Dapat Call Daripada Bank Islam Nombor 03-2023-3800 – Promote Plan Perlindungan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali saya nak kongsikan sedikit pengalaman apabila telah dapat panggilan daripada telemarketer seperti nombor ini 03-20233800. Pada 18 Julai 2017 jam 2.44 pm saya dapat panggilan dengan memperkenalkan dirinya sebagai Omar promote pakej perlindungan sebanyak RM27.00 sebulan.

Panggilan disambut baik dan menyatakan bahawa ada related dengan bank islam kerana saya adalah pengguna setia yang memakai kad debit bank islam dan saya juga terpilih mendapat offer yang jarang – jarang orang lain dapat. Huhuhu… macam menarik je kan…

Dalam hati terus terkata ni mesti insurans ni…nak promote jelah tuh..huhuhu…diam tanpa terkata apa – apa biar je si telemarketer tu cerita…jika saya dapat call daripada nombor 03-xxxx xxxx camni saya akan kata tidak berminat…jika diaorang kata takpe saya nak minta masa untuk explain sedikit berkenaan offer tu saya bagi je.. tetapi last sekali saya akan kata tak berminat. Insya Allah diaorang pun akan faham sememangnya alasannya adalah sukar untuk dipercayai melalui talian…

Yeaaa meraka ada maklumat kita seperti nombor telefon, IC dan Nama Penuh…IC mungkin pihak third party bagi tak penuh tetapi nombor telefon dan nama mesti sama sebab dalam mana – mana form yang anda beli atau signup sesuatu seperti buka akaun bank, kad kredit, kad debit kat dalam borang tu dah mention pihak bank dibenarkan┬ámemberi maklumat pada third party.. So korang nak marah pun tak guna sebab korang sendiri yang sign dan agree dalam borang tuh…

So.. solution nya senang je..korang jangan gelabah bila dapat call seperti ini daripada telemarketer..layan je…dan kalau boleh dari awal – awal lagi cakap maaf saya tak berminat dengan produk yang nak dioffer..kalau dia nak cerita jugak boleh terpulang pada anda tetapi harus diingat last sekali diaorang akan guna ayat “close sale” contohnya encik berminat, encik nak ambik pakej yang mana, encik setuju dengan pakej ini..di sini ramai yang tersangkut..sebaiknya anda tanam terus dalam minda anda siap siap..maaf saya tidak berminat.. Insya Allah perbualan tersebut tidak tegang urat dan marah – marah…macam dalam video yang tersebar kat youtube kan…

So layanlah panggilan elok – elok nak kata scam tu tak juga sebab diaorang pun nak promote produk mereka juga…okeh…

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *