Posted by admin | Posted in Wordpress | Posted on 20-03-2009
4
Sekiranya anda telah hilang password dan user nama untuk blog wordpress anda malah tak ingat email mana yang digunakan. TAK PERLU PANIK!!. Jangan bimbang.. anda tak perlu membuang semua file wordpress dan install semula.. buat post semula. Tak perlu buat itu semua.. jangan menyusahkan diri. Hari ini saya akan share sedikit tips macam mana nak menangani masalah lupa user, password dan email.
Langkahnya adalah seperti berikut:
1. Log in ke Cpanel hosting anda
2. Masuk terus ke My Php Admin
3. Kemudian anda lihat ke bahagian kiri my php admin. anda akan dapat lihat semua data base yang telah anda buat. sebagai contohnya saya install satu blog dgn fantastico, data basenya ialah wrdp8(10). Lalu saya pun terus mengkliknya
4. Lihat pula di sebelah kiri lagi My Php Admin, anda akan dapati ada byk list seperti wp_comments,wp_links dan lain-lain lagi. Jangan susah.. terus klik pada wp_users
5. Lihat pula pada bhg kanan my php admin, klik pada bahagian browse. Di situ anda akan jumpa email yg anda gunakan untuk register wordpress anda dahulu. Jadi copy email tersebut kemudian terus halaman login wordpress anda untuk mendapatkan username dan password baru.
Mudah bukan?. Semoga tips ini akan dapat membantu anda.
Posted by admin | Posted in Personal | Posted on 13-03-2009
3
Hari ini dengn rasmi keputusan SPM untuk tahun 2008 telah pun keluar. Tentunya ramai pelajar telah hadir ke sekolah untuk mendapatkan keputusan peperiksaan masing-masing. Setiap tahun saya masih berdebar walau pun bukan keputusan spm saya nak nak keluar.. tapi keputusan anak murid saya.
Sebelum jam 10 telah ramai pelajar berkumpul di sekolah. Walaupun keputusan hanya boleh diambil selepas jam 10.30 pagi. Tahun lepas saya telah mengajar beberapa kelas matematik moden, jadi sudah menjadi kebiasaan untuk saya melihat keputusan ana k didik saya sama ada mereka lulus dengan cemerlang atau tidak. Bagi pelajar kelas 5A saya tidak kisah sebab kebiasaanya mereka semua akan dapat A punya tak kisahlah sama ada A1 atau A2. Yang saya bimbangkan ialah kelas 5G. Entah lulus atau pun tidak. Alhamdullialah selepas melihat keputusan keseluruhan, say dapati hanya seorang sahaja pelajar saya yang gagal dalam mata pelajaran yg saya ajar. syukur kepada tuhan atas rahmat yang telah diberikan kepada anak didik saya untuk lulus dalam peperiksaan SPM ini.
Secara keseluruhannya keputusan SPM 2008 bagi sekolah saya adalah baik berbanding tahun lepas. Walau pun ia kategori sekolah kampung ia masih bagus. Ini adalah disebabkan oleh sikap pelajar itu sendiri. Kalau pelajar tu tak nak tolong diri sendiri.. kalau guru paling cemerlang.. atau guru pakar pun tak boleh buat apa. Ada seorang bekas guru yg telah bersara pernah berkata kepada saya.. Hantar malaikat pun tak boleh tolong nak luluskan budak-budak ni kalau mereka tak mau menolong diri mereka sendiri.
Selepas ni semestinya saya akan dikunjungi oleh bekas-bekas pelajar saya seperti tahun-tahun lepas kerana mereka ingin pendapat saya kursus apakah yg sesuai untuk mereka ambil selepas SPM ni. “Dah lah penat pengajar mereka selama 2tahun… Nak pergi mana-mana pun minta tolong kita”……. tak apa asal kan kita berjaya menolong anak murid kita berjaya apa salahnya. Jasa cikgu.. sampai mati pun anak murid akan ingat. Berkerja sebagai guru.. sebenarnya lebih kepada contribution.. keiklasan diri berbanding ganjaran dari pihak kementerian pelajaran.
Posted by admin | Posted in DOMAIN & HOSTING | Posted on 04-03-2009
0
Kepada sesiapa yang ingin membeli domain dengan harga murah $8.81USD. Anda boleh membeli domain di namecheap dengan menggunakan coupon ini “SPRINGSUN”. kupon ini hanya sah untuk kegunaan bulan March 2009 sahaja. Jadi gunakan sebaik-baiknya