada pengalaman dan tidak tahu yang mana penjual yang betul atau penjual yang menipu, yang pasti mereka mudah tertarik dengan tawaran – tawaran yang tidak masuk akal sebagai contoh IPHONE 6+ yang harga asalnya mencecah RM3000.00 dijual dengan harga yang murah kurang daripada RM1000.00. Kalau anda sendiri yang kali pertama tidak pernah jumpa tawaran sedemikian sudah pasti anda akan rasa tertarik kerana memang murah dan produk yang berkualiti tetapi hakikatnya adalah dusta belaka.

Sehubungan itu, untuk mengelak daripada terkena tipu anda dinasihatkan untuk menggunakan laman sesawang berikut:  http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/  masuk je nombor akaun bank penjual tersebut dan pasti akan keluar jika penjual itu pernah menipu orang lain dan telah dibuat report polis. Laman sesawang ini adalah official daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sekiranya nama si penjual tiada dalam laman sesawang ini tetapi anda rasa ragu ragu sama ada penjual tersebut betul atau tidak saya sarankan anda cuba tips berikut:

  • Lihat Profile facebook sama ada guna gambar betul atau fake
  • Lihat testimoni daripada pelanggan – pelanggan yang lain
  • Lihat Laman sesawang sama ada lengkap menyakinkan atau tidak
  • Cuba search nombor telefon penjual di www.facebook.com
  • Cuba search nombor akaun bank penjual di www.google.com
  • Cuba search nombor telefon penjual di www.google.com
  • Cuba compare harga barang yang dijual dengan laman facebook atau web lain
  • Cuba buat COD bagi barang – barang yang berharga melebihi RM 1000.00
  • Tanyalah kawan – kawan yang lain mungkin mereka pernah membeli atau mengetahui berkenaan penjual tersebut

Jika anda masih terkena tipu setelah anda buat research tersebut saya sarankan anda buat laporan polis untuk dimasukkan senarai nombor akaun tersebut ke dalam laman sesawang polis http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ . Almaklumlah penipu online ni pun kadang – kadang bijak jugak mungkin mereka menggunakan nombor akaun bank orang lain sebagai contoh akaun bank isteri, adik beradik dan sebagainya atau mungkin itu adalah penjual yang baru nak belajar menipu online. Sekiranya anda tidak membuat laporan polis mungkin orang lain akan turut terkena tipu sebaiknya biarlah anda rugi dan asbab anda orang lain terselamat.

Marilah ramai – ramai kongsikan laman sesawang ini untuk memberi kesedaran kepada semua pembeli – pembeli online untuk mengelak meraka semua terkena tipu. Ramai orang yang kurang duit dan kurang ilmunya dalam pembelian online apatalah lagi jika terkena tipu lagilah kesian.

Jom share perkongsian daripada saya ini semoga semua mendapat manfaat. Sekian Wassalam.

You may also like

34 Comments

  1. aku pula bukan kena tipu dgn seller tp dgn mudah.my itu sendiri.Dah la duit aku dia kebas semata ata nk taruk iklan…dia pending review aku tu dr april tahun lepas sampai sekarang xapprove lg.Dah kena 2 iklan dia buat macam ni kat aku.ko org bayangkan lah..satu iklan dia paw duit aku rm13.so kalu dua iklan rm26ringgit.Bayangkan kalau ada sejuta org tertipu spt aku ni..aniaya beb!aku cuba hubungi mudah.my bahagian customer service..tp sayang….xada reply pun.NAMPAK CAM SCAMMER aje ni…nk lepas tangan.baik beralih ke cubacari.com…pantas dan ramah

    1. hati – hatilah, semak dulu detail pengguna sebelum buat sebarang transaksi. semoga dijauhkan daripada scam pada masa akan datang.

    2. mudah.my walaupun banyak kes penipuan yg berlaku tetapi tiada tindakan apa-apa terhadap laman web tersebut..sbb dri situ lahirnya scammer terkenal

      1. Laman web mudah.my menyediakan platform untuk kebaikan tetapi apabila disalahguna itu adalah pengguna dimana tak dapat dikawal oleh tuan punya web. melainkan tuan punya web mengubah syarat – syarat untuk penjual buat promosi dalam tuh sebagai contoh perlu letak ic, gambar, alamat ke, ada butang report ke barulah owner boleh cuba minimize kan…jika tidak kita as pengguna sendiri kena berhati hati.

  2. Akaun saya pula digunakan oleh scammer untuk beli barang saya jual …

    Scammer iklankan barang lain yg setara harga dgn barang saya jual …

    Apabila mendapat buyer, scammer akan bagi nombor akaun saya …. Selepas buyer masukkan duit, scammer maklumkan pada saya bahawa sudah bank in …

    Scammer beri alamat rumahnya untuk pos barang … Nasib baik buyer bijak … Buyer trace nombor akaun saya dan jumpa nombor fon saya …

    Kebetulan juga saya belum pos barang itu pada customer … Jadi saya bayar balik pada buyer tadi …

    Apa jadi kalau buyer tak dapat trace nombor akaun saya? Pasti viral nombor akaun saya …

  3. hampir kne dengan scammer , konon nak beli barang kita , buat transfer guna account international tp payment hold sampai kita dah post baru payment proceed , siap nak buat report konon kita tipu dia , 3 kali nasib baik la tak post .. ada pulak duduk sabah tapi takde account bank malaysia pelik je

    1. nasib baik…semak dulu buyer… boleh percaya atau tidak…semoga bermanfaat..please share this artikel untuk sahabat yang lain..

      1. sALAM..

        saya ada menjual barangan di online.
        ada buyer berminat untuk beli.Dia ade mintak emel sy. Lepas tu dia hantar mesej mengatakan kata dah buat transaction ke account Maybank. Harga barang jual RM36. Dalam emel tu, bagitau dia transfer RM 600.
        Dia bagitau sy kena bayar balik RM 564 sbb overchase. Bank hold payment dia, sy kena accept di emel.. Saya cek account bank xda terima transaction pun. mail yg saya terima xde ape2 button ACCEPT atau cancel. Lepas 2 dia asyik push suruh sy accept. Ada kemungikinan tak account bank akan dicerobohi. Perlu x saya hubungi bank ? Apa tindakan saya perlu buat??

        Terima kasih

        1. Wassalam. abaikan sahaja. jika kita sudah pasti tiada transaksi dalam akaun bank kita dan jangan terpengaruh dengan desakan minta pulangkan baki bayaran yang sememangnya tiada bayaran lebih pun. Lagi satu elakkan tekan link apa – apa yang diberi terutamanya melalui emel.

          1. Ni nak kongsi akaun penipu : maybank 158248421859. Nama : nurul nadia binti mohd sukri. Instagram : theoriginalperfume_malaysia atau original_perfumemalaysia.

          2. tipu apa yeaaa kalau boleh kongsikan sekali tipu bagaimana dan jumlahnya berapa untuk memberi kesedaran kepada pembaca yang lain…

  4. Hati2 dengn penjual tipu. Jual hilux disegamat dengan harga 15k… penipu dah ambik deposit tiada kereta pon.. ini no fon dia 0162757540…no akaun yang digunakan bsn 0301641000086355 nama khairulnizam bin harun

    1. wah hilux pun ada tipu jugak yeaa…barang besar macam lebih baik ada agrement atau kenal kerana melibatkan kos yang sangat besar…ramai diluar sana akan mengambil kesempatan atas kecuaian dan kelalaian pembeli…terima kasih atas perkongsian…

    1. terima kasih atas perkongsiang semoga lebih ramai kawan – kawan diluar sana tidak terkena scam dengan scammer online nih…

    1. jika benar boleh kongsikan detail di ruangan komen…jika ada yang buat pengakuan menafikan admin akan padamkan maklumat tersebut…semoga sama – sama mendapat manfaat…

    2. Ya sy pn nyaris x kene tipu ada pembeli dr america nk beli duit lame dgn sy dia kata dia dh b.in 35k ke akaun sy tp dia ckp klu sy nk duit tu dia suruh sy byr sbnyk 1200 ke bank of america

      1. Alhamdulillah terselamat…kebanyakan trick penipu adalah offer perkara yang bukan masuk akal tetapi perlu dibayar terlebih dahulu..apabila dah bayar mereka akan senyap tanpa sebarang berita…

  5. Ni no akaun bank rakyat penjual yg telah kebas duit saya..Dia jual telefon secara online dalam mudah .my..nama dia borhan bin yusof dan nama panggilan dia letak ustaz bob..kqlau boleh sekat jah akaun dia biar dia x dapat keluarkan duit…220166265729…bank rakyat…borhan b.yusuf

    1. Sabar yeaa..mudah – mudahan lebih ramai kawan – kawan diluar sana tidak tertipu dengan penjual di mudah.my

  6. updated 18 May 2018

    SCAMMER MUDAH.COM.MY

    LAM KOH SENG

    MAYBANK : 164230399237
    CIMB BANK : 7605189852
    PUBLIC BANK : 4667185027

    NO TEL : 0143316479

    CARA PENIPUAN : Jual laptop di mudah.com.my. Minta wang pendahuluan sebelum berjanji nak send barang. Sudah dapat duit, terus hilangkan diri. Tidak dapat dihubungi.

    STATUS : Laporan Polis (Jabatan Siasatan Jenayah Komersial), telah dibuat. Masih dalam siasatan.

    Hati-hati semua dengan scammer jahanam ini. Hapuskan scammer!!

    1. Bahaya tuh bagi duit pendahuluan sebab kebarangkalian penjual lesap tu tinggi baik deal terus jumpa..senang nak beli ke tak nak kemudian cerita…hati – hati kawan elak ditipu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *