Beli Handphone Huawei P10 Plus – Suatu Pilihan Yang Giler

Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya doakan pembaca sekalian sihat sentiasa dan terus bermotivasi dalam menjalani kehidupan seharian.

Bercerita bab guna telefon adalah suatu cerita harian bagi pengguna tegar android atau OS Iphone. Kali ni saya nak kongsikan berkenaan pilihan giler yang saya telah buat untuk mendapatkan telefon yang berpuas hati dari segi specification untuk kegunaan harian yang multi tasking.

Saya sememangnya minat dengan telefon android setelah diperkenalkan oleh orang umah saya “pasangan hidup”, beliaulah yang mula – mula beralih daripada guna telefon biasa ke sistem android iaitu Samsung S3 Mini. Agak lama jugakla dia pakai tetapi berdasarkan feedback yang dia guna telefon tersebut cepat panas dan hanggggg je memanjang..huhuhu…

Apa lagi terdengar feedback sedemikian saya pula mula beralih daripada guna telefon biasa kepada android Sony Experia Z1 yang kalis air gituhhhh…harga memang mahal giler beb masa tuh…hujung tahun 2013 kot gituu…lupa dah…harga RM2500.00 lebih kurang dibayar secara cash kat shengheng di Penang. Last last sekali awal tahun 2015 jatuh telefon tuh kat downtown cheras….kecewa gilerrr beb tetapi dalam hati kata anggap jelah ia sebagai hikmah untuk dapatkan telefon baru. Pada masa tu adalah telefon backup LENOVO S610 yang dijual oleh kawan kerana terdesak…apa lagi gunalah dulu sehinggalah nak beli telefon baru.

Awal tahun 2015 apa lagi cuba beli telefon baru iaitu ASUS ZENFONE 6 yang besar gitu…nampak cantikkan…cantik memang cantik tetapi pakai tak sampai 6 bulan terus jemmm krenggg.. asyik panas je…pergi center terus bagitau dan diaorang repair balik tukar motherboard ke benda ntah dan update new android version kepada marshmallow kira okehlah sikit nasib baik masih under warranty. Dalam masa yang sama juga disebabkan nak pakai telefon terus beli HONOR 4X kat Lowyat dengan harga lebih kurang RM700.00. Wow brand ni agak menarik juga sebab kecoh jugak harga murah tetapi peformance power. Sepanjang penggunaan not bad lah orang kata smooth je..memang berbaloi dengan budget yang ciput untuk guna telefon yang multi tasking.

Saya pakai HONOR 4X ni sampailah 01 Julai 2017, dan pada masa tu on the way nak balik ke KL dari Kelantan…perjalanan yang membosankan on lah phone dengar ceramah sampai habis bateri. Sampai di rumah caj tiba – tiba tak masuk…aduh jemmm beb semua fail tak backup..try reset pun tak jadi…anggapan saya maybe bateri yang problem…nak tukar bateri kena pergi center huawei di Plaza Berjaya depan Time Square katanya habis stock..oh frust..tersadai pulak telefon aku nih…

Dua minggu tanpa phone memang macam orang kampung tanpa whatssap dan sebagainya..tunggu orang call je..tetapi sebalik itu memang syok jugak weh..rasa macam tak bz dan banyak masa boleh buat benda lain jika tak pakai phone android.nih…huhuhu dua minggu tanpa gadget bijak sangat bagus masa boleh digunakan untuk benda lain dan pasti rasa aman…tanpa info – info yang pelik pelik dari sosial media. Tapi difikirkan balik disebabkan duduk dibandar dan banyak benda nak kena guna melalui media sosial so terpaksalah kena ada android bijak nih…apa lagi buatlah pilihan yang terbaik, alang – alang nak beli…

Kali ini saya pergi direct D tanpa ada duit gaji tetapi keinginan nak beli telefon yang canggih dan luar biasa hebat kepantasannya…Apa lagi kebetulah ada model terbaru HUAWEI P10 PLUS vs HTC U11…setelah dicompare memang berat juga nak beli..tetapi keinginan dan keadaan yang membuatkan kita rasa perlu untuk memliki terus pilih HUAWEI P10 PLUS. Bapak harga mahal gilerrr beb dah boleh beli sebijik komputer canggih lagi power beb…ini memang kena tukar PC canggih gamaknya kalau dah phone pun canggih….

WARNING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Dalam Berbelanja ” Jika kamu membeli benda yang kamu tidak perlu, akan datang kamu akan terpaksa jual benda yang kamu perlu “. Jangan ikut pilihan gilerr saya ini…kerana ia mungkin boleh membuatkan hidup anda DERITA sepanjang hayat. Nak buat boleh tetapi anda harus ada backup yang secukupnya iaitu biarlah orang lain yang tolong bayarkan…..huhuhuhu…RM3,099.00 bersamaan RM258.25 sebulan. Mahal weh benda dok kat tangan je weh….

Setelah pakai memang puas hati….smooth takde hang…buka apps laju..search laju lagi – lagi bila guna data laju ONEXOX dengan fungsi 4G. wow youtube berdesup..nak transfer online banking terbaik…apa lagi jom beralih ke android yang spec 6GB Ram dan 128GB storage 2 nano simkad….

Tapi harus ingat..kalau dah pakai phone laju dan canggih…data pun kenalah yang laju..nak yang laju pakailah ONEXOX..jom tukar ke ONEXOX boleh roger saya di talian 0132006892.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *