Permohonan KPLI kemasukan Jun 2009
Posted by admin | Posted in UMUM | Posted on 22-02-2009
6
Tahukah anda apakah itu KPLI? KPLI adalah singkatan dari Kursus Perguruan Lepasan Ijazah. Kursus Perguruan Lepasan Ijazah adalah merupakan satu kursus yang dianjurkan oleh kementerian Pendidikan Malaysia untuk melatih dan mentauliahkan sesiapa yang berminat untuk menjadi pendidik.
Saya telah pun mendapat info dari rakan-rakan bahawa permohonan untuk kemasukan untuk Jun 2009 telah pun dibuka. Sekiranya anda berminat untuk menjadi guru maka bolehlah memohon di Halaman kementerian pendidikan, lebih mudah lagi terus ke halaman ini http://apps.emoe.gov.my/kpli/mohon/index.cfm
Ketika saya menulis di blog ini, saya lihat halama permohonan ini telah pun dikunjungi oleh 202,916 pengunjung. Oleh itu saya nasihatkan anda sekiranya anda berminat maka mohonlah dengan segera. Semoga permohonan anda berjaya







