Kisah Saya Pilih Kredit Kad yang Terbaik

Images Sources: web ringgit plus

Assalamualaikum semua, semoga anda semua dalam keadaan bahagia sentiasa.

Kali ini saya nak kongsikan kisah bagaimana saya nak buat perbezaan dalam pemilihan kredit kad yang terbaik.

Saya sebenarnya tak pernah melanggan mana – mana kredit kad kecuali pada awal tahun 2017 terdapat seorang prmoter cuba approach wife saya supaya apply kredit kad satu.

Bila dimaklumkan oleh isteri saya, bahawa promoter tu sungguh sungguh minta tolong so dia terbuka hati bantu promoter tersebut, saya pun keluarkanlah kad pengenalan. Biasalah kami ni bila tengok muka kesian tak boleh kalau tak bantu lagi – lagi kalau mereka jenis mencari rezeki mengikut cara tersebut.

Apa lagi promoter tu cubalah untuk dapatkan data melalui satu mesin khas. Cucuk je ic terus boleh keluar salinan ic dan EPF statement dengan mudahnya selepas letak cap jari. Canggih sungguh sekarang dan tak perlu nak kena photostat ic dan pergi mana – mana kiosk EPF untuk dapatkan statement. Senang bukan jadi promoter credit card nih…Yang mencabar nak dapatkan customer yang macam kami jelah bukan semua. Kami pun bukan nak sangat pun kredit kad tuh.. just nak gift dan tolong mereka jer.. at least adalah sales sikitkan…baru semangat…

Kad yang mohon adalah Kredit Kad UOB…tunggu punya tunggu dapat surat dikatakan tidak approve..alamak pasai per pulak tak approve…yang wife saya pulak approve wal hal dia punya komitment lagi banyak. Adoiyaaa….

Agak sayalah mungkin saya punya tak approve disebabkan tiada sebarang komitment. Maklumlah bank pun nak tengok kita ni customer yang macamana sebelum diberi kredit kad atau pinjaman..sebab apa..sebab mereka nak tengok trend kita bayar bulanan kepada bank. Walaupun komitment banyak tapi maintain bayar setiap bulan bank lagi suka customer camtu.

Bila saya terbaca satu buku dan servey hasil perbualan dengan kawan – kawan bahawa kredit kad ni bagus sebenarnya jika kita pandai guna, sebab kita boleh jimat dan memudahkan hidup kita malah ada sesetengah kredit kad boleh bagi cash  back jika kita spend kat tempat tertentu.

Sebagai contohlah saya telah buat servey untuk apply kredit kad baru hasil hasutan kawan – kawan yang dikatakan postif jugaklah…Saya terjumpa satu web yang sangat bagus untuk buat perbandingan jika anda semua teringin untuk dapatkan kredit kad. Di mana tuh…website offcial bank masing masing ke…ermm itu satu…laman yang dimaksudkan adalah https://ringgitplus.com/en/credit-card

Anda semua tengoklah kat pautan di atas. Memang menarik jika nak tahu details pasal kredit kad dan maklumat yang diberi adalah cukup untuk anda buat pilihan yang tepat berdasarkan keperluan anda.

Saya tertarik dengan satu kad contohnya adalah Kredit Kad Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa. Boleh pilih Platinum atau Gold ikut kemampuan dan kelayakan yang ditetapkan. Apa yang menarik adalah islamic, cash back 8% untuk petronas on weekend dan free annual fee. So ini sangat membantu golongan tertentu yang selalu guna kereta hanya untuk weekend sahaja macam saya.

Saya fikir ini yang terbaik bagi saya, ada yang dicadangkan bagus oleh korang sila komen manalah tahu bagus untuk orang lain sekali dan sama – sama mendapat manfaat.

So saya akan cuba apply kredit kad ini untuk kegunaan semasa saya..semoga bermanfaat perkongsian kisah saya dalam pemilihan kredit card kali ini.

Mohon kongsikan artikel ini untuk kawan – kawan yang lain.

Continue Reading