MOHDZAKI.COM

PORTAL PERKONGSIAN TIPS INTERNET BUSINESS

buatminisite

Archive for November 2nd, 2008

Komisyen paypal dari Justin

Written by zaki on November 2, 2008.

Petang tadi ketika saya sedang membalas email seorang pelanggan, saya telah terlihat satu email baru dari paypal “You’ve got new funds!”. Rupa-rupa duit tersebut datangnya dari Justinmichie hasi dari komisyen untuk mendownload ebook percuma dari beliau  “247 cara menjana traffic” . Kalau tak percaya .. bolehlah lihat imej di bawah ini.

justinmichie

$168USD bukanlah banyak sangat. cuma (1.68 x RM3.55945 = RM 597.98) tapi ia dah cukup untuk bayar duit ansuran kereta sebulan. Syukurlah dapat rezeki ini walaupun tak sebanyak Internet Marketeer yang lain. Bagi Internet Marketeer yang dah lama (otai) .. ini cumalah duit sampingan celah gigi sahaja.

Sebenarnya Saya bukannya suka untuk tunjukkan earning kepada orang ramai tapi ini untuk membuktikan kepada beberapa orang yang tidak percaya bahawa memang betul boleh buat duit dengan internet dan juga kepada beberapa orang yg suka menghantar email negatif untuk menjatuhkan semangat Internet Marketeer Tempatan.

Bagi sesiapa yang telah mempromosikan ebook PERCUMA dari Justinmichie Mungkin anda juga telah menerima komisyen tersebut. Nak buat apa dengan duit itu??.. suka hati andalah.  Ok! saya rasa cukuplah coretan untuk kali ini.