Jul 1 2009

Pernahkah anda lupa mengambil duit Adsense?

Cerita ini mungkin pelik. Mungkin anda belum pernah lupa untuk mengambil duit. Tapi saya pernah mengalaminya. Saya terlupa untuk mengambil duit adsense di branch western Union untuk earning April. Entah kenapa saya lupe.. mungkin sebab dah tua. Nasib baik duit tu tak burn. Kalau tak rugilah earning sebulan tu. Kalau $100USD dah RM350.. Kalau $500 mau RM1700 .. . Alhamdulillah nasib baik google ingatkan

Jun 29 2009

Pay day untuk adsense Jun 2009

Tahukan anda bahawa sekarang ini kita rakyat Malaysia sudah boleh menerima wang dari Google Adsense melalui western Union bukan lagi hanya melalui Cheque. Hari ini saya merupakan hari untuk saya ke western Union bagi mengeluarkan wang google Adsense. Income Ansense saya tidaklah sebanyak rakan-rakan Internet Marketeer yang lain tapi masih mampu untuk membayar bill dan menyelesaikan urusan yang lain.

Apa yang penting tiap-tiap bulan ada income. Betul tak? Saya rasa ramai juga yang berjaya menjana pendapatan dengan Google Adsense ni. Tapi kat Muar ni kurang.. sebab bila saya withdraw duit je diaorang tengok semacam. heh. dan keluarlah beberapa pertanyaan di kaunter seperti ” Wah kamu kerja kat US ker?” “Senangnya dapat duit?” … Kamu buat kerja aper yer?”. Tapi saya senyum je tanpa memberikan apa-apa komen.. sebab sibuk kira duit heh

TAGS:
Jun 29 2009

Kematian Michael Jackson

Dunia dikejutkan dengan kematian raja pop Michael Jackson. Michael Jackson dikatakan diserang sakit jantung pada waktu tengahari di kediamannya iaitu di Holmby Hills. Meninggal pada usia 50 tahun pada tanggal 25 Jun 2009. Michael yang telah memeluk agama Islam dengan menggunakan nama Mikail merupakan seorang calebriti yang tak kunjung konterversinya. Terkenal semenjak kecil melalui kumpulan The Jackson Five, Michael merupakan seorang penyanyi yang hebat. Lagu-lagu seperti Billy Jean, Moonwalk dan black or white telah menaikkan nama Michael sebagai seorang penyanyi yang hebat. Setakat ini belum ada mana-mana artis yang telah memecahkan rekod jualan albumnya.

Kematian Michael merupakan berita yang mengejutkan dikalangan peminatnya. Ingat lagi saya masa sekolah tahun 90an, ramai kawan-kawan saya cuba meniru tarian ala break dance. Tarian tersebut menjadi kegilaan ramai pada masa tersebut.

Page 1 of 1812345»...Last »