AKIBAT PERGI BAZAR RAMADHAN TANPA RANCANG APA YANG NAK DIBELI

Images Sources: Google Images

Alkisah di bulan Ramadhan pada 11 Jun 2017.

Petang tadi tak tahu nak makan apa…timbullah cadangan untuk pergi ramadhan yang mana memudahkan kerja diri dan pasangan untuk dijadikan menu berbuka…

.
Bila dah sampai meronda – ronda ini lah hasilnya:
.
1. Air terbu RM5.00 sebungkus
2. Kuih bakar RM4.50 satu
3. Air Lemon Frozen RM3.00 sebungkus (anak nak yang nak :P)
4. Mertabak dua biji RM6.00
5. Ayam Golej RM23.00 sekor…
.
Jumlah keseluruhan RM41.50 (sabtu 11/06/2017)
.
Menu mudah yang meringankan beban orang rumah untuk masak…. :D. Sekali sekala seronok sebab tidak membebankan diri dan pasangan dalam menyediakan juadah berbuka, namun kalau bajet gi bazar hari – hari spend lebih kurang camni sengkek jugak jadinya.. congak mudah RM50x30=RM1500.00 kos yang kadang – kadang kita boleh lagi jimat jika makan di rumah. kos tersebut bolehlah kita buat simpanan dalam akaun tertentu yang mana boleh memberi pulangan dihujung bulan atau hujung tahun.
.
Ramai yang terlepas pandang dengan hanya nampak untuk makan sahaja tanpa mengambil kira kos sebenar yang perlu ditanggung oleh seseorang.
.
Kaya atau miskin bergantung kepada bagaimana kita mengurus kewangan kita terutamanya dalam perbelanjaan dan simpanan di hari – hari yang mendatang.
.
Oleh itu, untuk lebih jimat dan selamat ketika pergi bazar eloklah fikir dulu apa yang ingin dimakan…sebagai contoh nak makan mertabak. Okeh set dalam mind nak makan mertabak dua biji untuk berbuka…terus on kereta atau motor pergi bazar beli martabak dan terus balik tanpa menoleh menu – menu memukau yang lain. Jika tidak memang anda akan tersangkut untuk membeli makanan yang mana mungkin anda akan simpan di dalam peti sahaja malah mungkin makanan tersebut akan ke tong sampah akhirnya akibat kekenyangan yang melampau.
.
Nasihat untuk diri sendiri dan mungkin boleh diguna pakai untuk orang lain…Fikir dulu dan set dalam listing apa yang nak dibeli dan terus kira bajet untuk ke bazar ramadhan. Maklumlah bazar ramadhan ni macam – macam makanan ada yang tak pernah ada dalam bulan lain di bulan ni lah ia muncul membuatkan selera membuak buak nak makan… Hati – hati yea jika tak tahan godaan menu di bazar.
.
Selamat Berpuasa dan berbuka semoga puasa kita diberkati dan mendapat ganjaran di akhirat kelak. Insya Allah.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *