Isu penggunaan perkataan Allah adalah satu isu yang hangat dan sensitif di Malaysia terutamanya apabila Herald Catholic mengemukan permohonan untuk menggunakan perkataan Allah sebagai ganti nama God di dalam penerbitan mereka. Maka ia menyebabkan maruah seluruh umat Islam di Malaysia amat tercabar. Apakah motif sebenar Herald Catholic ini?
Keputusan Mahkamah yang membenarkan Herald Catholic menggunakan perkataan Allah dihormati atas dasar ia adalah keputusan mahkamah tinggi sahaja. tetapi ia sungguh mengecewakan ramai rakyat Malaysia. Ini menunjukkan rendahnya tahap penghayatan perlembagaan Malaysia yang merujuk kepada islam agama rasmi kepada sebahagian warganegara walaupun mereka telah lama hidup di bumi bertuah Malaysia ini. Tak kiralah sama ada mereka itu jurutera, peguam.guru atau pun buruh kasar sepatutnya telah tahu dan memahami isu sensitif ini kepada umat islam tetapi mereka enggan. Mungkin kerana perpecahan umat Islam di Malaysia ini mereka ingin cuba menangguk di air yang keruh.
Jangan cuba samakan Malaysia dengan Indonesia. Indonesia amat terbuka kepada semua agama. Unsur liberal mengusai negara terbabit. Malah perkawinan antara berlainan agama pun boleh lakukan tidak seperti di Malaysia. Itu adalah isu yang membezakan Malaysia dan Indonesia walau pun kedua-duanya berasal dari satu rumpun bangsa dan budaya.
Jika perkataan “Allah” digunakan untuk agama lain ditakuti ia akan mengelirukan ramai orang terutama golongan muda atau pun golongan yang sedang mencari agama yang sesuai untuk diri masing-masing.
Paling ditakuti dan dibimbangi perkataan itu mungkin mengandungi agenda tersembunyi. Sudahlah umat islam di Luar negara ditentang dan ditekan di banyak negara luar terutama negara Barat malah di Malaysia pun ada orang yang cuba melakukan provokasi dan menjejaskan kesucian agama Islam. Penggunaan perkataan Allah untuk penganut kristian di Malaysia amatlah sangat mengelirukan .. diragui dan mengandungi motif tertentu. Lihat halaman IKIM
Malaysia tidak boleh membiarkan apa yang telah berlaku di negara arab berlaku di negara ini. perkataan Allah digunakan sebagai ganti nama “God” oleh orang Kristian sedang maksud perkataan tersebut dari segi tauhidnya amat berbeza. “Allah” bagi orang islam adalah tuha yang satu.. esa.. tidak beranak.. tidak diperanakkan tapi bagi orang kristian pula tuhan mempunyai konsep berbeza. Ada tuhan anak.. ada tuhan Ibu.. (konsep trinity) Manakan konsep tuhan “Allah” bagi umat Islam sama dengan konsep tuhan bagi agama Islam.
Konsep perbandingan tuhan bagi kedua-dua agama tersebut mungkin boleh difahami oleh orang islam yang mempunyai ilmu dan pegangan agama yang kuat tapi bagaimana dengan orang islam yang masih baru.. muda dan pegangan masih terumbang ambing. Pastinya mereka akan keliru.
Terus terang saya katakan sebagai umat Islam merasa amat bimbang sekiranya perkataan “Allah” digunakan untuk agama-agama yang lain maka akidah sebahagian umat Islam akan terpesaong dan menganggap agama islam adalah sama sahaja dengan agama lain. Yang mana konsep tersebut adalah salah. Islam adalah agama yang memang amat berbeza dengan agama lain.
Kepada pihak-pihak yang ingin menodai kesucian islam atau yang cuba melakukan provakasi terhadap islam, insaflah jangan cuba menjolok sarang tebuan. Umno .. Pas..PKR.. NGO islam akan bersatu menentang anda. Jangan kerana inginkan cita-cita anda tercapai keharmonian rakyat Malaysia tergugat. Orang Islam Malaysia selama lain telah banyak bertoleransi kepada penganut agama lain. Mana ada negara di dunia seperti Malaysia memberikan keistimewaan kepada penganut agama lain?
Semoga kerajaan Malaysia yang ketuai oleh Yang dipertuaan Agong, Perdana menteri kita, menteri-menteri lain bertindaklah menangani masalah ini dengan sewajarnya. Jangan sampai di akhirat nanti Allah akan mempersoalkan tentang kepimpinan kamu. Jangan sampai berlaku rusuhan agama.. jangan sampai berlaku kerosakan atau pun kematian. Jangan membiarlah kesucian agama Islam tercemar. ALLAH HUAKBAR!!.. ALLAH HUAKBAR!!.. ALLAH HUAKBAR!