Posted by admin | Posted in SEO | Posted on 18-10-2009
3
Alhamdulillah akhirnya kedua-dua blog saya telah pun diindex oleh Google setelah 2 bulan set up. (refer post dahulu) Ini adalah pengalaman terburuk pertama saya tentang google index. Biasa nya dalam masa 24 jam ke 72 jam sahaja blog saya akan diindex.
binggung
Walau pun telah berjaya di index, Ada sedikit kekeliruan. Apa yang diindex hanyalah nama domain sahaja. (contohnya : mohdzaki.com) dan bukannya url blog post (contohnya: http://mohdzaki.com/seo/masalah-wordpress-versi-2-84.html). Ini memang satu kebingungan.
Walaubagaimana pun saya berharap agar semua blog post dalam blog terbabit akan diindex oleh Google sedikit masa lagi
Hari ini secara tak langsung saya terbaca polisi terkini paypal bertarikh 14 October 2009 selepas login akaun paypal saya, Maka Persoalan yang timbul adalah:
1. Adakah selepas ini rakyat Malaysia boleh mengeluarkan duit paypal dalam bank tempatan seperti maybank, cimb, Bank Islam dan lain-lain.
-Kalau perkara ini berlaku maka beruntunglah kita sebagai rakyat Malaysia kerana duit kita dalam akaun paypal boleh terus dimasukkan ke dalam bank tanpa perlu mengeluarkanny adahulu menggunakan debit kad VISA
2. Adakah semua transaksi paypal untuk rakyat Malaysia akan dipantau oleh Bank Negara?
- Sekiranya ini berlaku maka.. tidak akan ada transaksi paypal yang akan lepas dari bank negara. Memang ramai otai-otai internet marketeer Malaysia ini yang akan kena bayar cukai yg tinggi dari biasa kerana ribuan USD yang terhasil setiap hari yang biasa tidak diketahui akan diperolehi bank negara.
Hahaha.. Perkara Ini memang ada pro dan kontra untuk rakyat Malaysia. Jadi sama-sama kita lihat kesannya nanti
Posted by admin | Posted in SEO | Posted on 15-10-2009
1
Tahukan andakenapakah ramai internet marketeer menggunakan wordpress sebagai platform untuk berblog atau pun generate income menerusi program adsense dan affiliate?
Sebabnya ialah:
1. Ia mudah untuk dipasang.. mudah untuk modify…
2. Ada banyak theme yang cantik dan percuma untuk digunakan.
3. Yang paling penting sekali.. ianya mesra SEO.. mudah untuk diindex oleh search engine seperti Google.
Itulah sebabnya kenapa ramai IM suka menggunakan worpress… tapi sekarang ni worpress versi 2.84 ada sedikit masalah. Tapi bagi saya ia satu masalah yg besar. ” Ia sukar untuk di index oleh Google”
Jika anda lihat pada Dashboard anda..
bahagian Setting… Bahagian Privacy Settings
ada option
-
-I would like to block search engines, but allow normal visitors
Secara normally apabila anda install wordpress menggunakan fantastico ialah akan mencatatkan option
-I would like to block search engines, but allow normal visitors
Jadi secara automaticnya anda tidak akan diindex oleh Google malah blog anda takkan dijumpa sekiranya di search dalam Google.
Saya mempunyai 2 blog wordpress yang telah dibina sejak 2 bulan lepas.. dan setakat ini ia telah pun diindex oleh Yahoo dan Bing tapi malangnya ia masih belum diindex langsung oleh Google.
Saya telah melakukan banyak backlink menerusi blog ber PR 1- 3 , social bookmarking seperti digg dan lain-lain, dan juga submit pada beberapa directory. Namun hasilnya adalah sama .. NO INDEX from Google. Hahaha.. Hampeh betul.
Rupa-rupa masalah ini bukan saya hadapi seorang malah ramai yg mengalaminya. Search je mana-mana forum internet marketeer contohnya worrior forum pasti anda terjumpa masalah macam ni… ada yg hilang dari google index pun ader.. heh
Jadi suggestion saya untuk elakkan masalah ini dari berlaku lagi.
1. jangan gunakan wordpress versi baru.. 2.84
2. Jangan setup wordpress guna fantastico.. sebab ia akan terus install wordpress versi baru.. 2.84. Kalau nak install.. gunakan kaedah manual sahaja.. pastikan gunaka wordpress versi baru 2.84 atau pun lama.
(hanya guna teknik manual sahaja)
3. Sekiranya andatelah mempunyai blog worpress jangan update ke versi baru 2.84. Ia masih ada bug dan kekurangan. Ada IM yang blognya hilang dari Google Index. .. hanya semata-mata upgrade ke versi baru. Ini pun ada dibincangkan di Forum
Jadi terpulanglah kepada anda untuk menggunakan worpress versi 2.84 atau tidak