MOHDZAKI.COM

PORTAL PERKONGSIAN TIPS INTERNET BUSINESS

buatminisite

Archive for November 9th, 2008

Niaga kit berbaloi untuk anda atau tidak?

Written by zaki on November 9, 2008.

Saya telah pun menerima beberapa email yang bertanya tentang niaga kit ini. Ada juga yang bertanyakan tentang niagakit sejak sebelum niaga kit dilancarkan lagi. Sebelum saya menceritakan tentang Niaga kit ini, Apakah anda tahukan apakah dia Online store (kedai online)?
Tak berguna jika saya menceritakan tentang niagakit kalau anda tak tahu apakah dia Online store (kedai online).  Oleh kerana masih ada yang tak tau, Jadi saya akan terangkan secara ringkas mengenai online store ini.

Online store (kedai online) adalah satu kedai maya anda di Internet. Gunanya adalah untuk memaparkan koleksi product yang anda ingin jual secara online. Contohnya jika ingin menjual telefon bimbit. Maka anda perlu ada  satu website atau pun online store untuk menjual semua koleksi  telefon bimbit anda.

Biasanya orang akan bina online store (kedai online) ini untuk menjual product fizikal sahaja. Contohnya Telefon bimbit, TV dan lain-lain lagi. Dengan kata lain online stores (kedai online) ini adalah untuk barang barang yang boleh dilihat dan disentuh sahaja.

Boleh ke Jika online store ini digunakan untuk jual product digital seperti ebook?
-Tak digalakkan. Sebab conversion salesnya rendah. Sekiranya anda ingin menjual ebook atau pun
product digital adalah lebih sesuai anda membina minisite bagi menjual product terbabit.

Sekiranya anda mempunyai beberapa jenis barang fizikal untuk dijual contohnya anak patung, telefon bimbit dan mp3 player, Adakah saya perlu satu online store (kedai online) sahaja ? atau pun saya perlukan 3 online store (kedai online)?

- Satu online store (kedai online) adalah untuk satu kategori product. Oleh sebab anda mempunyai 3 kategori product yang berlainan, maka anda perlulah mempunyai 3 online store (kedai online).

Bagaimanakah caranya nak membina online store ini?
Ada 2 cara:
1. Buat sendiri
2. Upah orang

Cara 1 : Buat sendiri
Untuk membuat online store ini anda perlukan sedikit masa, sedikit kesabaran , dan juga ketabahan. Sanggup mengadap computer lama pada permulaan. Perlu ada manual atau pun panduan. Tak kisahlah dalam bentuk ebook  atau pun video tutorial. Ini penting supaya anda tidak akan buang masa dan tersesat jalan. Panduan cara bina online store ini (kedai online) biasanya dijual antara RM60 ke ke RM90. Setakat ni saya belum pernah menjumpai panduan membina online store ini secara percuma.

Cara 2 : Upah orang
Bagi anda yang tidak mempunyai masa, tidak mahu terlibat dengan urusan beli domain dan sewa hosting,
atau tak sanggup nak belajar teknikal seperti install script, edit html dan sebagainya, tak larat nak baca ebook, tak sanggup mengadap computer lama-lama untuk bina online store ini atau pun mahu terus start jual barang, Maka cara yang kedua ini iaitu mengupah orang adalah cara yang paling sesuai.
Tapi kosnya jauh mahal dari cara yang pertama tadi.

Tahukah anda apakah dia niagakit?. Niagakit adalah adalah satu servis yang disediakan oleh team Flarebiz bagi membantu bakal usahawan internet membina kedai online (online stores) sendiri.

Anda tak perlu bersusah payah dalam urusan
1. beli domain & sewa hosting
2. Install dan set up online store anda
3. memasang script dan install database
dengan kata lain anda tak perlu pening kepala nak buat semua benda tu. Kerana mereka akan membuatnya bagi pihak anda.

Keperluan NiagaKit

(Ini saya cedok dalam website niagakit)
NiagaKit merupakan satu Tema Wordpres yang digunakan oleh platform perisian percuma iaitu WordPress. Secara ringkas, jika anda ingin menggunakan NiagaKit maka anda perlu:

1. Anda tahu untuk menggunakan Internet atau sekurang-kurangnya tahu bagaimana ingin menghantar dan membalas emel. Jika anda juga mengetahui sedikit asas HTML adalah lebih bagus. Walaubagaimanapun mereka telah cuba untuk mengurangkan bahagian yang memerlukan kemahiran tersebut.
2. Mempunyai talian Internet yang tetap dimana anda boleh sentiasa memantau tempahan daripada pelanggan.
3. Mempunyai semangat untuk belajar perkara baru kerana anda bakal menggunakan sesuatu yang baru.

Anda tidak perlu risau bagaimana untuk membina kedai online, mereka bentuk Header, membeli domain dan hosting kerana mereka yang akan melakukannya bagi pihak anda. Jadi anda boleh jimatkan masa dan boleh terus melakukan promosi bagi mendapatkan sales bagi product anda.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai niagakit ini, anda bolehlah ke website niagakit di SINI.

Persoalannya.. Adakah ia berbaloi untuk anda ????????
Biar kita kira:
Anda nak jual tiga jenis product… MP3 player, DVD player dan anak patung barbie
jadi, Satu kategori product.. satu kedai online
-satu kedai online .. harganya (pakej niagakit) = RM500
-kalau 3 kedai online = 3 X RM500 = RM1500
Jadi anda perlu belanjakan RM1500 untuk 3 kedai online

Tapi kalau nak masukkan semua kategori dalam satu kedai online pun boleh jugak.

-RM500

Kalau buat sendiri:
-Beli ebook panduan buat kedai online = RM80
-harga domain + hosting = lebih kurang RM 100 (ada macam pakej) untuk satu online store
-panduan buat graphic (bagi yg tau langsung edit & buat graphic)= RM70
Jadi kos untuk buat satu online store kali pertama= RM250
Kalu nak buat 3 kedai online (online store) = RM250 + RM100 +RM100
= RM450

Anda boleh bandingkan antara keduanya, manakah yang sesuai bagi anda. Kalau ikutkan harga
memang buat sendiri itu lebih berbaloi berbanding dengan mengupah team Flarebiz ( niagakit) untuk bina
online store anda. Tapi sanggupkah anda menghadapi rintangan dan kesabaran ketika memasangnya
sendiri. Tepuk dada.. tanyalah diri anda sendiri.

Bagi anda yang mempunyai modal besar, saya cadangkan anda mendapatkan pakej niagakit kerana ia banyak menjimatkan masa anda. Anda boleh terus buat promosi untuk menjual produk anda. Makin banyak sales yang anda buat, maka makin tinggi lah profit anda dapat. Ketahuilah Promosi merupakan perkara yang paling penting dan paling banyak dan perlu dilakukan untuk menjadi usahawan internet yang berjaya. Kerja design buat store online ini hanyalah sebahagian minor part sahaja.

Bagi anda yang berminat mendapatkan pakej niagakit, saya cadangkan anda membeli menerusi link affiliate saya di bawah ini:
http://www.niagakit.com/index.php?ref=kongsiwang
Ini kerana saya akan memberikan bonus yang menarik dan hebat untuk anda. Saya akan memberikan semua ebook, software, graphic video tutorial yang ada dalam halaman BONUS HEBAT untuk anda.

Kesemua bonus bernilai lebih daripada RM2,000.00

Jangan lupa.. Pastikan anda clearkan semua cookie dalam cache computer anda sebelum membuat belian pada team flarebiz.

Cara untuk mendapatkan semua bonus tersebut ialah:
1. Hantarkan bukti pembayaran atau (screenshot)yang telah anda bayar pada team Flarebiz itu kepada email saya zaki2666@gmail.com
2. Berikan nama penuh, emai, Alamat rumah dan no telefon anda
kemudian saya kan menghantar semua bonus tersebut ke alamat rumah anda dalam masa 7 hari berkerja.

Sampai bilakah bonus ini akan diberikan?
Bonus ini hanya akan diberikan kepada 7 orang terawal sahaja.

Saya telah pun memberi pandangan mengenai niagakit ini, jadi terpulang kepada anda untuk membuat penilaian sendiri. Kalau nak jimat duit.. belajar buat sendiri. Mula2 mungkin susah. lepas tu mesti dah ok